IKTIBAR DARI SEJARAH RUNTUHNYA EMPAYAR ISLAM
Sepanyol pernah berada dibawah empayar Islam. Ketika itu Sepanyol berada di era gilang gemilang. Kini Islam Sepanyol hancur dibasmi habis-habisan hingga seolah-olah tidak pernah tegak kerajaan
Islam. Kemusnahan dan kehinaan ini bukan berpunca dari lemahnya pentadbiran, tentera, kemajuan, ilmu pengetahuan, ekonomi dan teknologi.
Tetapi hanya disebabkan lemah keimanan, rendah ketaqwaan, runtuh akhlak, roboh perpaduan, lenyapnya kasih sayang. Pautan hati dengan Allah terlalu longgar. Kemungkaran dan kezaliman berleluasa. Mazmumah dalam diri sangat subur. Masing-masing memburu
kepentingan duniawi yang melampau.
Jiwa menjadi kerdil kerana lemahnya cita-cita akhirat. Akal
menjadi tumpul kerana penumpuan kepada aspek kepentingan diri dan keluarga. Semangat perjuangan terus luntur kerana terbius dengan kelazatan duniawi dan kerakusan nafsu.
Situasi demikian itu menjadikan mereka terpisah daripada persoalan kerohanian. Mereka terhijab bantuan Allah SWT. Mereka tersisih dan terputus hubungan dari pemerintahan ghaib.
Mereka bergantung hanya kepada kekuatan lahiriah. Akibatnya, Allah SWT berlepas tangan. Allah SWT tidak pandang dengan pandangan rahmat. Lebih dahsyat dari itu ialah Allah SWT murka dan timpakan dengan berbagai kehinaan.
Tungganglah agama Islam untuk merebut habuan di Akhirat, bukannya sebab nak mendapatkan segala Daki dunia yang bersifat hanya sementara!
Dan dunia akan kekal kembali menjadi milik umat Islam sebagaimana suatu ketika dahulu. In syaa Allah.
Di antara langkah untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam, sering lakukan muhasabah. Perkara yang hendak dimuhasabahkan
berkaitan hubungan kita dengan Tuhan dan hubungan kita dengan sesama manusia. Memahami keperluan manusia dan memperjuangkannya.
Keperluan manusia ada yang lahir, ia perlukan makan minum, pakaian, tempat tinggal, seks, kesihatan, kemudahan perhubungan, kemudahan mencari rezeki dan lain-lain lagi. Untuk itu manusia membangun kan tamadun lahir.
Dibina bangunan dan rumah, jalan raya,dibuka ladang dan dicipta alat-alat pertanian, dibina kenderaan, kilang, kampung dan bandar dan berbagai-bagai lagi.
Tamadun lahir ini sangat maju dan berjaya. Ia sudah hebat dan mengkagumkan dan sudah sampai kepada kemuncaknya.
Jasad batin dan roh manusia juga perlukan kepada keperluannya samalah seperti jasad lahir. Masing-masing ada keperluannya tersendiri. Makan minum roh ialah keyakinan, solat, puasa, membaca Al Quran, tafakur, zikir, tasbih, tahmid, selawat dan doa. Pakaiannya pula adalah sifat taqwa iaitu melaksanakan segala yang diperintah dan menjauhi segala yang dilarang.

Ulasan
Catat Ulasan