(Kota Bandar Bukhara Uzbekistan)
(Putrajaya Malaysia).
Gandingan Malaysia dan Bukhara melahirkan satu kebangkitan Islam yang membawa kasih sayang. Islam yang membawa rahmat. Islam mahu kita hidup bersatu padu, berkasih-sayang, bertolong bantu dengan iman dan Islam sebagai pengikat.
Firman Allah SWT:
اعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ
Maksudnya:
اعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ
Maksudnya:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai
(Ali Imran 3:103).
(Kaabah di kota Mekah).
(Masjid Nabawi di kota Madinah).
Sejarah orang Ansar dan Muhajirin memperlihatkan dengan jelas rasa persaudaraan. Bagaimana umat Islam di Madinah menyambut kedatangan umat Islam Mekah ke tempat dengan penuh gembira dan kasih sayang.
Gandingan di ikat rasa seagama itu membuatkan mereka bagaikan adik beradik yang kasih mengasihi.
Gandingan di ikat rasa seagama itu membuatkan mereka bagaikan adik beradik yang kasih mengasihi.
Guru Abuya seorang ulama yang tersohor al-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhari. Salah seorang tokoh ulama berasal daripada Wilayah Bukhara di Uzbekistan.Wilayah Bukhara ialah ibu negeri Wilayah Buxoro dan bandar kelima terbesar di Uzbekistan. Penduduknya berjumlah 247,000 orang mengikut anggaran tahun 2005. Pusat bandar ini, yang memiliki berbagai masjid dan madrasah, telah disenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Guru Abuya bernama Syeikh Mahmud Bukhari beliau bekas pengetua Maahad Hisyamuddin, Kelang Selangor. Seorang ilmuan, ahli sufi, abid dan mujahid
yang benar-benar komited dengan perjuangannya.Ketegasannya digeruni, kasih sayangnya memikat hati. Beliau juga seorang hafiz Al Quran, hafal 10 ribu hadis berserta perawi, 40 matan ilmu dan boleh bertutur dalam 6 bahasa termasuk bahasa Inggeris dan Perancis.
Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi,
kemunculannya tepat di waktu dunia yang kian nazak dimamah derita zaman fitnah. Saat segala-galanya telah hancur musnah. Iman, persaudaraan dan seluruh cara hidup menjadi taring-taring tajam yang menggigit lalu membunuh. Semuanya dalam kacau-bilau. Gawat. Lantas dia pun muncul membawa bersamanya sinar dan harapan. Membawa hikmah dan penyelesaian.
kemunculannya tepat di waktu dunia yang kian nazak dimamah derita zaman fitnah. Saat segala-galanya telah hancur musnah. Iman, persaudaraan dan seluruh cara hidup menjadi taring-taring tajam yang menggigit lalu membunuh. Semuanya dalam kacau-bilau. Gawat. Lantas dia pun muncul membawa bersamanya sinar dan harapan. Membawa hikmah dan penyelesaian.
Dia membawa obor yang akan membakar segala durjana, menerangi kembali kehidupan yang lesu ini.
Dialah Imam, pemimpin Islam yang diakui di Timur dan Khurasan. Dialah Syeikh, guru lautan ilmu, yang mindanya dikagumi di Timur Tengah. Dialah Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi, pembela yang pengasih, penyayang dan cinta kepada anak-anak buahnya.Dan sesungguhnya dialah pemimpin, guru, sahabat dan ayah. Justeru itu lalu dipanggil dia dengan gelaran Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi.
Tapi tak ramai yang faham perkara ini. Sebab itulah, sekalipun Allah SWT sudah datangkan orang super soleh seperti Abuya dizaman ini, tidak ramai yang ambil peluang. Banyaknya mengutuk, apa Abuya ni, beranak pinak ramai-ramai tapi tidak dididik dengan betul.Perabis beras je, bukan nak berebut baka taat dan tolong sebarkan kromosom Abuya itu.Janggut dan rambut Abuya sanggup berebut, tapi darah Abuya yang mengalir dalam diri zuriat Abuya, kadang-kadang malah ditolak hanya kerana tidak menepati selera atau harus berpoligami. Padahal Abuya sudah berjanji bahawa pada seorang cucunya berkat yang Abuya salurkan dapat memakmurkan Islam sebuah negeri atau sebuah wilayah.
Hal ini sangat berbeza dengan para Sahabat dan Tabi'in. Mereka berebut benih zuriat Nabi SAW sampaikan Sy.Hasan dan Husein itu pernah berkahwin dengan beratus-ratus wanita. Ertinya mereka kahwin cerai berulang-ulang semata-mata memberi peluang kepada ramai wanita untuk mengandungkan zuriat Nabi SAW.Di zaman itu, ibubapa merayu, kahwinlah anak kami walau hanya satu malam.
Ulasan
Catat Ulasan