Langkau ke kandungan utama

XPDC KE UTARA THAILAND.


Kami XPDC dakwah bersama Abuya menyusul sepanjang Sungai Chao Phraya atau "Menam Chao Phraya" adalah sungai terpanjang dan terpenting di negara Thailand. Panjangnya 372 kilometer mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Thailand di selatan. Sungai ini membentuk Lembah Chao Phraya atau 'Basin Chao Phraya'.

Maksud Firman Allah;
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” [Ali `Imran 3:159] .

Tugas utama pejuang kebenaran ialah membawa manusia kepada Tuhan. Berjuang dengan menanamkan rasa cinta dan takutkan Allah. Usaha membawa diri dan orang lain kepada Allah itulah TUGAS DAKWAH yang paling ASAS dan TERAS. AL-QURAN bukan sahaja menentukan tujuan, bahkan telah menunjukkan jalan untuk memikul MISI BESAR ini.
(Floting markets Bangkok Thailand))

DAKWAH mesti dilaksanakan dengan PELBAGAI KAEDAH selaras dengan kepelbagaian WATAK, KEADAAN dan REALITI yang sedang dihadapi manusia
Namun PRINSIP asasnya tetap tidak berubah yakni KASIH SAYANG. Justeru KASIH SAYANG itu ialah BUAH KEPADA IMAN. Maka MENYERU KEPADA IMAN, HARUS DENGAN IMAN jua. Bukan dengan cara lain.

KASIH SAYANG itu diterjemah melalui tiga kaedah dalam berdakwah iaitu,1- Hikmah
2- Pengajaran Yang Baik
3- Berdebat dengan cara yang baik
Pada golongan yang BIJAK, harus dihadapi dengan HIKMAH
Pada golongan SEDERHANA, mesti dihadapi dengan PENGAJARAN-PENGAJARAN YANG BAIK.Manakala pada golongan yang DEGIL, harus dihadapi dengan DEBAT YANG BAIK
Namun berdakwah dengan DIALOG adalah kaedah yang PALING BERKESAN untuk MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS dan menundukkan FIKIRAN YANG DEGIL.Dengan dialog, PENGAJARAN-PENGAJARAN YANG BAIK mampu disampaikan DENGAN LEMBUT DAN PENUH KASIH SAYANG.
Dengan DIALOG juga, hati yang keras dan fikiran yang terbabas dapat DILEMBUTKAN dan DILURUSKAN semula.

Ketika Abuya berada di ibu kota Filipina iaitu di Manila, banyak pertemuan dengan tokoh-tokoh tempatan. Dikalangan mereka ada pensyarah, student, ahli korporat, tokoh agama Kristian dan wartawan. Ada seorang tokoh pemuda gereja yang memeluk Islam ditangan Abuya,neneknya orang kuat gereja. Ketika dia perkenalkan neneknya kepada Abuya, lantas terus neneknya ungkapkan ucapan terima kasih kepada Abuya kerana telah merubah cucunya menjadi orang baik. Abuya berikan namanya Abu Khairillah.
Kemudian ibu dan bapa
Khairullah pula memelok agama Islam.

Semasa Abuya di Utara Thailand
iaitu di Pree, Ching Mai dan Chingrai. Disana juga bertemu dengan masyarakat tempatan. Seorang wartawan veteran juga memelok Islam ditangan Abuya
dan diberikan namanya Anas. Asalnya beragama Buddha. Dia banyak menulis tentang Islam yang dia dapat daripada Abuya.Kita pelajari DIALOG dalam kisah Musa AS dengan Firaun…
Allah SWT ada berpesan tentang cara pertuturan yang perlu dilakukan olehnya di hadapan penguasa yang sangat derhaka itu. Bahkan, ketika Firaun mengungkit soal-soal peribadi, sedikit pun Nabi Musa AS tidak terpancing untuk ‘menyerang’ kembali dengan penuh emosi.

Kita pelajari DIALOG dalam kisah Nabi Ibrahim AS dengan Namrud…Jelas nilai-nilai Tauhid yang disuntik Nabi Ibrahim dalam hujahnya gagal dipatahkan oleh Namrud. Penghinaan tidak dibalas penghinaan, sebaliknya telah dibalas dengan penjelasan yang tegas dan penuh hikmah.

KILAS DALAM KIAS mengandungi KISAH BERNILAI DAKWAH DAN TARBIAH menerusi DIALOG YANG BERSAHAJA tetapi SARAT DENGAN PENGAJARAN. Ia memaparkan bagaimana pendakwah menangani SALAH FAHAM dan KEKELIRUAN terhadap Islam melalui dialog ilmiah, dalam suasana yang harmoni dan santai.
Dalam Kias Ada Kilas…
Dalam Tamsilan Ada Teguran…
Dalam Gurauan Dan Usikan Ada Pengajaran Diselitkan…
Dengan usaha ini…
PANDANGAN SERONG dan SIKAP PREJUDIS terhadap Islam dapat DIPERBETULKAN secara BERHIKMAH!
Manusia Tidak Suka Dipersalahkan…Apalagi Dimalukan..Justeru…
Kita Bukan Sahaja Perlu Menyampaikan Kebenaran…

Tetapi Kebenaran Itu Perlu Disampaikan Dengan Cara Yang Benar…KILAS DALAM KIAS ini juga memaparkan DIALOG-DIALOG yang bernilai dakwah dan tarbiah dengan latar pelbagai lapisan masyarakat, dalam pelbagai suasana dan keadaan.
Ada unsur tabsyir dan tanzir. Iaitu ada keceriaan.. kedukaan… semangat… dan kesederhanaan…InsyaALLAH, dalam artikel-artikel ikhwanattamimi@gmail.com ini akan ada ‘Diri Anda’ sendiri untuk dilihat… dibaca… dan dihayati…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman