Langkau ke kandungan utama

CARA SYIAH BERBEZA DENGAN SUNNI MEMULIAKAN AHLUL



Dalam Islam dibenarkan bahkan mendapat pahala melahirkan rasa kasih sayang dan memuliakan kepada mereka yang sepatutnya diberikan. Contoh anak-anak melahirkan rasa kasih sayag dengan menghormati ibu dan ayah, memuliakan orang alim atau guru, begitu juga kepada mereka yang Allah dan rasul muliakan dikalangan para sahabat dan sebagainya. Sahabat Rasulullah SAW merupakan generasi termulia yang dikeluarkan kepada manusia. Mereka menjadi suri teladan serta pejuang Islam yang tidak ada tandingan sampai hari Kiamat nanti. Kedudukan mereka sangat tinggi. Mereka mempunyai banyak keutamaan. Demikian pula, jasa mereka terhadap Islam terlalu besar. Oleh karena itu, wajib bagi umat ini untuk menghormati sahabat-sahabat Rasulullah SAW.


Para pemimpin yang Tuhan datangkan untuk membina insaniah manusia. Mereka datang membawa iman dan Islam. Mereka berperanan memimpin dan mendidik manusia. Mereka yang memimpin manusia yang bertaraf rasul Allah bekalkan mereka wahyu.
Bagi mereka yang bukan rasul Allah berikan mereka ilmu ilham atau laduni untuk mendidik manusia. Kepimpinan dalam Islam wajib memiliki ilmu agama, kerana dasar, teknik dan matlamat kerja ke atas sesuatu perkara yang hendak dibangunkan, perlaksanaan, jalan penyelesaian dan jawapannya nanti mesti tepat dengan Al Quran dan Hadist. Ini termasuklah dalam soal pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, dan lain-lain lagi. Begitu juga dalam soal isu semasa yang selalu berlaku sama ada isu kecil atau besar yang dalam negara atau luar negara kesemuanya perlu ditentukan hukumnya.


Rasulullah SAW memperkenalkan ilmu kepimpinan Islam yang ada pada Saindina Ali Karamallahuwajhah. Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhuma, katanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
أنا مدينة العلم ، وعلي بابها ، فمن أراد العلم فليأته من بابه
“Aku adalah kotanya ilmu dan Ali adalah pintunya, maka barang siapa yang menghendaki ilmu maka datangilah pintunya.”
Diriwayatkan oleh Al Hakim   (Al Mustadrak No. 4637, katanya: isnadnya shahih, dan tidak dikeluarkan oleh Bukhari – Muslim) dengan sanad: menceritakan kepada kami Abul Abbas Muhammad bin Ya’qub, menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdurrahim Al Harawi, menceritakan kepada kamiAbu Shalt Abdussalam bin Shalih,  telah mengabarkan kepada kami Abu Mu’awiyah, dari Al A’masy, dari Mujahid, dari Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhuma (lalu disebut hadits di atas).


Ali bin Abi Thalib Karamallahuwajhah adalah seorang khalifah yang bijaksana. Beliau adalah khalifah keempat, setelah Usman bin Affan meniggal dunia beliau menggantikannya. Dari semua sahabat nabi beliau adalah salah seorang sahabat muda yang pertama kali masuk Islam. Salah satu dari kelebihan beliau adalah dibidang politik. Di masa Beliau banyak permasalahan yang dapat dijadikan ibrah atau pelajaran penting untuk masa kini. Sehingga apa yang pernah terjadi pada masa khalifah Ali tak terulang kembali bagi umat islam.Banyak aspek yang patut untuk dikaji seputar kekhalifahan Ali bin Abi Thalib, diantaranya bagaimana sosial, pemerintahan dan kebudayaan islam pada masa Ali bin abi thalib.


Pihak orentalis banyak menulis untuk mengelirukan keadaan sebenar yang berlaku. Contohnya perang jamal suasana fitnah dibesarkan-besarkan salah faham antara Ali dengan Aisyah, Thalhah dan Zubair, pertelikahan dilatarbelakangi salah faham dan kekeliruan antara kedua pihak yang dimanfaatkan oleh pemberontak. Kedua, perang shiffin iaitu salah faham antara ali dengan muawiyah yang menuntut kematian usman. Akhirnya dibawa ke majlis tahkim antara Ali dengan Muawiyah. Dari situ ada yang bersimpati dengan Ali dan ada pula yang bersimpati dengan Muawiyah. Golongan munafik ambil peluang untuk menjurangkan lagi umat Islam. Bagi umat Islam yang berpegang dengan pesanan Rasulullah SAW, Rasulullah SAW ada bersabda, “Jika seorang hakim memutuskan suatu hukum, kemudian berijtihad maka jika benar ia mendapat dua pahala. Namun jika salah, baginya satu pahala.” (HR. Al Bukhari). 


