Langkau ke kandungan utama

ABUYA DAN JONGKANG JONGKIT.


DUNIA IBARAT JONGKANG JONGKET.

(Aktiviti dan program di Timur).

Abuya sering menyebut perkataan "ibarat bermain jongkang jongket". Mari kita fahami terlebih dahulu maksud Jongkang jongket.Iaitu sekeping papan yang bergandar di tengah-tengah dan dapat diturunkan dan dinaikkan bukan turun naik apabila dipijak (bukan papan lantai rumah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua).Ertinya kalau hati kita banyak terpaut dengan dunia maka Akhirat akan terjungkit atau terpelanting keluar  dari hati kita.


Natijah amalan setiap orang tidak sama. Begitulah juga natijah MUHASABAH atau KOREKSI diri atau POST MORTEM setiap orang tidak sama. Maknanya hasil mengkaji diri atau sesuatu perkara yg berlaku untuk mencari baik buruknya setiap orang tidak sama. Ada orang terserlah peningkatan prestasi positif pada dirinya. Ada orang berterusan pasif pada dirinya.



Nilai manusia, sama ada baik atau buruk diukur dengan dua perkara sahaja. Pertama, ketakwaan kepada Allah SWT. Kedua, akhlak yang baik dengan manusia. Kalau kita hebat macam mana sekali pun, tetapi tidak bertakwa, di akhirat nanti ketika di sisi Allah SWT, kita tidak ada nilai sama sekali. Sebab kekayaan, harta, kedudukan atau pangkat yang kita miliki di dunia, yang menjadikan nilai hidup kita tinggi di mata manusia, semuanya akan ditinggalkan apabila kita mati. Jasad kita dibawa masuk ke liang lahad hanya dengan sehelai kain kafan, hanya dosa dan pahala yang kita bawa bersama untuk menghadap Allah.


Penulis banyak belajar daripada Abuya tentang menangani anak-anak. Abuya mempunyai 38 orang anak. Berbeza watak, minat dan kebolehan. Ada dikalangan anak-anak Abuya yang terserlah dari sudut kepimpinan. Ada yang terserlah dari sudut seni suaranya maka lahirlah team kebudayaan yang dikenali dengan nama kumpulan "Qatrunnada" bagi anak-anak lelaki dan bagi anak-anak perempuan dikenali dengan nama kumpulan "Mawaddah".
Baru-baru ini kita di kejutkan Britain ke luar dari kesatuan Eropah. Itu beberapa contoh bagaimana Tuhan lakukan jongkang jongket kepada manusia. Bila Tuhan hendak naikkan satu golongan maka dilakukan golongan yang lain sudah bersedia untuk menggantikan golongan tersebut.


Begitu jugalah bila Tuhan hendakkan Timur menggantikan Barat maka ketika Barat diambang maut maka dunia di sebelah Timur Tuhan persiapkan. Terutamanya insaniahnya kemudian di ikuti dengan pembangunan lahiriahnya. Apa yang dapat dilakukan oleh Abuya bukanlah perkara biasa-biasa sahaja. Adalah sesuatu yang luarbiasa. Lebih-lebih lagi apabila kita melihat kesannya atau hasilnya.Begitulah Tuhan buat diluar jangkauan manusia.


Satu contoh lagi ketika Abuya ada pendidikan kanak-kanak di Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur, seorang wartawan dari Barat bernama Judis Nagata datang melihat kelas kanak-kanak tersebut terus dia mengatakan generasi inilah yang akan mentadbir negara satu masa nanti. Ertinya orang Yahudi sangat faham kerja yang dilakukan oleh Abuya. Iaitu ada hubungkait dengan masa depan Islam yang cerah.
(Kampung Baru Kuala Lumpur)

Biasanya orang kampung, bukan saja tidak ke luar negara, hendak keluar dari kampungnya pergi ke bandar pun susah. Ada ramai orang Malaysia yang tidak pernah ke Kuala Lumpur. Begitu juga yang banyak buat pasport antarabangsa di pejabat imigresen itu bukan orang Melayu Islam. Sebab kosnya mahal. Orang-orang middle class yang merupakan majoriti rakyat Malaysia, paling baik hanya dapat pergi Mekah.
Dan kalau ada yang terpaksa ke luar negeri kerana dibuang atau atas urusan-urusan yang diarahkan hanya mampu untuk berada di satu tempat yang ditetapkan sahaja. Bukanlah suatu yang mudah untuk berada di mana-mana di luar negara. Kosnya terlalu tinggi dan biasanya manusia tidak mampu.


