Langkau ke kandungan utama

BASRAH ADALAH PUSAT EKTRIMIS AKIDAH.







Bandar Basrah 549 kilometer ke Selatan Baghdad. Perhubungan darat dari Basrah ke Baghdad amat baik. Jalan rayanya cantik. Begitu juga jalan keretapi. Basrah merupakan laluan keluar Iraq melalui laut untuk ke Timur Jauh. Ketika penulis sampai di Basrah pada 16 Januari 1990, Basrah bandar yang hampir hancur musnah akibat peperangan Iraq dengan Iran. Penulis dapat saksikan banyak bangunan yang musnah. Sepanjang perjalanan dari Baghdad ke Basrah banyak kelihatan anggota tentera yang bersenjatakan kereta perisai , penangkis kapal terbang, meriam dan kubu-kubu yang dibina dari guni-guni pasir. Terasa seolah-olah kami juga sedang berada dalam medan peperangan. Kerajaan Sadam Hussain membuat pelabuhan sementara untuk kapal laut di tengah-tengah bandar Basrah. Iraq lebih banyak kaitan dengan politik minyak dan perluasan empayar Amerika Syarikat daripada senjata pemusnah dan apa yang dikatakan kempen menentang terorisme oleh pentadbiran Bush. Washington mengambil kesempatan daripada suasana antiterorisme pasca-11 September hari ini untuk melaksanakan serangan ke atas Iraq. 


Basrah tempat tercetusnya pegangan qadariah. Di bandar Basrah tercatitnya sejarah tercetusnya mazhab aqidah qadariah. Qadariyah (bahasa Arab: قدرية) adalah sebuah ideologi dan mazhab menyimpang dari akidah Islam yang muncul pada pertengahan abad pertama Hijriah di Basrah Iraq. Kelompok ini memiliki keyakinan mengingkari takdir iaitu bahwasanya perbuatan makhluk berada di luar kehendak Allah dan juga bukan ciptaan Allah. Para hamba berkehendak bebas menentukan perbuatannya sendiri dan makhluk sendirilah yang menciptakan amal dan perbuatannya sendiri tanpa adanya andil dari Allah. Ideologi Qadariyah tulin adalah mengingkari takdir. Yakni tidak ada takdir, semua perkara yang ada merupakan sesuatu yang baru (terjadi seketika), di luar takdir dan ilmu Allah. Allah baru mengetahuinya setelah perkara itu terjadi. Namun fahamman Qadariyah yang tulin dapat dikatakan telah punah, akan tetapi masih boleh dijumpai derivasinya pada masa sekarang, iaitu mereka tetap meyakini bahwa perbuatan makhluk adalah kemampuan dan ciptaan makhluk itu sendiri, meskipun kini menetapkan bahwa Allah sudah mengetahui segala perbuatan hamba tersebut sebelum terjadinya


Imam Qurthubi berkata, “Ideologi ini telah sirna, dan kami tidak mengetahui salah seorang dari muta’akhirin (orang sekarang) yang berfahaman dengannya. Adapun Qadariyyah di hari ini, mereka semua sepakat bahwa Allah Maha Mengetahui segala perbuatan hamba sebelum terjadi, namun mereka berbeza pendapat dengan Salafussoleh (ahli sunnah wal jamaah) iaitu dengan menyatakan bahwa perbuatan hamba adalah hasil kemampuan dan ciptaan hamba itu sendiri.” Tokoh pencetus mazhab ini adalah Ma'bad al-Juhani, seorang penduduk kota Bashrah dan muridnya Ghailan ad-Dimasyqi. Fahaman bid'ah ini tersebar di Bashrah dan mempengaruhi banyak penduduknya ketika tokoh kota tersebut, ‘Amr bin ‘Ubaid mengikuti fahaman ini. Imam Al-Auza'i mengatakan, “yang membunuh Saidina Uthman yang berasal seorang Yahudi masuk Islam. 


Sementara seorang tokoh dari agama Nasrani yang memeluk Islam telah mencetuskan fitnah dengan melahirkan mazhab Qadariah. Tokoh yang pertama kali mencetuskan fahaman mengingkari takdir adalah Susan, seorang penduduk Irak. Ia awalnya adalah seorang Nasrani yang masuk Islam, (namun) kemudian kembali kepada agamanya semula. Ma’bad al-Juhani menimba (faham ini) darinya, kemudian Ghailan bin Muslim ad-Dimasyqi menimbanya dari Ma’bad.” Imam Muslim meriwayatkan dalam Kitab sahihnya dari Yahya bin Ya’mar, ia berkata, “Yang pertama kali memelopori (menyebarkan) fahaman ingkar takdir di Basrah adalah Ma’bad al-Juhani.” “Penduduk Basrah banyak yang terpengaruh dengan fahaman sesat ini setelah melihat ‘Amr bin ‘Ubaid mengikutinya.” 


