Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN AKHIR ZAMAN.


(Wadi Sakinah perkampungan yang Abuya bina).

Abuya membina semangat juang dalam keluarga besarnya secara praktikal. Contoh supaya masing-masing saling kenal mengenal satu sama lain. Anak-anak, cucu-cucu dan cicit Abuya
pernah duduk setempat iaitu di kampung Merbok Kedah. Iaitu sebuah perkampungan yang Abuya bina. Disana ada 38 orang anak dan cucu ratusan orang.

Apa yang Abuya lagang dalam jemaahnya itulah yang dilagang dalam keluarganya. Disiplin dalam jemaahnya itulah disiplin yang berlaku dalam  jamaah dan keluarganya.Disiplin paling utama solat berjemaah. Perkara
yang sama berlaku kepada keluarganya.Tampung menampung menjadi budaya hidup dalam jamaah perkara yang sama berlaku dalam keluarga.

Perkampungan yang Abuya bina bernama Wadi Sakinah iaitu lembah ketenangan. Disana tempat Abuya kursuskan anak-anak dan cucu-cucunya. Pengisian rohani yang Abuya buat, kuliah-kuliah kesedaran. Membuka kitab pengajian fardhu Ain. Melalui pengajian tersebut diharapkan lahirlah
Ikhwan dan Asoib.

Ikhwan dan Asoib adalah pejuang akhir zaman. Apabila kita mengata kan perjuangan Islam ertinya adanya sebuah wadah.Di era kepimpinan bani tamim wadahnya bertaraf toifah. Sebagaimana pesanan Rasul senantiasa ada satu kelompok daripada umat ku yang menzahirkan kebenaran..."
Pemimpin ditaati, pengikut setia
Ada dasar perjuangan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.Ia ditegakkan lebih dahulu sejauh yang termungkin di dalam jemaah itu sebagai model. Ada aktiviti ke luar dan ke dalam melalui berbagai-bagai cara dan strategi untuk mencapai matlamat.

Apabila berlaku kebangkitan Islam kali kedua.Ertinya akan berlaku kepimpinan bertaraf sejagat. Inilah kepimpinan Imam Mahdi yang berlaku di era kebangkitan Islam sekali lagi. Semua umat Islam sedang menunggu  bahkan manusia seluruhnya menunggu satu perubahan sistem hidup sejagat yang menjanjikan keamanan sebenar.
Kepimpinan Imam Mahdi bermula dari Timur. Ertinya Islam tidak berjuang secara individu atau secara kecil-kecilan atau secara toifah tetapi ia berlaku bertaraf sejagat. Wadahnya bermula daripada timur dan diterima secara meluas bertarat dunia.

Bila tapaknya dijanjikan, orang-orangnya juga dipersiapkan. Ikhwan dan Asoib adalah pejuang-pejuang di era kebangkitan Islam kali kedua. Mereka adalah para pejuang Imam mahdi ini. Sepertilah Timur dipersiapkan untuk menjadi wadah perjuangan Imam Mahdi.Begitu juga orang yang menjadi calon kepimpinan akhir zaman yang dipersiapkan oleh Rasulullah dari kelahirannya, pendidikannya, perkahwinannya, bahkan pertemuan ibu dan ayahnya juga adalah dalam rancangan Rasulullah. Begitulah juga menyiapkan Ikhwan dan Asoib. Pelbagai usaha demi usaha dan pelbagai cara demi melahirkan orang-orangnya ini.
Ikhwan dan Asoib inilah yang mengisi dan memeriahkan jemaah Imam Mahdi di seluruh dunia. Kini mereka sedang berperanan demi menjayakan misi besar kedua ini. Bila jemaahnya dijanjikan dan orang-orangnya juga disiapkan, mereka sentiasa dipandu oleh kerajaan ajaib demi menjayakan jadual Tuhan ini.

Roh baginda Rasul-lah yang menjadi kekuatan mereka, bilamana terhubungnya roh para pejuang dengan roh baginda Nabi melalui selawat yang bersama perasaan rindu yang mendalam.Jadi ini sangatlah menakutkan yahudi bilamana telah lahir golongan yang telah disebut di dalam hadis ini.Ikhwan dan Asoib tidak dapat dihalang kehendak dan kemahuan mereka dalam membangunkan Islam walaupun dihalang dengan 1001 cara dan gaya."Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup berkorban) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya." (Abu Hurairah)

Begitu sekali dahsyat dan hebatnya perasaan rindu mereka terhadap baginda Nabi, jadi mereka inilah orang yang dipersiapkan untuk bersama-sama menjayakan kebangkitan Islam kedua ini. Bagaimana yahudi tidak takut kepada mereka, kerana demi Nabi-nya bukan sahaja harta dan keluarga bahkan nyawa sanggup dikorbankan demi kebangkitan kedua ini.
Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA, "Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali). Hadis Riwayat Muslim

Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yag memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti

Nikmat kepada para pejuang kebenaran ialah berada dalam tapak yang terpelihara iman dan Islam-nya. Ini bukan sembarangan tapak, kerana ia adalah dijanjikan. Bersamanya pemimpin dijanjikan, bantuan yang diberikan kepada mereka sangat luar biasa. Berkali-kali cubaan untuk menghancurkan Timur ini gagal.
Bahkan ujian yang datang juga dari pelbagai penjuru dan kemuncaknya bila berhadapan dengan kuasa besar yang menghancurkan tapak ini. Namun yang berlaku bila dihancurkan semakin besar pengaruh Malaysia dan tidak terhalang lagi, namun musuh melakukan secara halus selepas ini.

Ini membuktikan bahawa ujiannya juga besar, bukan daripada orang biasa bahkan berhadapan dengan sebuah kuasa besar yang menguasai dunia sekarang. Inilah yang menjadi ketakutan yahudi, hingga sebuah negara kecil atau kelompok kecil namun terpaksa berdepan dengan sebuah pengaruh diperingkat dunia dan didokong oleh kuasa OIC. Namun ini semua menjadi kekuatan bagi para pejuang ditimur yang ingin menjadi Ikhwan dan Asoib. 

Ujian yang datang menjadi baja menyubur kekuatan dalam berjuang. Nikmat yang diberi menjadi hiburan dan kekuatan kepada mereka dalam melaksanakan jadual Tuhan ini.
Kemuncak ketakutan yahudi ialah bilamana hati-hati para pejuang terhubung dengan Allah dan Rasul. Rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul adalah kekuatan bagi umat Islam. Namun rasa-rasa ini dihilangkan dari umat Islam oleh yahudi dengan usaha-usaha mereka yang memakan masa ratusan tahun. Nampaknya usaha mereka telah berjaya. Umat Islam benar-benar jauh dari Tuhan, dan inilah yang yahudi mahukan. Bilamana Allah tidak lagi diagungkan, bahkan dipersenda dan dipermain-mainkan. Umat Islam dicatur oleh mereka sesuka hati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman