ABUYA SIAPKAN PEJUANG.
Manusia umumnya sangat memberikan perhatian dan pengawasan fizikal. Menjagadengan seribu macam cara. Produk penjagaan kecantikan fizikal berlambak-lambak boleh dapat dipasaran. Penjagaan roh atau hati susah didapati dalam masyarakat manusia pada hari ini. Mendidik dan menyiapkan pejuang roh adalah tugas Rasul atau pewarisnya iaitu mujaddid.
Inilah yang dilakukan oleh Abuya
Menyediakan barisan pelapis
perjuangan untuk kebangkitan Islam sekali lagi. Mendidik pejuang berjiwa sufi.
Inilah yang dilakukan oleh Abuya
Menyediakan barisan pelapis
perjuangan untuk kebangkitan Islam sekali lagi. Mendidik pejuang berjiwa sufi.
(Doa adalah senjata orang roh).
Orang roh umumnya berjiwa sufi. Orang yang hatinya lemah lembut, mesra dan mudah bersimpati dengan nasib orang lain. Sekalipun tidak kaya mudah membantu dan menolong orang lain. Mudah bersimpati dan memberikan kasih sayang.Budaya kasih sayang susah didapati sekarang. Sedangkan kasih sayang semua manusia menginginkan nya.Manusia ingin dikasihi.
Kita rasa senang kalau ada orang menyayangi kita dan kita rasa sedih kalau ada orang benci pada kita. Begitulah sifat hati manusia di seluruh dunia walau apa bangsa dan agamanya, lelaki atau perempuan. Itulah yang dikatakan fitrah manusia.
Fitrah semulajadi ini tidak boleh dibuang atau tidak akan hilang
dari hati manusia. Ia sebahagian dari keperluan hidup manusia yang perlu dilayan, diisi dan disuburkan.
dari hati manusia. Ia sebahagian dari keperluan hidup manusia yang perlu dilayan, diisi dan disuburkan.
(Makan dan minum keperluan lahir).
Seperti juga ingin untuk makan dan minum, adalah sifat fitrah yang tidak boleh dibuang tapi mesti dilayan. Kalau tidak dilayan, hidup manusia tidak sempurna dan hilang bahagia. Begitu juga rasa keinginan pasangan yang lelaki inginkan perempuan dan begitu juga perempuan inginkan pasangan lelaki.Melawan rasa fitrah yang bersih ertinya kita menyeksa diri kita sendiri.
Seperti orang yang tidak mahu berkahwin, dia telah menentang fitrahnya sendiri; ertinya menyeksa
diri sendiri. Sebaliknya, mengisi
atau melayan fitrah ertinya kita
menunaikan tanggungjawab kepada
diri sendiri. Maka diri kita akan rasa terisi, puas dan bahagia.Seseorang yang terasa disayangi oleh orang-orang
lain mendapat satu pengisian
fitrah yang membuatkan dia rasa
tenang dan bahagia.
tenang dan bahagia.
"Membangunkan empayar
roh tidak sama dengan membangunkan empayar fizikal. Mengusahakan empayar lahir kita tahu pula dengan siapa kita hendak libatkan. Contoh kalau kita perlukan keperluan bahan makan dan minum kita tahu pula
mendapatkannya dipasar raya.
Ertinya melibatkan banyak pihak.
roh tidak sama dengan membangunkan empayar fizikal. Mengusahakan empayar lahir kita tahu pula dengan siapa kita hendak libatkan. Contoh kalau kita perlukan keperluan bahan makan dan minum kita tahu pula
mendapatkannya dipasar raya.
Ertinya melibatkan banyak pihak.
Contoh perlukan ikan, ianya melibatkan banyak pihak. Bermula dari nelayan yang menangkap ikan, peraih ikan, pemborong hinggalah kepada penjual ikan di pasar raya dimana tempat kita membeli ikan.Oleh itu semua pihak di semua peringkat perlu tahu dan perlu memahami tentang skop, penglibatan dan tuntutan-tuntutannya.
"Dalam era dunia teknologi, cara mendapatkan barang yang kita ingin ada sedikit perbezaan dibandingkan secara tradisional.Anehnya tidak sedemikian sikap manusia dalam menghadapi hal rohani. Menghadapi penyakit hati atau rohani, samada manusia mengambil sikap terus tidak peduli langsung atau mereka memandang remeh terhadap persoalan hati atau roh.
Empayar roh lebih luas. Adanya alam malakut. Adanya alam jabarut. Adanya padang Mahsyar. Alam roh kaitannya ialah dunia dan akhirat. Apabila mengalami sakit lahir biasa tanpa lengah lagi manusia akan segera bertemu doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatan biasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar.
Padahal kesan dan akibat daripada penyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT di Akhirat kelak. Kerana kejahatannya itu, telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan untuk tunduk dan bertuhankan hawa nafsu. Ini ada diceritakan oleh Allah
dengan maksud firman-Nya:
dengan maksud firman-Nya:
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa
nafsu nya: tuhan yang dipatuhinya,
dan ia pula disesatkan oleh
Allah kerana diketahuiNya (bahawa
ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"
(Al Jasiyah 45:23).
(Al Jasiyah 45:23).
Apabila nafsu jahat itu dibiarkan
menguasai hati, iman tidak akan ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenarnya tetapi dia akan menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dipermudahkan dan dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar.
menguasai hati, iman tidak akan ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenarnya tetapi dia akan menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dipermudahkan dan dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar.
Ulasan
Catat Ulasan