Singa savana pencen yang nyanyuk, sudah kehilangan taring, singa pemangsa yang hanya menunggu ditumpaskan oleh mangsa2nya , jika mangsa mampu dan berani membunuhnya.Barat sudah menjadi kiblat masyarakat dunia termasuk dunia Islam sekian lama. Kini Barat cuba mengabui mata dunia utk menjadi super power mutlak. Sedangkan realitinya, Barat sudah tidak punya masa depan, apalagi untuk menerajui dunia.
Buku terbitan 1992 yg bertajuk ‘Barat di Ambang Maut’ yg ditulis Abuya Ashaari Muhammad mengupas segala gejala yang memusnahkan Barat dan umat manusia seluruhnya. Beliau menulis bukan dari emosi tapi berdasarkan pengalaman, pengamatan dan pandangan mata hati yang tajam. Disenaraikannya satu persatu kepincangan Barat yang selama ini terselindung di sebalik kecanggihan teknologi
dan kekuatan ketenteraan.
dan kekuatan ketenteraan.
Diberitahu sebab musabab serta punca-puncanya dan diberinya jalan keluar yang terbaik untuk menyelamatkan Barat daripada kemusnahan mutlak.
Memang ubat itu biasanya pahit untuk ditelan. Begitulah dengan buku itu, mungkin terlalu pahit bagi orang Barat untuk menerima realitinya.Begitu juga dengan umat Islam yang telah sekian lama berkiblatkan Barat.
Namun Barat dan konco-konconya, kalau mahu selamat di era sekarang harus akur pada buah fikiran orang Timur. Kerana telah terbukti bahawa Timur sebelah sini kini sedang menerajui kebangkitan Islam menuju kemuncaknya.
Sebagai seorang pemimpin Islam yang praktikal, Abuya Ashaari Muhammad telah menggariskan strategi-strategi yang berkesan untuk memandu Barat ke jalan keselamatan. Inilah mesej penting buku itu dengan mengetengahkan Islam sebagai satusatunya penyelamat.
Barat yang sedang mengalami kekosongan ideologi, mahu tak mahu terpaksa akur pada seruan ini: Aslim taslam : Islamlah, nescaya kamu akan selamat!
Inilah perang fikiran dan perang sikap (lisanul hal) yang sangat seni kerana sasarannya
adalah hati dan fikiran. Tidak ada kerosakan fizikal yang berlaku, namun ini yang lebih ditakuti oleh Barat. Bukan rahsia lagi bahawa Barat kini sedang dihantui oleh bayang-bayang
adalah hati dan fikiran. Tidak ada kerosakan fizikal yang berlaku, namun ini yang lebih ditakuti oleh Barat. Bukan rahsia lagi bahawa Barat kini sedang dihantui oleh bayang-bayang
‘Muhammad Baru’ yang mereka telah kenal pasti akan muncul di Timur.
Segala pergolakan di Barat bahkan di seluruh dunia, samada positif mahupun negatif, semuanya membawa petanda bahawa kebatilan kian musnah, kebenaran kian terserlah. Ini juga menandakan dunia sedang diproses menuju ke satu arah: Kegemilangan Islam kali kedua yang dijanjikan hadis2….
Manusia sejagat menunggu satu Dunia Baru yang akan menandakan kemenangan
mutlak bagi kebenaraan dan tumpasnya kebatilan.
mutlak bagi kebenaraan dan tumpasnya kebatilan.
~Munajat~
Tuhanku
Izinkanlah hamba-Mu ini menuliskan tentang Barat,
negara di mana hambaMu , sedang berpijak sekarang.
Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumi
Mu di sebelah sini.
Izinkanlah hamba-Mu ini menuliskan tentang Barat,
negara di mana hambaMu , sedang berpijak sekarang.
Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumi
Mu di sebelah sini.
Untuk menyaksikan perbuatan hamba-hambaMu yang sangat menderhakai-Mu.
Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh
membiarkannya begitu sahaja.
membiarkannya begitu sahaja.
Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar
kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan.
kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan.
Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu
hamba kira
adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa
dan kehidupan manusia
hamba kira
adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa
dan kehidupan manusia
Moga moga tulisan hambaMu ini
mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang
Engkau janjikan pada hamba-hamba-Mu yang berjihad.
mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang
Engkau janjikan pada hamba-hamba-Mu yang berjihad.
Tuhanku,
Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh
masalah ini dengan tepat.
Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia.
Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya buku ini lahir.
Sekali lagi, tiada gunanya ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati.
Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini dan hamba cuma mengharapkan pertolongan-Mu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya,
Ya ALLAH,
Kiranya hal keruntuhan Barat ini dibiarkan atau kiranya dunia tidak diberitahu perihal kerosakan ini, maka sesungguhnya akan rosak binasalah kehidupan dunia ini.
Dan akan tertipulah umat Islam selamanya, Masakan tergamak hamba-Mu merelakan keadaan yang demikian itu terjadi tanpa pembelaan?
Wahai Tuhan,
Kiranya buku ini benar dan berfaedah maka ia adalah
milikMu, Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu, Tapi kiranya buku ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka ini adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang dhaif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahun diri. Disamping memohon keampunan dariMu….
26 .8. 1990
BRISTOL, GREAT BRITAIN
BRISTOL, GREAT BRITAIN
PETIKAN BUKU ‘BARAT DI AMBANG MAUT’ : London 1992..telah diterjemah kepada THE WEST AT THE BRINK OF DEATH [ Seperti biasa, buku2 telah diharamkan oleh ulama rasmi Malaysia]
Ulasan
Catat Ulasan