Mari kita perhatikan pengalaman -pengalaman hidup manusia di dunia ini. Betapa ramai sekali manusia di dunia ini yang tidak mencapai kehendak-kehendak mereka padahal mereka sudah berazam sungguh-sungguh, sudah usaha habis-habisan dan sebagainya. Dalam usaha mereka untuk mencapai kehendak-kehendak mereka itu, mereka atur betul-betul serta mereka perjuangkan mati-matian. Tetapi begitu banyak juga kehendak manusia ini yang gagal. Jadi tidaklah usaha ikhtiar manusia ini boleh memberi bekas. Dan tidaklah usaha perbuatan manusia yang memberi kejayaan. Padahal kalau kita perhatikan tindakan-tindakan yang dilakukan amat mengkagumkan. Bermula dari cita-cita yang tinggi, mereka lahirkan dalam bentuk tindakan dan perbuatan. Mereka jemput pakar-pakar antara bangsa yang ahli dalam bidang-bidang terkhusus, namun mereka gagal juga.


Dalam bidang ilmu sahaja, berapa ramai orang yang bercita-cita hendak pandai. Mereka bertelaah, mengulakaji bersungguh-sungguh hingga tidak ada masa untuk solat. Begitu keras mereka bekerja dengan membuat rujukan-rujukan seta bertanya sana sini. Kadang-kadang sampai tertidur di khutubkhanah. Begitu ingin sekali mereka hendak berjaya di bidang ilmu pengetahuan, namun ramai juga yang gagal. Tetapi sebaliknya, ada sesetengah orang itu tidak pun belajar sungguh-sungguh dan tidak pula dia sibuk bertanya sana sini. Tetapi pelik, dia pula yang berjaya serta dapat pula kepujian dan sebagainya.
Jadi kita dapati di sini bahawa bukanlah usaha ikhtiar manusia itu yang memberi bekas kerana kalaulah usaha ikhtiar manusia itu yang 
memberi bekas tentulah tidak ada yang gagal. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berazam sungguh-sungguh itu.


Kemudian kita perhatikan pula usaha ikhtiar manusia untuk menjaga kesihatan badannya agar jangan dihinggap penyakit dan agar jangan mati cepat. Mereka jaga makan minum dan ikut betul-betul nasihat doktor yang mana kalau doktor kata makan satu pinggan, maka satu pinggan sajalah dia makan, dia ikut patuh. Kemudian dia makan pil-pil kesihatan serta dia jaga betul-betul tidurnya. Bukan itu sahaja, subuh-subuh lagi dia buat jogging hingga tertinggal sembahyang subuh. Tetapi malangnya, orang-orang ini sakit juga. Ada yang sakit jantung,darah tinggi, sakit buah pinggang, kencing manis, ghaut, sakit sendi, lumpuh dan sebagainya. Manakala bagi setengah-setengah orang itu,dia selamba sahaja menjaga kesihatannya. Dia tidak kira makan minum;asal halal sahaja dia makan. Ubat tidak pernah dia makan walaupun dia sakit. Selagi badannya boleh menanggung, dia tidak kira sangat. Tetapi pelik, orang ini pula yang sihat dan segar badannya. Penyakit pun jarang-jarang hinggap pada dirinya.


Begitulah juga usaha-usaha mereka yang ingin kekayaan hingga tidur 
malam pun mimpi kekayaan. Dia bekerja sungguh-sungguh hingga tidak kira masa lagi, dan sembahyang pun tidak di hiraunya. Dia juga terlalu sibuk sampai tidak ada masa untuk mengaji, sembahyang berjemaah dan sebagainya. Pagi petang, siang malam, dia kira hendak mencari wang ringgit sahaja. Dalam pada itu dia gagal juga. Padahal kalau hendak diukur daripada usaha, tidak satu yang tertinggal sehinggakan seminar-seminar ekonomi pun diikuti, dan kertas-kertas kerja sudah pun dilaksanakan. Kalaulah usaha manusia ini yang memberi bekas, sudah tentulah semua kerja akan menjadi. Jadi kita dapati disini bahawa pengalaman manusia sendiri telah membunuh pendapat orang-orang yang berfahaman qadariah. Gagal nya ikhtiar manusia dalam berbagai-bagai bidang hidup ini,walaupun sudah diusahakan sungguh-sungguh, hanya menunjukan kepada kita bahawa usaha ikhtiar manusia serta qudrah manusia tidak boleh memberi bekas. Ini dengan sendirinya membatalkan iktiqad fahaman qadariah. Orang yang berfahaman dengan mazhab qadariah ini sudah melampaui sempadan. 


Golongan qadariah ini, mereka mengiktikadkan bahawa usaha ikhtiar manusia itu memberi bekas sedangkan Allah berkata bahawa usaha ikhtiar manusia itu tidak boleh memberi bekas. Setelah mereka sangkal kata-kata Allah itu, mereka keluarkan pendapat mereka bahawa qudrah manusialah yang memberi bekas kepada usaha dan ikhtiar mereka, dan langsung tidak ada sangkut paut dengan Allah. Inilah puak pelampau yang sebenarnya. Mreka ini bolehlah kita ibaratkan puak yang telah melampau ke kanan. Di dalam ajaran Islam, melampau ke arah mana pun tidak diterima; sama ada melampau ke kiri atau ke kanan. Pelampau atau ektrimis yang kita sebutkan di sini boleh berlaku di dalam bermacam-macam bidang ajaran Islam. Di sini golongan qadariah adalah pelampau di bidang aqidah. Termasuk juga pelampau aqidah adalah mereka yang berfahaman Jabariah yang akan kita perkatakan nanti.












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N