Langkau ke kandungan utama

PEMBANGUNAN MATERIAL DAN ROHANI TETAP ADA HALANGAN.











Gambar-gambar di atas cucu cicit Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi di Eropah (Poland 2017).


Pembangunan dan kemajuan material, halangan-halanganya lebih banyak berbentuk lahiriah. Seperti hutan, gunung, sungai, laut, paya, padang pasir dan sebagainya. Dengan adanya halangan-halangan dunia ini, hidup manusia jadi susah. Tempat tinggal susah, hendak berjalan pun susah sebab dihalang oleh gunung, hutan, paya, laut dan sungai. Tambahan pula pada itu, ada pula binatang buas dan ganas seperti buaya, singa, harimau, gajah, ular dan sebagainya. Bila pembangunan hendak dibuat, binatang-binatang ini mengancam kita. Kalau jiwa tidak kuat dan ilmunya tidak dicari sungguh-sungguh, maka manusia tidak akan mampu berbuat apa-apa. Gunung akan tinggal gunung, hutan akan tinggal hutan, sungai akan tinggal sungai, paya akan tinggal paya dan laut akan tinggal laut.


Contoh pembangunan dan kemajuan yang di bangunkan oleh empayar Islam Uthmaniah. Membangunkannya bukanlah satu perkara mudah. Ia diterajui oleh keluarga Bani Osman ialah sebahagian kecil keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia kecil semenjak abad kesebelas yang lalu. Bangsa ini ialah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantane terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. Pengikut-pengikutnya terkenal sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Keristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah sejagat" dan waris kepada Empayer Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".


Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardanelles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Greece dan Bulgaria Constantinnople (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) setelah jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telah pun berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah mempunyai angkatan laut yang handal di Laut Mediterranean dan melaksanakan tugasnya dalam peperangan dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniyyah. Uthmaniyyah juga meluaskan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain. 


Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai Karlovitz, Uthmaniyyah dipaksa bersetuju untuk menyerahkan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Venice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagian tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniyyah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahun 1830. 


Kerajaan Uthmaniyyah menjadi "Orang sakit Eropah" dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia 1 ada tahun 1912-1919, kesemua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniyyah, dengan wilayah Eropahnya ialah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara Edirne Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Atartuk telah menghapuskan nama kerajaan Uthmaniyyah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.


Halangan-halangan yang dihadapi oleh pejuang-pejuang Islam dari kerajaan Uthmaniah, mereka terus menguatkan jiwa supaya tidak terputus dengan Tuhan. Kerana mereka yakin apa sahaja halangan dari musuh selagi Tuhan campur Tahan tiada suatu kuasa pun akan dapat menghalang perjuangan mereka. Sebab itu perkara yang menyebabkan terhalangnya bantuan Tuhan, cepat-cepat mereka bertaubat dan mempastikan hati mereka tidak terputus dengan Tuhan. Mereka akan sentiasa buat muhasabah disudu mana yang mereka perlu perbetulkan dan baiki. Orang yahudi dan nasrani sangat mencemburui dan berdendam dengan pencapaian dan kemajuan yang berlaku di tangan empayer Islam yang diterajui oleh empayer Uthmaniyyah. 


Dengan rasa tidak senang dengan pencapaian empayer Islam yang tersebut, mereka melebelkan dengan hal-hal negatif kepada pencapaian empayer Islam. Musuh-musuh Islam menakut-nakutkan manusia dengan membuat tuduhan dan kecaman kepada ajaran Islam. Tuduhan dan cemohan mereka bahawa Islam ialah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al-Quran yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bida'ah yang dibuat-buat" dalam Al-Quran itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17. 


Kerajaan Uthmaniyyah kini pula menghadapi persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan bangsa Rusia. Pembangunan dan kemajuan bolehlah diibaratkan sebagai mahmudah. Halangan-halangan seperti gunung, hutan, paya, laut dan sungai. Tambahan pula pada itu, ada pula binatang buas dan ganas seperti buaya, singa, harimau, gajah, ular dan sebagainya. Semua itu bolehlah diibaratkan sebagai mazmumah. Selagi halangan-halangan tidak dibuang, selagi itulah tidak wujud pembangunan. Begitu juga selagi mazmumah (halangan lahir) tidak dibuang selagi itulah tidak akan wujud mahmudah. (pembangunan lahir). 


Menurut Presiden Poland, Aleksander Kwasniewski: "katanya pada sidang berita selepas mengadakan perjumpaan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, di era pemerintahan Tun Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. ''Walaupun hubungan politik antara Malaysia dan Poland adalah baik, kedua-dua negara berusaha untuk meningkatkan peluang kedua-dua pihak, kerana banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki antara kedua negara,'' Kwasniewski percaya bukan sahaja aktiviti ekonomi dapat ditingkatkan malah rakyat kedua negara boleh mengenali dan memahami keperluan masing-masing. ''Kedua-dua negara mempunyai banyak perkara yang boleh ditawarkan, umpamanya dalam bidang perdagangan, pelancongan serta kajian saintifik. (Petikan Utusan Malaysia).


Yang susahnya ialah hendak bangunkan insaniah. Berbeza dengan membangunkan material, membangunkan insaniah mazmumahnya atau halangannya tidak nampak. Ia mazmumah atau halangan batin. Kemajuan mahmudahnya atau pembangunan rohaniahnya juga tidak nampak. Sebab itu ia lebih sukar. Ia memerlukan orang Tuhan untuk tunjuk jalan, iaitu para rasul, para nabi dan para mujaddid. Paling tidak pemimpin yang bertaqwa. Mazmumah atau halangan dalam membangunkan insaniah di antaranya ialah sombong, tamak, pemarah, pendendam, bakhil, dan macam-macam lagi. Semuanya kita tidak nampak. Itulah penghalang untuk kita bangunkan insaniah sepertimana juga gunung, hutan, paya, laut dan sungai. Tambahan pula pada itu, ada pula binatang buas dan ganas seperti buaya, singa, harimau, gajah, ular adalah penghalang untuk kita bangunkan material.













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N