Maka, adalah suatu yang luar biasa yang sungguh ajaib bilamana Abuya, orang Pilin yang miskin, asalnya tidak bersekolah tinggi, tiada jawatan apa-apa, tidak disokong oleh mana-mana jutawan, tanpa berhutang, telah berjaya hidup tujuh tahun berturut-turut di luar negara bersama satu rombongan jemaahnya, pergi ke 3/4 dunia dan membuka 20 cawangan jemaahnya di luar negara. Selama itu pula kalau Abuya ke mana-mana adalah dengan kapal terbang, makan di restoran dan tinggal di hotel. Kemudian bergerak dengan kenderaan darat yang memuatkan paling kurang lima orang untuk sampai ke seluruh pelosok ceruk rantau negara yang dilawati itu. Jutawan atau billionaire pun tidak akan mampu berbuat seperti ini!


Ketika bergelanggang di luar negara itu, Abuya bertemu dengan pembesar-pembesar negara berkenaan, pegawai-pegawai, pelajar dan rakyat biasa serta businessman, memahami muka bumi, iklim dan cuaca, bahasa, budaya, cara hidup, sumber pendapatan, watak bangsa dan agama, keistimewaan dan kekurangan mereka, jenis kenderaan dan binatang ternak mereka. Pendeknya, Abuya faham sungguh watak-watak negara dan bangsa yang dilawatinya. Wajah dunia Abuya tatap sungguh-sungguh untuk melihat di mana cacat celanya dan keistimewaannya.

Faham sungguh lah Abuya itu akan sejauh mana kekuatan dan kelemahan dunia.Tahulah juga beliau apa rahsianya mereka jadi begitu dan apa jalan keluar untuk umat Islam kembali kuat. Negara-negara maju yang dijadikan kiblat umat Islam pun Abuya baca perihal rahsia kekuatan dan kelemahan mereka. Abuya betul-betul diberi peluang belajar secara langsung tentang sejarah, geografi, budaya dan bangsa sesuatu negara yang memenuhi dunia ini.

Berikut ialah beberapa negara yang Abuya betul-betul study dan lama tinggal di sana:
A. Turki
Sepuluh kali Abuya buat ‘landing’ dan ‘take-off’ di Ankara, Turki. Setiap kali ke sana, Abuya mengambil masa tiga minggu. Ertinya tiga puluh minggu semuanya Abuya tinggal di Turki. Setiap hari adalah lawatan dan bertemu masyarakat. Dari utara ke selatan Turki Abuya datangi, dari barat ke timurnya Abuya masuki. Seluruh sejarahnya Abuya bongkar, semua peringkat masyarakat Abuya ziarah dan akhirnya Abuya ‘bertemu’ dengan Nabi Ibrahim di tempat dia dibakar oleh kaumnya.
Rupanya Turki sangat dirahsiakan oleh Barat sebab di dalamnya umat Islam boleh dapat kekuatan untuk bangkit semula. Turki bukankah baru sahaja jatuh iaitu kejatuhannya berlaku 700 tahun yang lalu, tetapi sebelum itu ia memerintah 29 buah negara di dua benua Eropah dan Asia Barat atas nama Islam. Kekuatannya masih boleh dibaca dengan jelas pada kehebatan masjid-masjid, bangunan-bangunan sejarah, makam-makam tokohnya dan kitab-kitabnya.Barat sangat takut umat Islam tahu rahsia sebenar kekuatan umat Islam. Jadi Turki ditutup sejarahnya, tapi Abuya pergi dan dapatkan semula.
Memang segalanya bermula bilamana umat Islam mahu bertaqwa kepada Allah. Dan segalanya hancur bilamana umat Islam kehilangan Tuhan. Tapi Barat berkata, umat Islam mesti bermula dari ekonomi dan pembangunan. Dan sedaya upaya, dengan tipu helah dan taktik kotornya, Barat mengkarutkan dan menyesatkan usaha-usaha taqwa. Tokoh-tokoh pejuang dipamerkan kepada dunia sebagai watak-watak ganas dan jahat. Mustafa Kamal Attartuk yang merosakkan agama atas nama agama itu, dibesarkan sungguh-sungguh. Sekularisme kini menguasai Turki 100%. Tidak sedikit rakyatnya masuk Kristian.


