Langkau ke kandungan utama

GURU UMPAMA TANGKI DAN MURID UMPAMA KEPALA PAIP.




Banyak perkara-perkara baik dan penting telah hilang dari umat Islam. Sebab itulah walaupun umat Islam ramai, tapi tidak kuat, tidak bersatu, tidak maju malah masih terjajah dibawah kuasa kuffar. Yang hilang itu bukan tentera atau senjata lahir, tapi senjata maknawi yang hakiki. Hilang iman, hilang taqwa dan hilang keberkatan adalah punca utama lemahnya umat Islam. Akibat kehilangan itu maka umat Islam tidak mendapat bantuan Tuhan. 


Termasuklah perkara yang hilang ialah ilmu yang global dan syumul. Ilmu yang tepat melahirkan insan yang beramal mengikut minat, bakat dan kemampuan masing-masing. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menyuluh kelemahan dan kekurangan diri serta membawa kita mengenal Allah. Ia membawa perubahan kepada diri dan cara hidup murid-muridnya. Dari hati turun ke hati. Justeru itu tidak hairanlah jika pengajiannya diminati dan sangat berkesan. 
Ia membawa perubahan diri dan sistem hidup murid-muridnya. Abuya Imam Ashaari At Tamimi berpegang pada prinsip tidak memisahkan ilmu dengan tarbiah. 


Sedangkan menuntut ilmu itu diwajibkan oleh Islam. Apakah Islam mewajibkan kita menuntut ilmu hanya supaya kita boleh dapat kerja, dapat gaji yang banyak dan dimuliakan di sisi masyarakat kerana ilmu kita itu. Masakan matlamat hukum Islam supaya kita mencari ilmu itu terhenti setakat hal-hal dunia yang remeh-temeh seperti itu. Kalau setakat itulah sahaja matlamatnya, apa perlunya Allah datangkan Islam kepada kita dan apa perlunya diwajibkan pula kita menuntut ilmu. Orang-orang bukan Islam pun boleh faham malah mereka lebih gigih mencari ilmu tanpa payah mereka menganut dan mengamalkan Islam. 


Perkara yang paling menggembirakan Abuya ialah apabila murid-muridnya dapat memahami minda atau ilmu yang diajarkan kepada mereka. Setiap anak muridnya telah dibekalkan Minda dalam bentuk lisan, sikap, tindak tanduk, gerak geri dan sebagainya. Minda beliau mendahului zaman. Tidak disandarkan atau dicedok dari fikrah mana-mana pemimipin atau guru. Ia merupakan penyuluh jalan taqwa. Mengandung kaedah, teknik, huraian, tafsiran, garis panduan dan segala-segalanya yang membawa manusia kepada Allah dan berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah.


Ilmunya tidak terpisah dengan tarbiah dan disusulinya dengan model.
Melalui model yang telah Abuya cetuskan setiap orang, baik remaja atau orang dewasa mudah untuk praktikalkannya. Semua peringkat akal, samada diperingkat sekolah rendah,menengah, kemahiran, peringka BA, peringkat MA dan peringkat PHD boleh untuk memahami dan melaksanakannya. Ukuran pencapaian terbaik  Abuya terhadap anak-anak muridnya ialah yang paling faham minda Beliau.
Faham dalam ertikata dapat menghayatinya, dan mampu menyaksikannya ke tengah masyarakat sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat.


Seorang murid akan dilatih diluar kelas, untuk menyampaikan minda yang dipelajari. Apakah ia benar-benar faham, sebab itu masing-masing mendapat matan minda dari Abuya. Murid yang terbaik ialah yang paling faham minda beliau. Faham dalam ertikata dapat menghayatinya dan mampu menyampaikannya ke tengah masyarakat sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat. Seorang murid yang amanah terhadap mursyidnya tidak menyampaikan minda yang lain, melainkan menghuraikan matan minda gurunya. Minda yang yang tersirat lebih banyak dari yang tersurat.


Ketulusan dan kelurusan hati murid terhadap gurunya akan memudahkan seorang murid mencungkil minda-minda yang tersirat
untuk dijadikan tindakan. Murid paling disayangi oleh guru ialah yang paling faham mindanya dan banyak berkhidmat kepadanya. Melalui minda Guru Mursyid, anak-anak murid diikat kepada sumber Ilmu yang satu. Ilmu itu datangnya dari hati dan turun ke hati. Ilmu demikian amat berbekas dan berkesan pada hati dan mendorong kepada tindakan dan perubahan diri. Ilmu itu diperpanjangkan kepada masyarakat umum supaya faedahnya lebih meluas dan merata.


Seorang murid umpama kepala paip yang menyalurkan air dari tangki. Dia menjadi saluran untuk menyebarkan minda guru. Jika kepala paip benar-benar berfungsi, lajulah aliran air itu. Maksudnya, jika murid benar-benar dapat memahami dan menghayati minda guru, akan cepatlah ia sampai ke tengah masyarakat. Sama ada melalui lisan, melalui tulisan,melalui sikap, gera-geri dan tindak-tanduknya. Ini akan melicinkan serta memudahkan perjuangan guru untuk membawa umat manusia ke jalan keselamatan di dunia dan di Akhirat.


Dengan berpegang pada minda Guru Mursyid, setiap anak murid akan mempunyai keselarasan dalam segala segi. Selaras dalam memberi pandangan, selaras dalam bertindak, selaras dalam memberi pandangan,selaras dalam sikap dan akhlak,selaras dalam menilai isu semasa, dan selaras dalam apa saja sudut danaspek hidup. Malah dari sudut keyakinan juga sama. Apa yang menjadi keyakinan guru, itulah keyakinan murid. Jika keyakinan tidak sama, bererti sudah wujud jurang yang memisahkan hati guru dengan hati murid.


Menjaga hubungan hati dengan guru adalah sebahagian daripada adab batin yang perlu dijaga. Adab-adab lahir ialah seperti mencium tangan guru apabila bersalam, duduk bersimpuh di depan guru, memuliakan keluarga guru. Tidak melakukan sesuatu yang tidak disukai guru, dan lain-lain lagi. Memelihara adab-adab lahir dan batin akan memungkinkan murid memperolihi barakah daripada guru. Sesungguhnya Abuya mampu membina murid dengan guru menjadi sebuah keluarga besar dengan Abuya sebagai Ayah. Kesemua ini untuk membenarkan hadist adanya ikhwan di Akhir zaman. ""Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku." 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N