Langkau ke kandungan utama

ABUYA MELAHIRKAN BANGSA BARU.



BERKAT BULAN RAMADHAN MELAHIRKAN BANGSA BARU.

Bangsa Melayu umumnya beragama Islam. Satu bangsa yang lemah lembut, mesra dan mudah bersimpati dengan bangsa lain. Sekalipun tidak kaya mudah membantu dan menolong orang lain. Mudah bersimpati dan memberikan kasih sayang.Budaya kasih sayang susah didapati sekarang. Sedangkan kasih sayang semua manusia menginginkan.
Manusia ingin dikasihi. Ia adalah keperluan fitrah semua manusia.

Tidak kira jantina, bangsa, agama, negara, warna kulit semuanya inginkan kasih sayang.Kita rasa senang kalau ada orang sayang kita dan kita rasa sedih kalau ada orang benci pada kita. Begitulah sifat hati manusia di seluruh dunia walau apa bangsa dan agamanya, tidak mengira jantina.Itulah yang dikata kan fitrah manusia.Fitrah semulajadi ini tak blh dibuang atau tak akan hilang dari hati manusia.

Ia sebahagian dari keperluan hidup manusia yang perlu dilayan dan dipenuhi. Seperti juga keinginan untuk makan dan minum.Ia adalah sifat fitrah yang tidak boleh dibuang tetapi mesti dilayan. Kalau tidak dilayan, hidup manusia tidak sempurna dan hilang bahagia.Melawan rasa fitrah yang bersih ertinya kita menyeksa diri kita sendiri. Seperti orang yang tidak mahu berkahwin, samada dia lelaki atau perempuan, apa bangsa, warna kulit dan apa agama sekalipun.

Ertinya ia telah menentang fitrahnya sendiri; ertinya menyeksa diri sendiri.
Sebaliknya, mengisi atau melayan fitrah ertinya kita bertanggungjawab kepada diri sendiri. Maka diri kita akan rasa terisi, puas dan bahagia.Seseorang yang terasa disayangi oleh orang-orang lain
mendapat satu pengisian fitrah yang membuatkan dia rasa tenang dan bahagia. "Membangunkan empayar melibatkan semua pihak.

Bermula dari pemimpin,ulama, pegawai dan kakitangan kerajaan dan seterusnya kepada semua peringkat rakyat jelata. Oleh itu semua pihak perlu tahu dan perlu memahami tentang skop, penglibatan dan tuntutan-tuntutannya."
Dalam era dunia teknologi, Melayu Baru akan menerajui Empayar atas nama Islam. Ini satu anugerah besar dari Tuhan.Namun ramai orang tidak faham apa yang dimaksudkan Melayu Baru itu.

Kerana sebelum ini kita tidak pernah didedahkan tentang peranan Melayu Baru. Selama ini, kita hanya didedahkan dengan hukum fardhu Ain. Hanya didedahkan Islam yang asas, yakni berkenaan dengan hukum hakam sahaja.Bila dikatakan Melayu Baru, mereka yang bertapak di Nusantara atau Asia Tenggara. Mereka bertaburan di merata tempat khususnya di benua Asia. Bila dikatakan giliran Melayu Baru, skopnya adalah luas dan global.

Kita selama ini tenggelam dengan ilmu hukum hakam yang hanya 500 ayat dari 6666 ayat Al Quran. Kalau pun kita faham ilmu, hanya dalam satu-satu bab sahaja. "Giliran kuasa" Tuhan sendiri sebut dalam Al Quran.
Firman Allah SWT:
ÙˆَتِÙ„ْÙƒَ ٱلْØ£َÙŠَّامُ Ù†ُدَاوِÙ„ُÙ‡َا بَÙŠْÙ†َ ٱلنَّاسِ.
Ertinya,
"Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia."
(Ali Imran 3:140).

Ilmu bagaimana membina empayar Islam yang didalamnya ada tamadun rohani dan dan tamadun lahiriah. Perkara ini telah lama ditinggalkan dan dilupakan oleh umat Islam. Ia tertutup  tersembunyi dan terkubur didalam Al Quran dan As Sunnah. Ilmu itu kini digali dan dicungkil semula oleh ahli zikir dan ulama kerohanian. Kini ia
dipersembahkan untuk tontonan semua.
Empayar Islam ini melibatkan semua pihak dan golongan masyarakat.

Bermula dari umara (pemimpin), ulama, pegawai dan kakitangan kerajaan dan seterusnya kepada rakyat jelata di semua peringkat.Oleh itu semua pihak perlu tahu dan perlu memahami tentang skop, penglibatan dan tuntutan-tuntutannya.Empayar Islam terakhir berlaku di tangan bangsa Turki iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh dibawah pimpinan gurunya Syeikh Syamsuddin alwali.

 Moga-moga giliran kali ini
orang Melayu bersungguh-sungguh menerima tawaran ini dan  dapat membenarkannya. Hingga ia benar-benar berlaku ditangan bangsa Melayu Baru.Moga-moga segala persoalan terjawab dan melaui buku ini terkandung panduan dan langkah-langkah yang sepatutnya dibuat. Moga melalui panduan tersebut menjadikan kita berjiwa besar.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman