(Masjid Uqbah adalah masjd tertua di Afrika).
Ahli sejarah berpendapat, selepas siri peperangan Islam-Riddah, ramai yang mahir menghafal al Quran telah terbunuh. Umar Al Khattab meminta Sayidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktiviti pengumpulan semula ayat-ayat al Quran. Era pemerintahan Zaman Sayidina Othman kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan berkenaan. Bangsa Arab menjadi kuat dan berpengaruh kerana mereka mengambil Islam sebagai cara hidup. Islam telah membentuk nilai-nilai yang menggerakkan kekuatan, kehebatan dan perjuangan yang luar biasa sehingga makam pahlawan dan pendakwah berselerak di merata tempat. Makam Saad bin Abi Waqas berada di China manakala kubur pedagang-pedagang Arab berselerakan di kepulauan Melayu.
Sayidina Usman dibunuh ketika sedang membaca Al Quran setelah
dikepung selama 49 hari. Beliau sangat pemalu hingga pintu rumahnya senantiasa ditutup. Ketika mencuci pakaian, beliau tidak pernah meletakkannya di atas pintu kerana malu mengangkat punggungnya. Sepanjang hari berpuasa dan sepanjang malam beribadah, hanya tidur sedikit di awal malam. Sering sekali mengkhatamkan Al Quran pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya.
Modul perubahan diri atau bina insan yang diguna pakai oleh Nabi Muhammad saw ialah al-Quran dan sunnah. Kedua-dua bahan ini merupakan alat penting untuk melakukan transformasi umat Arab daripada menjadi masyarakat jahiliyah kepada sebuah bangsa yang menguasai dunia. Proses pembentukan dan pengukuhan ini terbina dalam masa 23 tahun sahaja. Al-Quran dan sunnah merupakan modul khas pendidikan daripada Allah swt untuk menjadi panduan dan rujukan kepada manusia. Al-quran dan sunnah mengajar dan mengajak manusia untuk berakhlak yang baik, lembut dan berbicara dengan santun. Rasulullah saw memulakan proses berkenaan sedikit demi sedikit dengan menguatkan asas akidah, mengukuhkan persaudaraan dan keyakinan kepada Islam. Seterusnya barulah dikembangkan kepada sosial, politik dan ekonomi. Ia sesuai dengan tugs seorang rasul iaitu membawa khabar gembira, menyampaikan peringatan, menjadi saksi umat di akhirat kelak serta khabar syurga dan neraka.
Al-Quran dipenuhi dengan cerita-cerita untuk diambil sebagai teladan seperti Ashab al-kahfi atau Abu Lahab. Pada peringkat awal, baginda saw menyampaikan asas-asas akidah melalui kumpulan usrah yang kecil. Di sinilah nilai-nilai bangga dengan Islam, berasa mulia dengan Islam dan sanggup mempertahankan Islam dibentuk. Perkara yang paling penting ialah proses membebaskan pemikiran daripada budaya dan amalan jahiliyah kepada perasaan bangga dan berasa hebat apabila bersama dengan Islam.
Nilai-nilai inilah yang menjadikan pemerintahan Khulafaurrasyidin, kepimpinan yang adil. Hatim seorang yang dermawan, Al-Ahnaf seorang penyantun dan sopan, Ibrahim bin Adham seorang yang zuhud dalam kehidupannya, Ibnu Al-Jauzi seorang yang hebat nasihatnya, 'Antarah seorang yang berani, Abu Hanifah seorang yang cerdas dalam fikah, Abu Zar seorang yang jujur, Ibnu Khaldun yang pakar sejarah, Ubay bin Kaab r.a seorang pakar dalam bidang bacaan al-quran, Umar Abdul Aziz seorang khalifah yang soleh dan Imam Bukhari pakar dalam bidang hadis.
Khalifah ke empat di KALANGAN Khulafaurrasyidin ialah Sayidina Ali bin Abi Thalib. Pada suatu sembahyang subuh, selesai memberi salam langsung Sayidina Ali menadahkan tangan dan berkata: "telah ku lihat sahabat Nabi SAW, tetapi sekarang tidak ada lagi yang menyerupai mereka itu. Mereka mengingati Allah hingga bergoyang badannya bagaikan pokok yang ditiup angin badai dengan air mata bercucuran membanahi kain. Wallahi, sekarang ku lihat masyarakat lalai sepanjang malam." Kemudian Sayidina Ali bangkit. Dan sejak subuh itu beliau tidak pernah lagi kelihatan ketawa hingga beliau meninggal dunia oleh pukulan pedang Ibnu Muljam.
Para sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga dan ringkasan sejarah hidup mereka diperkenalkan oleh Syed Ahmad Semait supaya umat Islam dapat mengenali mereka dan berusaha untuk mencontohi sikap dan nilai hidup yang menjadi amalan harian. Antara sikap dan nilai berkenaan ialah keperibadian terpuji, kepimpinan, semangat perjuangan, gigih dalam pengorbanan dan berusaha menegakkan kalimah Islam supaya menetap di puncak yang tinggi.
Sepuluh sahabat ini ialah Abu Bakar As Siddiq, Umar bin Al Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abu Thalib, Thalhah bin Ubaidillah, Az Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqash, Abu Ubaidah bin Al Jarrah dan Said bin Zaid. Amat menarik untuk membaca setiap kisah para sahabat ini kerana masing-masing mempunyai watak tersendiri yang menjadikan mereka unik. Contohnya Abu Bakar As Siddiq, beliau disifatkan sebagai teman setia yang banyak berkorban. Justeru kisah hidupnya banyak dikaitkan dengan kesetiaan seorang sahabat khususnya dalam perjuangan menegakkan Islam ketika mana orang lain enggan mengakui kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Kisah pengorbanannya juga sangat menarik dan boleh memberi semangat kepada generasi muda Islam untuk mengambil sikap tersebut sebagai sebahagian daripada hidup mereka.
Begitu juga dengan gelaran kepada Abdul Rahman bin Auf. Beliau adalah orang yang berniaga dengan Tuhan, suatu keadaan yang unik dan memberi kekuatan tersendiri kepada usahawan Islam yang bercita-cita ingin mencari contoh usahawan muslim. Beliau telah diberi kekayaan yang luar biasa oleh Allah SWT, di tangannya ada bermacam-macam kemewahan dan kesenangan, namun dia sendiri tidak pernah memakai harta kekayaan dan kesenangan itu untuk membahagiakan dirinya ataupun keluarganya. Dia menganggap kemewahan yang ada di tangannya sebagai amanah Allah SWT yang menjadikannya sebagai tempat bantuan dan pertolongan untuk semua orang. Sebab itulah tangannya tidak pernah putus dengan memberi dan matanya tidak berhenti daripada tangisan.
Sa’ad bin Abi Waqqash adalah contoh kepada mereka yang hendak berjuang pada jalan Allah SWT kerana beliau digelar sebagai pelempar panah pertama pada jalan Allah. Ceritanya menjadi seorang Islam sangat menarik kerana takwil mimpinya dijelaskan oleh Abu Bakar As Siddiq. Kisah kematiannya juga boleh menjadi iktibar kerana dia berpesan supaya mengafankan mayatnya dengan baju bulu yang pernah dipakainya ketika mula berperang menentang kaum musyrikin di Badar.
Ulasan
Catat Ulasan