Langkau ke kandungan utama

NIKMAT IMAN.

Mengimbau kembali pengalaman bersama salah seorang orang kanan Abuya iaitu tuan Syeikh Abdul Rahim Kadhi besar Pahang ketika itu.
Penulis diberi kepercayaan untuk membaca khutbah. Iaitu di masjid bukit Genting Highlands.

Di puncak Bukit Genting Highlands ada kompleks pelancongan. Kaki tangannya ramai orang Islam. Perihalan
Masjid Genting Highland merupakan sebuah masjid yang terletak di Genting Highland 69000 Bentong Pahang Darul Makmur.

Ketika kita berada di puncak bukit Genting Highlands sangat merasakan kebesaran Allah.DI ANTARA banyak-banyak nikmat yang Allah anugerahkan pada kita, ada satu nikmat yang paling bernilai dan sangat penting iaitu iman. Maknanya semua nikmat- nikmat lain seperti kesihatan, kepandaian, kecantikan, kemasyhuran, harta benda, wang ringgit, pangkat darjat, anak-pinak dan lain-lain yang sedang kita nikmati, tidaklah semahal dan sepenting iman.

Tapi dalam kekecohan krisis nilai hari ini, ramai orang telah menganggap bahawa iman tidak penting. Ini dapat dibuktikan dengan melihat sikap hidup mereka. Semua program harian hanya bertujuan mencari keuntungan duniawi, dengan melupakan kepentingan iman.
Bentuk kehidupan orang beriman bukan sahaja dianggap kolot dan ketinggalan zaman tetapi ditentang habis-habisan.

Kehidupan di Akhirat yang sering dimimpikan oleh orang-orang beriman, telah mereka lupakan, malah sesetengahnya merasa ragu tentang kedatangannya. Maka hiduplah manusia hari ini dengan berpandukan akal fikiran dan nafsu syaitan semata-mata. Akibatnya, masyarakat manusia kini sedang hanyut dilambung gelombang kerakusan nafsu dan syaitan. Tidak sedikit yang sudah menjadi mangsa dalam perangkap yang ditempahnya.

Tanpa iman individu atau masyarakat manusia tidak mungkin akan mendapat ketenangan dan kebahagiaan hidup yang sebenar dan abadi. Di dunia akan dihimpit oleh kegelisahan dan kekalutan hidup.Manakala di Akhirat akan Allah benamkan ke dalam api Neraka. Oleh itu hendaklah kita sedar bahawa iman itu sangat penting dan perlu dimiliki. Ia perlu dicari sebagaimana kita mencari harta benda.

Ia tidak mungkin datang sendiri tanpa usaha dan ikhtiar dari kita, sepertilah duit tidak pernah datang sebelum kita berusaha mendapatkannya. Sudah menjadi Sunnatullah, sesuatu yang berharga adalah susah untuk dicari dan dimiliki. Umpama mutiara atau intan berlian dan emas permata, sangatlah payah mencari dan mendapatkannya. Manusia terpaksa berkorban nyawa, menyelami lautan dan membelah bumi kerananya.

Kalau tidak begitu, terpaksa pula mengumpul duit bertahun-tahun lamanya kerana membeli barang berharga itu. Kadang-kadang manusia masa sebelum memperolehi barang yang sangat diingini itu. Begitu susahnya bagi kita mendapatkan sesuatu yang berharga. Tetapi perkara yang tidak berharga, tidaklah susah mendapatkannya. Misalnya pasir, batu atau tanah. Di mana-mana sahaja kita boleh mendapatkannya, tanpa usaha ikhtiar yang berat dan susah.

Kadang-kadang kita tidak berhajat pun untuk mengambil nya tapi ia pula yang mahu mengikut kita, dengan melekat pada baju atau kasut kita. Iman, nilainya melebihi nilai intan atau berlian. Justeru itu mendapatkannya adalah lebih susah ‘dari mendapatkan mutiara dan intan berlian. Manusia wajib- menggadai semua nik mat- nikmat lain untuk mendapatkan iman yang setinggi-tingginya.

Jika tidak; usah mimpi iman itu akan datang dan masuk bertakhta di hati. Mungkin boleh disebut dan diingat selalu tetapi tidak mungkin boleh dirasai dan di miliki.Iman sebenarnya bukan di mulut. Tidak juga pada akal tetapi tersemat kuat di hati dan di jiwa manusia. Iman juga bukan bersandarkan pada amalan-amalan lahir seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain walau- pun perkara itu diperintah tetapi iman ada pada amalan- amalan hati.

Ini dapat difahami dari sepotong
Hadis yang berbunyi:
Terjemahan: Bukanlah lebihnya Abu Bakar dari kamu sebab banyaknya puasa dan banyaknya sembahyang, tetapi yang melebihkan Abu Bakar ialah iman yang tersemat di dadanya. Seterusnya baginda bersabda:
Terjemahan: Kalau iman itu ditimbang, maka timbangan iman Abu Bakar adalah melebihi timbangan semua manusia di dunia ini.

Kedua-dua Hadis di atas membuktikan bahawa iman adalah wujud tersendiri bebas dari ikatan dan kongkongan luar. Tempatnya di hati manusia dan bertindak sebagai tenaga penggerak yang boleh mengarahkan manusia kepada apa yang dikehendakinya.
Amalan-amalan lahir seperti sembahyang dan lain-lain tidak mestinya sebagai simbol adanya iman di dalam hati manusia.

Sembahyang adakalanya dari arahan iman dan ada ketikanya bukan dorongan iman. Ini difirmankan sendiri oleh Allah SWT: Terjemahan: Orang Arab Badwi itu berkata, "Kami telah beriman." Katakanlah pada mereka, "Kamu belum beriman." Tapi kamu katakanlah, "Kami telah tunduk (Islam)." Kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, ‘Dia tidak akan mengurangi sedikit pun pada (pahala) amalanmu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Hujurat: 14)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman