Apabila kita memahami 'Jadual Allah', setiap kali ada isu baru kita tidak akan jadi keliru,celaru.Maka setiap ada isu baru kita tak tahu. Kita kena kuasai sungguh-sungguh ilmu perjuangan yang telah Abuya bekalkan dan juga memahami isu semasa supaya kita faham hendak hubungkan dengan minda Abuya.
Kita sedang menyaksikan suatu perubahan dari cara hidup jahiliah kepada cara hidup Islam.
Perkembangan dan kesedaran umat Islam meningkat dari masa ke semasa. Angka itu tidak pernah menurun, bahkan bertambah meningkat.
Kini semua golongan sudah berhijrah kepada Islam. Golongan terakhir ialah selebriti.
Bila mendengar ada individu yang bukan Islam memeluk Islam, pastinya berita itu disambut dengan kegembiraan oleh seluruh umat Islam.
Individu yang bergelar selebriti tidak terkecuali. Ramai sebenarnya yang telah berhijrah daripada agama asal dan memeluk Islam. Tidak kiralah sama ada selebriti Malaysia atau pun antarabangsa.
Berikut di senaraikan beberapa selebriti yang telah memeluk Islam; 1. Adam Corrie
2. Daphne Iking
3. Anuar Chew Kim Wah
4. Felixia Yeap
5. Stacy
6. Marsha Milan Londoh
7. Marion Caunter
Kini dunia sedang fokas perubahan yang berlaku di kalangan selebriti. Menurut Abuya selebriti adalah golongan terakhir berhijrah kepada Islam.
Alangkah indahnya berada dan hidup di atas jalan yang lurus.
Yakni jalan Allah yang membawa kita ke 'syurga' dunia dan 'syurga' Akhirat. Iaitu jalan hidup orang-orang bertaqwa; mereka yang saling berlumba-lumba membuat kebaikan sehingga kejahatan dan maksiat
berkurangan sama sekali.
Kita jangan hanya melihat disatu-satu sudut sahaja. Contoh jangan kita menilai dari sudut perkembangan politik sahaja. Apa yang berlaku semua Tuhan sedang proses. Untuk menunggu umat Islam matang, pejuang Islam kena banyak bersabar dan berlapang dada.
Rasulullah SAW sendiri memproses umat Islam yang hidup di zamannya juga menunggu proses kematangan
umat Islam. Iaitu Rasullullah berjuang di era Makkiah selama 13 tahun dan di era Madaniah selama 10 tahun. Setelah berlaku proses tersebut barulah berlaku futuh Mekah.
Menurut Abuya selaku pejuang
Islam, satu-sama lain perlu memerlukan. Satu sama lain saling tampung menampung. Tuhan tidak beri semua perkara pada satu orang. Ini satu hakikat yang kita kena terima. Di bidang
Strategi di berikan pada satu orang, dibidang pandai mencari duit pula diberi pada orang lain,
di bidang perhubungan pada orang lain dan begitulah seterusnya di bidang-bidang yang lain.
Justeru itu, mengembalikan keselarasan, kefahaman dan tindakan antara kita adalah satu usaha yang sangat perlu.
Kalau tidak berlaku juga, kita mengambil sikap bersabar, menantikan kematangan setiap pejuang Islam yang ada cita-cita ingin bangunkan Islam. Agama Islam ada lahir dan batin. Pembangunan fizikal atau material ada kaitan dengan pembangun roh.
Persoalan hati atau persoalan roh. Makanan roh yang baik ialah sembahyang, puasa, zikir, selawat, baca Al-Quran, berkorban, berjihad, berdakwah, belajar, berkhidmat kepada masyarakat, dan lain-lain kebaikan lagi.
Walaupun makanan roh yang baik seperti diatas sudah dilakukan, ia tetap tidak mendatangkan ketenangan kerana ia mungkin dilakukan dengan cara yang tidak sempurna dan tidak tepat dengan ilmunya.
Atau dilakukan dengan cara yang tidak ikhlas atau dihayati dengan jiwanya. Tentulah ibadah-ibadah tersebut tidak memberikan kesan kepada jiwa dan fikiran. Jadi, kalau sudah tidak memberi kesan kepada jiwa dan fikiran, tentulah ia juga tidak memberi kesan kepada anggota lahir. Yakni anggota lahir tetaplah juga jahat.
Ulasan
Catat Ulasan