Langkau ke kandungan utama

KAMPUNG HALAMAN ABUYA.

MENGENANG JASA GURU TANDA KITA BERSYUKUR.


Kampung Pilin terletak di mukim Pilin dalam daerah Rembau. Ia di Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan lokasi yang strategik di mana Kampung Pilin mempunyai jaringan jalan raya yang baik menghubungkan ke Lubuk China Melaka, Linggi Port Dickson, Bandar Pekan Rembau, Pekan Rantau, Bandar Tampin dan Bandar Seremban, di mana jarak untuk ke bandar/pekan berkenaan tidak mengambil masa sampai 1 jam. Lokasi Kampung Pilin tidak jauh dengan Tol Pedas/Linggi yang cuma mengambil masa 9 minit untuk ke Lebuh raya Utara Selatan. Pegangan adat pepatih masih kuat diamalkan di kampung ini. Penduduknya peramah dan suasana kampung masih dikekalkan seperti semangat gotong - royong diamalkan dalam kenduri - kendara. Persekitaran yang aman damai, tenang, pergerakan  kerbau, lembu, kambing dan kuda yang dapat dilihat bebas berkeliaran tanpa kandang.


Sebagai mursyid atau guru tareqat, didikan beliau kepada para muridnya diasaskan pada pembinaan insan. JIWA, AKAL, & FISIK ditingkatkan. Mercu INSAN KAMIL didaki, IMAN disuburkan, FIKRAH ISLAMIAH dipasak, FISIK dilatih tangkas, cergas menegakkan SYARIAT. Kemudian dibangun pula pembangunan material, lahirlah peradaban dan kemajuan. Terbinalah HABLUMMINALLAH & HABLUMMINANNAS untuk menepati ciri-ciri jamaah THOIFAH ISLAMIAH yang menzahirkan kebenaran dalam seluruh aspek kehidupan, bukan sekedar memperkatakannya. Kini dengan semakin mengglobalnya perjuangan atas dasar cita-cita yang besar untuk mempromosikan TUHAN dan perjuangannya bercita-cita untuk membenarkan ucapan Rasulullah SAW iaitu "IKHWANKU " di akhir zaman. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N