Langkau ke kandungan utama

KEHIDUPAN BERKASIH SAYANG DAKWAH BILHAL YANG BERKAT.








Tuhan telah memuji orang-orang terdahulu dikalangan Para Sahabat Rasulullah SAW. Mereka terdiri dikalangan Ansor dan Muhajirin. 
" Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar." ( At Taubah:  100).


Mursyid kita Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi  telah memberikan gambaran secara umum suasana masyarakat para sahabat (salafussoleh) selepas dididik oleh Rasulullah SAW. Mari kita senaraikan ciri-ciri kebaikan yang ada pada mereka, yang menjadikan mereka umat terbaik bagi seluruh zaman. Perlu diingat bahawa kebaikan yang ada pada masyarakat para sahabat (salafussoleh) adalah kebaikan menurut Al Quran dan Sunnah, yang mungkin tidak ada nilai kebaikan pada setengah-setengah orang Islam sekarang. 


Memang kalau Islam tidak dipelajari dan tidak diyakini secara tafsili dan ijmali corak pemikiran dan skil penilaian seseorang itu tidak akan tepat sebagaimana yang diminta oleh orang Islam itu sendiri. Satu-satunya cara penyelesaiannya ialah dengan menyelaraskan ilmu dan kefahaman Islam pada umat Islam agar ia tepat dan lurus sebagaimana yang dikehendaki oleh Al Quran dan Sunnah. Barulah nanti umat islam tidak berkrisis lagi dalam menilai sesuatu, terhadap yang baik semuanya mengatakan baik dan terhadap yang buruk semuanya mengatakan buruk.


Di antara perkara yang ada pada mereka, ke mana pun mereka pergi tidak akan terpisah dengan kehidupan mereka iaitu menyampaikan apa yang mereka dapat daripada Rasulullah SAW di kongsikan dengan masyarakat yang mereka temui. Mereka menyampaikan (dakwah) sama ada secara langsung atau tidak langsung iaitu melalui sikap. Iaitu berdakwah (bil hal). Melahirkan sikap yang mulia itulah akhlak Islam, ini di namakan dakwah bil hal.


Begitu juga dalam berjuang mereka tidak mengharap kepentingan apa-apa melainkan untuk berkhidmat kepada Allah Ta’ala.Mereka berjuang sepanjang masa tanpa cuti, bukan secara sambilan. Mereka mencari keredhaan Allah Ta’ala dengan memperjuangkan agama Allah Ta’ala dalam bentuk dakwah. Sasaran perjuangan ialah manusia, agar seluruh manusia di dunia menyembah Allah Ta’ala dan mengikut syari’at Islam. Kerana itu mereka tidak sayang untuk korbankan diri, masa, harta benda dan kaum keluarga serta kampung halaman. 


Kira-kira 2/3 daripada sahabat Rasulullah dimaqamkan di luar Semenanjung Tanah Arab. Ertinya mereka meninggalkan rumahtangga dan kaum kerabat untuk memperjuangkan agama Allah di tempat-tempat lain, hingga akhirnya mereka berkubur di merata tempat. Islamnya orang-orang Cina di Negeri China adalah kerana perjuangan Saad Abi Waqas, Qutaibah bin Muslim, dan Abdullah Al Bahili. Begitulah yang lain. Begitulah dakwah dan penyibaran Islam berlaku di era kebangkitan Islam pertama.


Oleh kerana kebangkitan Islam kali kedua ini juga besar, maka Abuya mendidik dan memimpin kita berpandukan kebangkitan pertama tersebut. Supaya kita dapat mengulanginya di era kebangkitan Islam kali kedua ini. Abuya telah menanamkan cita-cita dakwah tersebut kepada keluarga dan ahli jemaahnya. Dengan adanya cita-cita tersebut menjadi kekuatan untuk kita mengulangi kejayaan dakwah di era kebangkitan pertama kepada kebangkitan kali kedua.


Model dakwah yang Abuya Imam Ashaari At Tamimi cetuskan adalah model kebangkitan Islam dari Timur yang tapaknya di Malaysia. Model tersebut telah bertebaran keseluruh pelusuk dunia dan menyampaikan apa yang mereka dapat daripada didikan dan pimpinan Abuya. Ini dapat kita lihat dakwah bil hal yang dilakukan oleh umat Islam dari Timur ini diterima di bumi Eropah khususnya di Poland. Penekanan awal yang Abuya lagang ialah mempelajari, memahami dan meyakini ilmu Fardhu Ain yang meliputi bidang tauhid, feqah dan tasauf. Dakwah praktikal yang Abuya lagang berjaya membentuk akhlak peribadi murid, pengikut dan keluarganya agar berakhlak mulia. 


Penyebaran dakwah Abuya dilakukan secara sangat praktikal melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan buku dan majalah, perniagaan, perubatan dan pertanian. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang dakwah praktikal ini, namun yang lebih menarik adalah bagaimana Abuya berjaya membina empayar dakwahnya yang praktikal dan tersendiri. Moga dengan kebangkitan Islam kali ini yang bermula dari Timur dan menyebarkannya keseluruh dunia. Kita yakin kerana sekarang adalah era kebangkitan Islam, kita akan menyasikan kemeriahan Islam akan berlaku sekali lagi. Bumi Eropah pernah berada di bawah Islam, moga berkat kebangkitan Islam akan berlaku sekali lagi eropah bernaung di bawah Islam.


Apabila keberkatan melimpah ruah di satu-satu negara, kesannya masyarakat akan makmur dan medapat keampunan Tuhan, bagi yang bukan Islam menikmati sama berkat tersebut dan laluan hidayah terbuka luas untuk mereka. Paling kurang dengan keberkatan yang wujud walaupun mereka tidak masuk Islam tetapi senang dan turut gembira dengan model Islam yang ada di Timur ini. Begitu juga 
perkembangan Islam di Malaysia disenangi oleh pelancung-pelancung yang datang ke negara ini. Terutamanya pelancung dari Timur Tengah, mereka pulang ke negara mereka dan berkongsi apa yang mereka lihat semasa berada di Malaysia ini. Walaupun rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama tetapi mereka tertarik melihat sikap saling menghormati satu sama lain.







.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N