B. Indonesia
Tujuh kali Abuya round mengembara ke seluruh pelosok bumi Indonesia dengan kenderaan darat. Dari Aceh ke Maroke, dari Jakarta ke Lombok. Bagaikan negara sendiri, Abuya berumah tangga di sana. Sementelahan memang ramai pengikut Abuya di sana. Bertahun-tahun lamanya Abuya tinggal di sana. Tapi bukan berturut-turut. Abuya wataknya tidak tinggal di satu tempat lebih dari sepuluh hari. Beliau akan membaharui musafir untuk kekalkan sembahyang jamak qasar. Jadi dia bergerak terus-menerus tapi sering mengulangi mana-mana tempat yang disasarkannya.
Indonesia Abuya ulang bertubi-tubi sampai beliau dapat ‘menguasai’ negara tetangga itu. Dahsyatnya Abuya berjuang hingga berjaya mengalih arah pandangan umat Islam dari Indonesia ke Malaysia. Ertinya kalau sebelum Abuya bergerak di sana, umat Islam Malaysia merujuk agama ke Indonesia, tapi sesudahnya, orang Indonesia datang ke Malaysia untuk belajar agama.
Di Padang, Abuya terjun betul-betul di pusat Wahabi. Teruk jugalah kena serangan, tetapi hari ini Padang sudah menerima Abuya, tunduk pada ajarannya dan ramai orang di sana berdatangan kepada Abuya.
Berapa ramai jeneral-jeneral Indonesia datang kepada Abuya kerana bertanyakan penyelesaian masalah bangsa? Pak Gus Dur sebelum naik menjadi Presiden telah dipapah, mendatangi Abuya kerana katanya, “Paranormal di sana minta saya didoakan dan direstui oleh Syeikh Malaysia.”

Hingga kini, Indonesia memang berhubung dengan Abuya untuk bertanya itu dan ini bilamana Indonesia ditimpa sesuatu. Tsunami di Aceh adalah risiko dari peperangan yang dibuat oleh Jakarta kepada GAM. Walhal Abuya sebelumnya telah mengingatkan perihal risiko itu kalau perang dibuat juga.


C. Jordan.
Perkampungan Rufaqa’ di Jordan sesungguhnya adalah persiapan Abuya untuk stesen menyambut kebangkitan di peringkat antarabangsa. Dan kini Allah izinkan untuk sayapnya tumbuh di Damsyik, Syria.


D. Thailand
Umpama kerajaan Habsyi yang tidak Islam tetapi sangat menyokong Rasulullah, demikianlah Thai kepada Abuya. Pertemuan-pertemuan dengan para pembesar Thai oleh Abuya dan orang-orangnya bukan sekali dua dan bukan rahsia lagi. Dari dulu sampai sekarang Rufaqa’ bebas bergerak dari utara ke selatan Thailand, di majlis-majlis kerajaan yang rasmi dan bertaraf dunia, Mawaddah dan Rufaqa’ menjadi tetamu penting di Bangkok. Seperti Indonesia, Thailand melihat Abuya sebagai aset yang dipakai untuk selesaikan masalah negara.
Abuya lama di Thailand, akibatnya bukan Abuya pandai berbahasa Thai, tapi sudah ramai orang Thailand boleh cakap Melayu. Ajaib, buku-buku Abuya dirujuk di sana. Sajak-sajak Abuya bergema di radio dan TV Thailand dalam bentuk lagu yang sudah diterjemahkan.
Abuya ada keluarga di Chiengmai. Tidak sia-sia bertahun-tahun Abuya merayau-rayau ke seluruh Thailand. Di Phuket, Rufaqa’ sangat popular. Ada menantu Abuya orang Phuket dan pengaruh Abuya di sana cukup besar.
Di selatan Thai, Abuya diminta untuk ikut sama selesaikan masalah umat Islam. Islam Kasih Sayang yang Abuya perkenalkan telah diberi penghormatan oleh Bangkok. Hinggakan kedutaan Amerika pernah mengucapkan tahniah kepada Rufaqa’ kerana program Islam Kasih Sayang di Phuket.


E. Australia
Ulang-alik Abuya ke Australia dan orang-orangnya tidak siasia. Meredah padang pasir dan padang rumput Australia yang luas itu tidak rugi bagi Rufaqa’. Abuya memasuki bandarbandar dan kampung-kampungnya. Rupa-rupanyanya untuk dipertemukan dengan umat Islam tempatan yang sudah separuh kafir.
Kini Abuya kuat di Australia. Kafeteria Abuya di Perth adalah tempat singgah orang-orang Malaysia ke Australia. Sultan Mizan pun ada menghantar anaknya kepada orang-orang Rufaqa’ di Australia untuk mengaji.
Islam yang Abuya bawa, banyak menawan hati orang-orang putih Australia. Sampaikan pernah di majlis Perdana Menteri John Howard pun Mawaddah boleh masuk, bernasyid sebanyak lima buah lagu dan bergambar dengan isteri dan PM tersebut. Islam Kasih Sayang yang Abuya pamerkan terbukti disenangi oleh orang bukan Islam.


