Langkau ke kandungan utama

KALAU TUHAN SENANTIASA DI HATI.

KALAU TUHAN SENANTIASA DI HATI.


(Makam Sayidina Abu Bakar bersebelahan makam Nabi Muhamad SAW).



(Sayidina Abu Bakar bersama Nabi Muhamad SAW di Gua Hira').

Dalam buku Mengenal Diri Melalui Rasa Hati karangan Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ada menggambarkan tentang pembinaan insan yang berlaku kepada Khulafaurrasyidin. Mereka ialah Sayidina Abu Bakar as Siddiq selaku khalifah pertama. Saidina Umar adalah khalifah kedua. Saidina Usman adalah khalifah ketiga dan terakhir Khulafaurrasyidin ialah Saidina Ali selaku yang ke empat. Tuhan senantiasa di hati mereka. Hati Khulafaurrasyidin terlalu takut dengan Tuhan. 


Khalifah pertama, Sayidina Abu Bakar As Siddiq memiliki hati yang cinta dan takutkan Tuhan. Hatinya terlalu takut pada Allah sehingga pernah tercium dari nafasnya bau hati yang terbakar. Ertinya hatinya yang terlalu takut itu telah terbakar. Kalau beliau mengetahui bahawa makanan yang sedang dimakan itu adalah makanan syubhat maka beliau akan mengorek mulutnya hingga muntah-muntah kemudian dia akan berkata, "Wahai Tuhanku, janganlah Engkau bertindak ke atasku kerana Apa yang telah dihisab untuk peluh dan yang telah tercemar dengan perut panjangku."


Sayidina Abu Bakar As Siddiq beliau merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW yang paling rapat. Semasa baginda SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah SAW. Tidak lama selepas penghijrahan berlaku, Rasulullah SAW mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aisyah. Pernah menjadi kaya, beliau juga dikenang kerana jasanya membebaskan beberapa orang hamba yang beragama Islam daripada tuan yang kafir termasuk Bilal bin Rabah. Abu Bakar juga merupakan salah seorang yang pertama memeluk agama Islam. Ciri-ciri yang ada padanya ialah sifat jujur, berbudi pekerti, adil dan tegas. 


Sayidina Abu Bakar dilahirkan dua tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW. Mendapat gelaran ‘as siddiq’ kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah SAW. Peristiwa yang menyebabkannya mendapat gelaran ini ialah ketika berlaku Israk dan Mi’raj kepada Rasulullah SAW iaitu apabila ramai yang menganggap cerita berkenaan adalah dusta, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu. Sebelum meninggal dunia beliau menggesa masyarakat Islam menerima Sayidina Umar Al Khattab sebagai khalifah yang baru. Selepas wafat, beliau disemadikan di sebelah makam Nabi Muhammad di Masjid An Nabawi, Madinah.

Hadis-hadis berkaitan kelebihan Sayyidina Abu Bakar

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan Sayidina Abu Bakar sebagai orang penting dalam permulaan Islam. Antaranya ialah berkaitan Rasulullah SAW memilih Abu Bakar sebagai kekasihnya, menjadi lelaki pertama yang dicintai Rasulullah SAW dan Abu Bakar sebagai tempat rujukan selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Pertama, hadis tentang Abu Bakar sebagai kekasih Rasulullah SAW. Daripada Abu Said, katanya, ketika Rasulullah SAW berada di atas mimbar, baginda bersabda, ‘Terdapat seorang hamba, di mana Allah memberi pilihan kepadanya sama ada beliau ingin memilih kemewahan dunia atau diberi sesuatu yang ada di sisi Allah. Ternyata beliau memilih apa yang ada di sisi Allah.’ Selepas itu Abu Bakar menangis dan berkata, ‘Aku menebus kamu dengan bapa dan ibuku.’ Abu Said berkata, ‘Rasulullah SAW yang dipilihnya dan Abu Bakar sendiri yang memberitahu perkara itu kepadaku.’ Rasulullah SAW bersabda, ‘ Orang yang sanggup berkorban dengan harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku, akan tetapi beliau merupakan saudaraku dalam Islam. Sesungguhnya di masjid ini terdapat jendela besar antara dua buah rumah untuk Abu Bakar.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua, kisah Abu Bakar yang menjadi lelaki paling dicintai Rasulullah SAW. Daripada Amru bin Al As katanya, ‘Rasulullah SAW mengutus beliau iaitu Abu Bakar untuk menghadapi tentera Zatu As Salasil. Aku bertanya baginda, siapakah orang yang paling dicintai. Rasulullah SAW menjawab , ‘Aisyah.’ Aku bertanya, ‘Siapakah pula dari orang lelaki?’ Baginda menjawab, ‘Ayahnya iaitu Abu Bakar.’ Aku bertanya lagi. Baginda menjawab, ‘Umar.’ Selepas itu Rasulullah SAW membilang nama beberapa orang sahabat yang lain. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga, pengakuan Rasulullah SAW tentang Abu Bakar sebagai tempat rujukan selepas kewafatannya. Daripada Muhammad bin Jubair bin Mut’im daripada ayahnya, bahawa seorang perempuan telah bertanya Rasulullah SAW mengenai sesuatu perkara tetapi Rasulullah SAW menyuruhnya datang pada lain kali. Lalu perempuan itu bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimanakah sekiranya aku datang tetapi kamu tiada?’ Ayahku berkata, ‘Perempuan tersebut seolah-olah bermaksud jika baginda wafat.’ Rasulullah SAW menjawab, ‘Sekiranya aku tiada maka temuilah Abu Bakar.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan

Sayidina Abu Bakar diumpamakan seorang yang sangat penting dalam hidup Nabi Muhammad SAW. Beliau memiliki ciri-ciri amanah, setia dan sanggup berjihad, mengorbankan nyawa dan harta demi redha Allah. Pengaruh Islam semakin luas  apabila Sayidina Abu Bakar berjaya memerangi golongan murtad dan nabi-nabi palsu dalam kalangan kabilah-kabilah. Kebijaksanaan politik Sayidina Abu Bakar telah membawa perkembangan masyarakat Arab ke arah kesatuan politik dan menjadikan mereka melihat Madinah sebagai ibu kota dan sumber segala kebajikan. Disebabkan itu, harapan mereka tertumpu di situ, berlindung di bawah kekuasaan dan panji-panji tauhid. Sayidina Abu Bakar telah banyak menyumbang jasa dalam dakwah Islamiah. Pelbagai perkara yang telah dilakukannya. Biar pun memiliki sifat lemah-lembut, imannya tetap kuat dan kental. Dengan kekuatan iman ini, beliau telah mendorong dunia sehingga panji kebenaran mampu berkibar dan kata-katanya diakui. Sikap dan jasa baiknya itu harus diteladani dan dipraktikkan untuk kemajuan diri sendiri, masyarakat dan negara.


Khalifah kedua iaitu Sayidina Umar Ibnu Khattab, ilmunya banyak, akalnya luas, kefahamannya mendalam, orangnya zuhud, tawadhuk, belas kasihan dengan kaum muslimin, selalu insaf, tegas dengan kebenaran dan sangat membesarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW. Beliau tidak mengumpulkan dalam satu hidangan dua jenis lauk hingga menemui Allah. Pakaian beliau bertampal empat diantara dua bahunya.kainnya ditampal dengan kulit. Satu ketika pernah orang menghitung tambalan dibajunya, dan didapati ada 14 tambalan, bahkan salah satu tambalan dari tanah liat merah.


Apabila beliau membaca ayat-ayat Al Quran yang menjadi wirid-wirid nya, dadanya menjadi terharu hingga beliau terjatuh dan menangis. Kemudian beliau terus tinggal dirumahnya saja, tidak mahu keluar hingga didatangi oleh orang ramai kerana menyangkakan beliau sakit.
Kalau beliau lalu di tempat najis beliau berhenti dan berkata, "inilah dunia,yang kamu rakus dengannya.


Apabila satu hal terhadap umat Islam beliau sangat memperhatikan dengan seksama urusan itu. Khalifah Umar al Khatab terkenal sebagai pemimpin yang gemar meronda pada waktu malam. Sebagai pemimpin negara, beliau perlu mengetahui apakah aktiviti rakyatnya pada malam hari. Umar berjalan-jalan di tepi sebuah rumah yang usang, lantas telinganya tertangkap akan perbualan si penjual susu yang miskin dan anak gadisnya.

“Wahai anakku, hari ini kita memperoleh bekalan susu yang sedikit, apa kata jika campurkan ia dengan air supaya kelihatan banyak sebelum matahari terbit,” kata si ibu.

Terkejut gadis itu, lantas dia menjawab, “kita tidak boleh berbuat seperti itu wahai ibuku, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang berbuat demikian,”.

Penjual susu itu berkata lagi, “tidak mengapa anakku, jika di antara kita tidak membocorkan rahsia ini kepada sesiapa tentunya Amirul Mukminin tidak akan tahu,”.

“Benar, biarpun beliau tidak tahu, tetapi tuhan kepada Amirul Mukminin mengetahuinya,” jawab si gadis sunti itu.

Sebaik mendengar jawapan gadis itu, mengalir air mata Umar, terdetik di hati jujurnya anak gadis itu. Sampai di rumahnya, Umar meminta anaknya, Asim menikahi gadis tersebut. Umar mengatakan, akan lahir daripada keturunan gadis ini bakal pemimpin Islam yang hebat, disegani yang bakal memimpin orang-orang Arab dan Ajam.Asim, seorang anak yang menurut perintah, maka berkahwinlah Asim dan gadis anak si penjual susu yang miskin itu. Hasil pernikahan tersebut mereka beroleh anak perempuan dinamakan Laila dikenali sebagai Ummu Asim. Kemudiannya Ummu Asim dinikahkan dengan Abdul Aziz bin Marwan. Perkongsian hidup itu lahirlah pembesar negara yang ulung, Umar bin Abdul Aziz.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N