Langkau ke kandungan utama

AJARAN QADARIAH BERLAKU HARI-HARI DALAM MASYARAKAT.




Sejak Islam mula berkembang hinggalah ke hari ini, umat Islam tidak pernah rehat daripada menghadapi cabaran berbentuk aqidah. Muncul satu demi satu fahaman atau aqidah yang menyeleweng dari aqidah yang sebenar, sama ada yang timbul akibat kejahilan umat Islam sendiri atau yang diasak oleh musuh-musuh Islam secara halus. Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi mendidik kita melalui kelas-kelas pengajiannya dengan mengajar dan memahamkan kita mengenai pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal jamaah. Beliau juga memimpin kita bagaimana mengimplemintasikan dalam segenap bidang kehidupan termasuk dalam ekonomi, politik, pendidikan, hinggalah kehidupan seharian yang berlaku hari-hari dalam kehidupan kita. Dengan kata lain, beliau membawa fikrah Islamiah yang jelas berlandaskan aqidah yang tepat.


Dalam hal demikian, kita hendaklah berhati-hati serta beringat-ingat kerana kalau tidak, kadang-kadang apa yang kita pelajari dengan apa yang kita perbuat boleh bercanggah. Umpamanya kita sudah belajar tentang aqidah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kita telah tahu segala-galanya, tetapi dalam pengalaman kita hari-hari, dalam tindak tanduk serta perbuatan kita, dalam perjuangan dan jihad kita, didapati semua ini sudah tidak selari dengan ilmu yang kita pelajari. Kadang-kadang apa yang kita lakukan sendiri tidak sedar. Umpamanya cakap-cakap kita, tingkah laku kita dan sebagainya, semuanya terjadi dengan tidak kita sedari. Rupa-rupanya kita sudah termasuk kepada qadariah walaupun kita belajar tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah. Inilah akibatnya kalau kita tidak berhati-hati dalam mana akan berlakulah perbuatan kita bercanggah dengan ilmu yang kita pelajari.


Ajaran Qadariah berlaku dalam kehidupan kita samaada disedari atau tidak. Kita mendakwa berpegang dengan pegangan akidah ahli sunnah wal jamaah, itulah juga pegangan rasmi negara bagi umat Islam di Malaysia. Tetapi bila kita perhatikan apa yang berlaku hari-hari dalam masyarakat yang berlaku adalah pegangan qadariah. Beberapa contoh yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Umpamanya seseorang itu begitu yakin bahawa dengan kelulusan dan kelayakan ilmu pengetahuan yang ada padanya, dia akan kaya serta mewah dan mendapat kesenangan hidup. Juga dia yakin dengan kelulusan itu dia boleh menjadi orang baik. Disini dia telah tercangkuk kepada qadariah padahal dia sudah belajar iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi perbuatannya, sikap dan tindak tanduknya menunjukkan dia tela terjebak kepada qadariah.


Dan begitu jugalah seseorang yang begitu yakin dengan pangkatnya hingga mengatakan bahawa pangkatlah yang membawa kekayaan dan kemewahan hidup kepadanya.Dengan tidak disedari, dia sudah terjebak kepada qadariah. Sesetengahnya pula berkata,"Kalaulah aku tidak menolong bantu dia dan kalaulah aku tidak campur tangan, sudah tentu dia tidak akan berjaya!". Orang ini sudah jatuh kepada qadariah. Ada setengah orang pula berkata, "Kalaulah bukan aku yang mentadbirnya,sudah tentu dia tidak akan berjaya. Kerana campur tangan akulah, maka projek itu berjaya!" Dia sudah terjebak kepada qadariah yang mana dia sendiri tidak pun mempelajarinya. Dia telah terjebak secara tidak disedarinya.


Manakala setengah-setengah orang itu pula sentiasa memperakui dirinya sendiri dalam setiap percakapannya seperti, "Akulah yang menjayakannya...! Akulah yang membangunkan masyarakat ini....! Akulah yang membawa kesenangan kepada orang ramai....! Akulah ...
itu...dan akulah ini...dan sebagainya. Orang-orang ini menunjukkan sikap qadariah. Dia sudah lupa kuasa Allah yang telah memberi bekas kepada segala sesuatu. Dia hanya ingat yang kuasa dia yang telah memberi bekas. Jangan pula kita salah faham, oleh kerana kita mengatakan bahawa ilmu kita tidak boleh memberi bekas, pangkat kita tidak boleh memberi bekas dan sebagainya, maka kita tidak mahu belajar, tidak mahu mentadbir,tidak mahu berusaha,dan seterusnya. Ini salah.