F. Mesir
Abuya lama di Mesir. Seluruh Mesir hingga ke kampungkampung pedalaman beliau pergi. Sarapan pagi di gerai-gerai kampung yang miskin pun Abuya lakukan. Abuya bagaikan menziarahi rakyatnya dan menghiburkan mereka. 1001 jenis pengalaman yang Abuya kuasai. Singai Nil itu berkali-kali Abuya belayar di dalamnya. Makam Hasan Al Banna dan para pejuang Ikhwan Abuya ziarahi. Piramid memang tempat Abuya bersantai. Unta dan kuda binatang yang paling Abuya minati, kerana ianya tunggangan Rasulullah. Masjid-masjid besar lahirkan ulama-ulama besar tempat Abuya iktikaf. Universiti Al Azhar, walaupun Abuya tidak belajar di sana, tapi sempat menjadi pensyarahnya. Tidak sedikit lulusan di sana menjadi pengikut Abuya.
Mesir, padamnya Islam dan gerakan Hasan Al Banna banyak mengajar Abuya. Abuya tahu selok-belok untuk bangkitkan Islam. Bahayanya dan jalan selamatnya. Abuya bangun dengan sejarah hitam yang masih hidup di Mesir. Ramai ulama di sana menjadi kawan Abuya. Mereka semua merindui datang kembalinya Islam tetapi tidak mampu berbuat apaapa. Mereka mengharap Timur Jauh datang menyelamatkan mereka. Sekarang Rufaqa’ sedang bertapak semula di sana.


G. Pakistan
Abuya suka Pakistan. Tapi di suatu sudut, Abuya juga tidak suka akan Pakistan. ‘Pakistan Islamic Country, best in the world’ itulah motonya. Murah tapi menjijikkan. Tiada di mana-mana dunia selain Karachi itu, binatang-binatang dan kekotoran memenuhi bandar rayanya. Kemiskinan cukup menonjol. Kekayaan di sudut-sudut tertentu sahaja. Penipuan dan pergaduhan adalah budaya yang begitu menyerlah. Abuya tahu Pakistan jadi begitu bukan kebetulan atau terjadi dengan sendiri. Ia perancangan rapi musuh Islam untuk pamerkan demikian hinanya Islamic Country. Umpama pondok-pondok pesantren yang dunia tiada selera untuk ke sana. Orang Islam lebih senang dengan New York, London, Jerman, Perancis tapi tidak dengan Mesir dan Pakistan, Turki dan Syria.
Tidak seperti umat Islam lain, Abuya dengan cita-citanya bersama Allah, Rasulullah dan Imam Mahdi sebenarnya, sedang meneliti di mana point untuk memulakan pembaikan bangsa-bangsa yang sudah tidak bermaya, hidup atas percaturan musuhnya semata-mata. Allah yang Maha Kuasa kini sedang menjatuhkan Barat kerana doa Abuya yang dibuat setiap kali selepas sembahyang sejak 60 tahun. Bahkan doa itu dibaca di muka bumi ini sejak 200 tahun dulu oleh Sayidi Syeikh As Suhaimi. Turun-temurun sampai ke sini hingga ke anak cucu mendoakan agar Tuhan menangkan Islam, hancurkan musuh-musuh Tuhan. Itulah harapan yang disembahkan ke hadrat Tuhan lima kali sehari oleh Abuya dan orang-orangnya.Abuya ke luar negara kerana kekayaan yang Allah rezekikan kepadanya. Pemimpin Ikhwan itu diwajibkan Tuhan untuk memahami dunia dan segala jatuh bangunnya.
Pengajian kepimpinan yang Tuhan lakukan untuk Abuya tidak sama seperti dunia melahirkan pemimpinnya. Secara live Abuya memasuki kelas-kelas pengajian bangsa-bangsa, bahasa-bahasa dan budaya-budaya manusia sedunia. Secara langsung Abuya menatap sejarah yang akan berulang. Tujuh tahun masa yang cukup untuk seorang student menguasai ilmu kepimpinan peringkat dunia. Pengaruh Abuya yang terpendam itu sudah cukup untuk beliau mampu muncul di peringkat antarabangsa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman