TANAH ARAB GERSANG BERTUKAR SUBUR.
(Pemandangan salji di Jordan).
Pengalaman penulis pertama kali ke Jordan XPDC bersama Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi pada tahun 1975. Berikutnya ambil kursus bahasa Arab di Amman Universiti Jordan pada tahun 1979. Penulis mengalami satu pengalaman luar biasa. Dari pengalaman padang pasir yang tandus bertukar menjadi padang pasir yang dipenuhi salji yang luas di permukaannya. Jalan raya menjadi licin dan dipenuhi ais. Pemandangan bertukar memutih di padang pasir.
Tanah Arab bertukar subur.
SEJUK… Lazimnya wilayah Tebing Barat yang sinonim dengan Baitul Maqdis. Asia Barat sinonim dengan padang pasir tandus bertukar wajah menjadi tanah yang subur.
Tanah Arab bertukar subur.
SEJUK… Lazimnya wilayah Tebing Barat yang sinonim dengan Baitul Maqdis. Asia Barat sinonim dengan padang pasir tandus bertukar wajah menjadi tanah yang subur.
Media Israel semalam 2019 melaporkan ribut salji membadai seluruh negara haram rejim Zionis itu selain jirannya, Syria dan Jordan sejak kelmarin sebelum beransur pulih awal pagi ini iaitu rekod kali pertama selepas empat tahun.
Salji tebal yang meliputi hampir semua kawasan, termasuk sekitar Kubah Batu yang terletak dalam kompleks Masjid Al-Aqsa dan tembok ratapan penganut Yahudi di bahagian barat turut mengejutkan ramai penduduk tempatan.
Ini memandangkan fenomena cuaca sejuk ekstrem sedemikian amat jarang berlaku di Baitul Maqdis yang juga dirujuk sebagai Al-Quds dalam kalangan umat Islam serta kota suci ketiga Muslim selepas Makkah dan Madinah.
Orang awam, ada antara mereka yang bawa papan luncur kelihatan ceria turun beramai-ramai ke jalan raya untuk menyaksikan pemandangan jarang dilihat itu. Salji tebal dilaporkan mula turun pada waktu malam Rabu lalu.
Terdahulu ribut pasir dilaporkan melanda kawasan itu pada sebelah petang. Pihak berkuasa Israel memaklumkan bahawa hampir semua sekolah dan universiti terpaksa ditutup sementara ekoran salji tebal luar jangkaan tersebut.
Polis Israel turut bertindak tutup kebanyakan lebuh raya utama menuju ke Baitul Maqdis susulan banyak kenderaan rosak tersangkut dalam salji tebal manakala perkhidmatan tren dalam bandar tersebut turut dijadualkan semula.
Pihak perbandaran Baitul Maqdis namun bersiap sedia dengan 150 buah jentera pembersih salji dan 25 tan garam untuk cairkan salji di permukaan jalan raya yang licin bagi elak kemalangan kenderaan. – Agensi/Mynewshub.TV.
Nampak jelas dari hadits yang disebutkan di bawah ini, bahawa negeri-negeri Arab akan dilimpahi dengan air yang banyak, sehingga menjadi beberapa sungai, tumbuh di atasnya berbagai macam tumbuhan sehingga menjadi padang rumput, kebun-kebun, dan hutan-hutan.
Bukti yang mendukung pendapat ini adalah munculnya di zaman ini sumber-sumber air bagaikan sungai, dan tumbuh di atasnya berbagai macam tanaman, dan akan terbukti segala hal yang dikabarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu anhu telah meriwayatkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salalm bersabda pada perang Tabuk:
إِنَّكُمْ سَتَأْتُونَ غَدًا إِنْ شَاءَ اللهُ عَيْنَ تَبُوكَ، وَإِنَّكُمْ لَنْ تَأْتُوهَا حَتَّـى يُضْحِيَ النَّهَارُ، فَمَنْ جَاءَهَا مِنْكُمْ، فَلاَ يَمَسَّ مِنْ مَائِهَا شَيْئًا حَتَّـى آتِيَ، فَجِئْنَاهَا وَقَدْ سَبَقَنَا إِلَيْهَا رَجُلاَنِ وَالْعَيْنُ مِثْلُ الشِّرَاكِ تَبِضُّ بِشَيْءٍ مِنْ مَاءٍ، قَالَ: فَسَأَلَهُمَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَلْ مَسَسْتُمَا مِنْ مَائِهَا شَيْئًا؟ قَالاَ نَعَمْ، فَسَبَّهُمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَقَالَ لَهُمَا: مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَقُولَ. قَالَ: ثُمَّ غَرَفُوا بِأَيْدِيهِمْ مِنَ الْعَيْنِ قَلِيلاً قَلِيلاً، حَتَّى اجْتَمَعَ فِي شَيْءٍ. قَالَ: وَغَسَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهِ يَدَيْهِ وَوَجْهَهُ، ثُمَّ أَعَادَهُ فِيهَا، فَجَرَتِ الْعَيْنُ بِمَاءٍ مُنْهَمِرٍ أَوْ قَالَ: غَزِيرٍ… حَتَّى اسْتَقَى النَّاسُ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يُوشِكُ يَا مُعَاذُ إِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ أَنْ تَرَى مَا هَاهُنَا قَدْ مُلِئَ جِنَانًا.
“Sesungguhnya kalian -insya Allah- akan mendatangi mata air Tabuk esok hari, dan sesungguhnya kalian tidak akan mendatanginya sehingga siang sudah meninggi (waktu dhuha). Barangsiapa dari kalian mendatangi-nya, maka janganlah ia menyentuh airnya sedikit pun hingga aku tiba.” “Akhirnya kami datang dan ternyata ada dua orang yang telah menda-hului kami. Mata air itu bagaikan tali sandal yang mengucurkan sedikit air.” Mu’adz berkata, “Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada keduanya, ‘Apakah kalian berdua telah menyentuh sedikit dari airnya?’ Keduanya menjawab, ‘Betul,’ kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mencerca keduanya, dan mengatakan berbagai hal kepada keduanya.’” Mu’adz berkata, “Kemudian mereka menyiduk air dari mata air sedikit demi sedikit, sehingga air tersebut terkumpul di suatu wadah.” Mu’adz berkata, “Akhirnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mencuci kedua tangan juga muka di dalamnya, lalu beliau mengembalikan air tersebut ke dalam mata air, kemudian mata air itu memancarkan air dengan jumlah yang sangat banyak,” atau ia berkata, “Dengan melimpah,” …sehingga semua orang bisa memakainya. Akhirnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Hampir saja wahai Mu’adz! Seandainya umurmu panjang, niscaya engkau akan melihat tempat ini dipenuhi dengan kebun-kebun.’” [3]
[Disalin dari kitab Asyraathus Saa’ah, Penulis Yusuf bin Abdillah bin Yusuf al-Wabil, Daar Ibnil Jauzi, Cetakan Kelima 1415H-1995M, Edisi Indonesia Hari Kiamat Sudah Dekat.
Penerbit Pustaka Ibnu Katsir.
Penerbit Pustaka Ibnu Katsir.
Ulasan
Catat Ulasan