Ikhtilaf dan iftiroq adalah dua perkataan yang membawa maksud yang berbeza. Masing -masing mempunyai takrif yang tersendiri.
Ikhtilaf yang diperbolehkan itu berasal dari ijtihad dan niat yang baik. Iaitu berniat sungguh-sungguh mencari kebenaran. Jika pendapatnya benar maka mendapat dua pahala. Jika ternyata salah, maka tetap mendapatkan satu pahala. Sementara iftiroq tidak berasal dari kesungguhan dalam mencari kebenaran bahkan sebaliknya hanya hendak tegakkan benang basah ianya muncul dari dorongan hawa nafsu. Pusat pemerintahan Saidina Ali berpindah ke Kufah. Bagi memudahkannya mentadbir kerana kaki tangannya ramai berada di Kufah. Khalifah pertama, kedua dan ketiga berpusat di ibu kota Madinah. Hanya khalifah ke empat sahaja berpindah ke Kufah. Perkara tersebut termasuk soal Ikhtilaf memang dibenarkan didalam Islam. Ali bin Abi thalib meninggal di usia 63 tahun setelah ditikam Abdurrahman bin Muljam ketika mengimami shalat subuh di masjid Kufah, pada 19 haribulan Ramadhan, dan Ali menghembuskan nafas terakhirnya pada 21 Ramadhan tahun 40 Hijriyah.


Mari kita meninjau lebih dekat bandar Kufah yang menjadi pusat pentadbiran Saidina Ali. Kufah (الكوفة) merupakan sebuah kota di Irak. Ia terletak 10 km di timur laut Najaf dan 170 km di selatan Baghdad. Diperkirakan kota ini mempunyai 110.000 penduduk pada 2003.
Bersama-sama dengan Karbala dan Najaf, Kufah merupakan salah satu dari tiga kota terpenting di Iraq untuk golongan Syiah. Di era Khalifah Saidina Ali, pusat administrasi dipindahkan dari Madinah
Al Munawwarah ke Kufah. Di sinilah Saidina Ali meninggal akibat tikaman pedang Ibnu Muljam. Makam Saidina Ali bin Abi Talib pula berada di Najaf. Bandar Kufah telah di bangunkan pada tahun 17 hijrah bersamaan 618 masihi.


Sewaktu kami menziarahi makam Saidina Ali, dua kali kami menyaksikan orang disitu mengusung jenazah mengelilingi makam tersebut. Perbuatan tersebut tak ubah seperti orang melakukan tawaf di Kaabah. Ini adalah amalan dan kepercayaan orang-orang syiah. Mereka suka meratab-ratab di makam Saidina Ali. Suasana begitu asing bagi kami yang baru menyaksikannya. Kepadatan orang datang berkunjung seperti orang ramai mengerjakan umrah. Menurut Islam Sunni ia adalah Khalifah terakhir dari Khulafaur rasyidin. Sedangkan syiah berrpendapat bahwa ia adalah Imam sekaligus Khalifah pertama yang dipilih oleh Rasulullah SAW.


Fahaman syiah secara ringkas. Jadi kaum syiah ini seolah-olah telah menolak ke khalifahan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman. Ini salah satu daripada fahaman kaum itu yang sederhana kerana daripada 22 aliran mazhab syiah ini ada terdapat fahaman-fahaman yang lebih karut. Umpamanya ada yang menganggap Saidina Ali itu rasul. Seolah-olah pada mereka, Jibril tersalah hantar wahyu. Menurut mereka Allah mahu menyampaikan wahyu kepada Saidina Ali tetapi Jibril telah tersilap menyampaikannya kepada Rasulullah. Fahaman ini adalah yang paling teruk. Bahkan ada yang bertambah karut lagi, ada yang bertuhankan Saidina Ali.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N