Langkau ke kandungan utama

APAKAH SEBAB ALLAH TARIK BALIK HIDAYAH.





Islam tidak akan kalah kalah lagi. Kita kini berada di era peralihan, iaitu era toifah kepada daulah dan seterusnya era perjuangan sejagat. Kemenangan demi kemenangan senantiasa diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajjal) sehingga membuat Dajjal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya. Apabila kita di lepaskan ujian oleh Allah berkat orangnya, maka kita kena lahirkan rasa syukur. Dan apabila tepat melahirkan rasa yang sepatutnya, Tuhan akan tambah lagi nikmat dan rahmatnya kepada kita. Apabila kita tidak pandai berterima kasih Tuhan akan tarik balik hidayah yang pernah diberikan-Nya kepada kita. Tuhan sendiri ingatkan jika pandai bersyukur akan ditambahkan lagi nikmat. Jika tidak pandai berterima kasih Tuhan akan tarik balik sebagai kemurkaan-Nya.

Firman Allah: 

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾.                

Maksudnya: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 14:7).

Islam terus menang tetapi nasib kita belum tahu lagi. Apabila Tuhan hendak tarik balik hidayah yang pernah diberikan kepada kita dengan dibutakan hati kita. Sehingga susah untuk menilai lagi yang mana satu kebenaran. Apabila mata buta,maka kita tidak dapat melihat, tidak dapat mengenal bahkan tidak dapat berjalan lagi. Begitulah kalau hati sudah buta, maka kita tidak dapat mengenal Allah dan tidak dapat menempuh jalan syariat lagi. Kita tidak takut, tidak redha, tidak tawakkal, tidak yakin, tidak berharap kepada Allah, tidak cinta, tidak yakin dengan janji-Nya. Iaitu Syurga, Neraka, Hari Hisab, siksa kubur, dan lain-lain lagi. Bila perasaan tersebut sudah tidak ada di hati kita maka datanglah penyakit hati. " Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?(Ali Imran 3:142).


Apa yang lagi membimbangkan kita ialah apabila Tuhan marah dan biarkan kita terus tertipu dengan dunia. Kita sangkakan dalam kebenaran tetapi sebenarnya sudah terperangkap dengan nafsu jahat dan syaitan yang sentiasa hendak merosakkan dan menyesatkan kita. Kita perlu rujuk kembali pengajian yang pernah Abuya sampaikan dalam majlis fardhu ain di era sungai Pencala satu ketika dahulu. Bab pejuang dan ahli ibadah yang tertipu". Ternyata apa yang berlaku apabila kita tidak merujuk panduan yang pernah diberikan kepada kita, ertinya perjuangan kita di ibaratkan oleh Tuhan seperti buih dipermukaan air. Maksud firman Allah: . "Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan".(Ar Ra'du 13:17).


"Keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada."(Al Haj 22:46).
Penyakit hati yang Tuhan maksudkan itu di antaranya ialah iri hati, dengki, dendam, buruk sangka, tamak haloba, rakus, cinta dunia, bakhil,pemarah, riyak, ujub dan sombong. Langkah pertama yang wajib kita tempuh untuk mengubati atau merawat penyakit hati yang buta itu. Bila hati sudah tidak buta maka penyakit-penyakit hati lainnya akan hilang dengan sendirinya. Kalau mata kita sakit atau buta, maka kita akan pergi ke doktor mata. Mungkin mata kita akan dibersihkan, dibedah dan sebagainya. Begitu pun kalau hati kita yang buta, maka mesti membuat rawatan yang sesuai.


Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi, dalam bukunya bertajuk AQIDAH MUKMIN I telah mentakrifkan erti perjuangan jihad fisabilillah (dalam waktu aman) adalah sebagaimana berikut:-
Perjuangan jihad fisabilillah ialah perjuangan yang bernar-benar kerana ALLAH dan untuk ALLAH semata-mata. Ianya benar-benar satu jihad menegakkan agama ALLAH dan hukum-hakam ALLAH samada melibatkan yang Wajib, yang Sunat, yang Makruh mahupun yang Haram. Mana-mana hukum yang Harus diperjuangkan agar menjadi ibadah. (Jihad yang paling utama adalah seseorang berjihad [berjuang] melawan dirinya dan hawa nafsunya), maka hadits ini derajatnya sahih. Diriwayatkan oleh Ibnu An-Najjar dari Abu Dzarr Radhiyallahu anhu. Nabi SAW bersabda:

               " أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ."

“Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung).”(HR. Bukhari).

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى أَجْسَامِكُمْ وَلاَ إِلَى صُوَ رِكُمْ ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah Abdirrahman bin Syahrin radhiyallahu ‘anhu, ‘Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada rupa kalian, tetapi Dia melihat kepada hati kalian.” (Diriwalatkan Muslim).

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,89. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
(Asy Syuara' 26:88-89).


Orang yang kenal Allah akan benar-benar merasa bahawa dia adalah hamba Allah. Hatinya tidak merasa lebih baik, lebih pandai, hebat,
besar,kuat, dan segala-galanya. Sebab kalau pun dia pandai, maka dia tetap hamba. Dia rasa dia adalah hamba, ingin berkhidmat sebagai hamba. Hidupnya seperti hamba dan bergaya seperti hamba.
Hamba Allah bekerja untuk Allah, mengabdikan diri kepada Allah. Berjuang membela agama Allah, berkorban untuk Allah dan berperang untuk Allah dan berperang kerana Allah bahkan rela mati kerana Allah.
Siapapun musuh Allah adalah musuhnya, akan ditentang habis-habisan. Dan orang-orang Allah adalah orang-orangnya. Ia perlakukan kepada orang-orang Allah dengan mesra dan kasih sayang. Itulah tanda jiwa yang kekal dengan hidayah Allah. Orang yang memiliki jiwa yang merdeka, jiwa yang kekal dianugerahkan hidayah dan taufiq sampai ke hujung hayatnya. 


Banyak terjadi dan terjebak di kalangan kita, merasa hamba Allah hanya ketika beribadah, wirid, solat, puasa, mengerjakan haji, atau waktu membaca Al Quran dan berzikir sahaja. Di luar waktu tersebut, waktu berkerja, waktu mentadbir, waktu makan, waktu tidur, waktu mencuci, waktu menyapu halaman, dan lain-lain tidak merasa diri sebagai hamba. Kita merasa urusan tersebut adalah urusan kita. Cara melaksanakan urusan tersebut sesuai dengan selera kita, pendapat kita dan cara kita. Kita tak rasa bahawa kita berkhidmat untuk dan kerana Allah. Kita tak rasa malu dan hina diri dengan Allah. Bila kita ditanya orang kita akan menjawab bahawa kita bekerja untuk Allah. Tetapi itu hanya di akal sahaja, hakikatnya hati kita tidak merasa begitu. Hati masih merasa tuan, merasa kepunyaan kita, kuasa kita, kejayaan kita, kelebihan kita dan kerana kita. 


Sebab itu kita akan mengikuti selera kita dalam bertindak sehingga tidak menghiraukan peraturan hidup daripada Tuhan. Orang seperti ini sebenarnya bukan menghambakan diri kepada Allah, dan tidak bertuhankan Allah. Dia bertuhankan dan menghambakan diri untuk nafsu. "Tidakkah kamu melihat orang yang mengambil hawa nafsu 
sebagai Tuhan". (Al Jasiah 23). Mereka menganggap diri merka bijaksana dan hebat berjuang, tetapi sebenarnya merekalah orang yang lemah, bodoh, dan terkurung dalam kesempitan nafsu mereka sendiri. Kerana menurutkan hawa nafsu manusia menjadi orang-orang yang derhaka pada Allah dalam ketaatannya. Mereka menunaikan hanya sebahagian dari perintah Allah (derhaka dalam taat). 


Mereka sebenarnya mengikuti kehendak dan bisikan nafsu tanpa menyedari bahawa bahawa mengikuti hawa nafsu itu bererti durhaka pada Allah. Sebahagian besar manusia beranggapan bahawa mengikuti hawa nafsu itu adalah suatu yang baik dan selayaknya. Terutama dalam amalan batin. Kerana hal itu sulit tidak terlihat oleh mata manusia, maka tidak ada siapa pun dapat menegur. Ia melakukan solat, puasa, berjuang, bicara tentang kebenaran, berkorban untuk Islam, sehingga orang menganggapnya baik. 


Hatinya sombong tidak ada siapa pun yang tahu, hatinya jahat sangka tiada siapa pun tahu, hatinya iri hati tiada siapa pun tahu, hatinya tidak rasa berdosa siapa yang tahu, hatinya rasa bersih tiada siapa yang tahu, hatinya gila dunia tiada siapa yang tahu, hatinya tidak takut Allah siapa yang tahu dan banyak lagi amalan hatinya tidak ada siapa pun tahu. Maka ia menjadi manusia yang tertipu. Biasanya orang itu mati dalam dosa atau maksiat batin yang tidak disedari, balasannya adalah neraka. Marilah kita ubat dan rawat hati kita dengan mujahadah terhadap nafsu, satu perjuangan yang besar dan terus menerus tiada hujungnya.








Dalam Islam di ajarkan kita doa, 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N