Sebagaimana kita katakan di atas, ajaran Islam sejak mula berkembang hinggalah ke hari ini, umat Islam tidak pernah rehat daripada menghadapi cabaran berbentuk aqidah. Ada seorng ulama dari Jordan yang bernama Syed Hassan As Saqaf, telah membungkar kerja musuh yang menerima upah untuk mengkhianati kitab-kitab ulama silam. Beliau adalah orang kanan kepada tokoh ulama Hadist (Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari) yang menghafaz hadits sebanyak 50,000 buah Hadist yang terkenal di kurun ini. Syed Hassan As Saqaf adalah orang kanan ulama hadis tersebut. Beliau berjaya membongkar kerja orang-orang yang telah diupah oleh musuh untuk mengkhianati kitab-kitab karangan ulama-ulama silam. Contohnya kitab Al-Azkar karangan Imam Nawawi. Muka surat 315, bab "Ziarah kubur Nabi, yang ditukar kepada "Ziarah masjid Nabi". Kitab yang telah diubah ini dicetak di Riyadh. Kitab asalnya dicetak di Beirut, Syria dan laian-lain.


Pengkhianatan terhadap kitab-kitab agama ini pernah berlaku kepada Bani Israel. Ulama -ulama mereka berani merubah kitab suci yang diturunkan kepada mereka seperti Taurat dan Injil, sehingga timbullah kitab-kitab seperti Thalmud, Injil perjanjian Baru (New Testament) dan lain-lain. Sikap mereka itu telah dirakamkan  oleh Allah dalam Al Quran. Pernah berlaku dailog antara Syed Hassan As Saqaf yang mewakili Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan ulama wahabi bernama Al Bani. Majlis dailog tersebut berjalan selama tujuh hari tujuh malam. 
Akhir dari dailog tersebut, Al bani telah tewas untuk mematahkan hujah yang dikemukan oleh Syed Hassan as Sagof. Pengerusi majlis dailog tersebut ialah seorang tokoh ulama di Jordan iaitu timbalan mufti Jordan. Beliau juga pernah menjadi menteri agama dan aukaf. Mereka semuanya pernah bertemu dengan Abuya ketika di Jordan.


Syed Hassan As Saqaf seorang tokoh ilmuan agama yang terkenal di Jordan. Menurut pengakuannya, setelah beliau bergabung dengan jemaah tariqat, jiwanya rasa terisi. Begitulah keperluan diri manusia yang mempunyai tiga unsur. Iaitu fizikal, akal dan jiwa. Kesemuanya perlu diberikan makan mengikut keperluan masing-masing. Di bumi Jordan banyak peninggalan sejarah dan makam-makam para Sahabat Rasulullah SAW. Di Jordan ada sebuah istana yang dipahat daripada bukit batu yang ada di bumi Jordan. Tempat tersebut mengimbau kita kezaman silam. Bangunan tersebut kekal hingga kehari ini. Inilah istana yang dipahat di sebuah bukit batu. Diperkirakan manusia menghuni Petra sejak abad ke-2 Masehi. 


Seorang lagi tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu bekas mufti Jordan. Iaitu Syeikh Nuh Al Qudho. Pada 15 Mac 1990 sebelum penulis pulang ke Malaysia, kami dijemput oleh mufti Jordan ke pejabatnya di Amman. Sudah menjadi tradisi orang Jordan, menyambut tetamu mereka dengan kopi khas iaitu Gahwah Saadah. Beliau menghadiakan kitab tulisannya ketika belajar di Universiti Azhar, tulisan tesisnya untuk mendapatkan ijazah sarjana ketika menuntut di Azhar Mesir. Sebuah kitab lagi tulisan beliau untuk mendapatkan ijazah Kedoktoran (PHD) di Universiti Riyadh, Arab Saudi. Kedua-dua kitab telah pun tersebar luas di Timur Tengah. Terpampang moto didinding pejabatnya ayat Al Quran . Maksudnya: "Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa."


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N