Langkau ke kandungan utama

KERJA SYAITAN

CARA SYAITAN   MENYESATKAN MANUSIA

1. KAFIR
Menjadikan manusia kafir,  tak yakin akan kewujudan Allah  adalah target akhir syaitan. Pelbagai fasa dan cara digunakan syaitan hingga mencapai tahap ini.

2. RAGU: Tak dapat nak kafirkan,  maka syaitan ragukan.  Peringkat ragu disebut zan (1/4 percaya),  syak (1/2 percaya),  waham (3/4 percaya).   Dibisikkan pelbagai kepalsuan supaya manusia ragu-ragu akan kewujudan Allah sedikit demi sedikit sehingga kepercayaan kepada Allah menjadi tidak ada sama sekali atau kafir.

3. MALAS
Bila tak dapat nak dikafirkan atau diragukan maka diganggu pula dalam beribadah kepada Allah.  Yakin tapi malas nak buat ibadah, jadi tak buat. Malas nak cari ilmu,  jadi jahil.  Maka jadilah golongan zalim.  Kalau ada pun ilmu tapi tak buat, lama-lama terbiasa tak larat nak buat.  Jadilah golongan fasiq. Zalim,  fasiq dan kafir secara lahirnya sama sahaja iaitu tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan.

4. CUAI
Yakin dan buat tapi lambat-lambat,  last minute,  asal buat sahaja. Bila dibiarkan terus jadi malas nak buat atau tak buat langsung. Puncanya ialah tak cinta kepada Allah yang punya syariat itu.  Sebab itu nak buat berat.  Buat kerana takut dihukum sahaja. Lama-lama jadi malas.

5. LALAI
Buat ibadah tapi tiada penghayatan.  Jasad sahaja yang beribadah tapi ruh entah kemana. Antara puncanya ialah tak faham, tak cukup ilmu tapi tak nak belajar.  Solat bahasa Arab,  tapi tak faham bahasa arab.  Baca Al Quran tak faham.  Lama-lama bosan. Bila dah bosan lama-lama cuai.

6. ADU DOMBA
Jika sudah rosak hubungan dengan Allah, maka hubungan dengan manusia mesti rosak juga.  Tapi kalau tak dapat nak rosakkan hubungan dengan Allah maka syaitan rosakkan pula hubungan dengan manusia.  Dibisikkan sangkaan-sangkaan buruk pada orang lain,  termasuk pada kawan-kawan, ibubapa dan guru.
Syaitan meniti di atas mazmumah seseorang, terutama jika tiada rasa hamba.  Orang yang tiada rasa hamba akan cepat nampak kesalahan dan dosa orang lain.  Sedangkan orang yang kuat rasa hamba sentiasa rasa dirinya paling berdosa hingga tak nampak dosa orang lain.  Kalau nampak pun dia tak sempat nak memikirkan apatah lagi membahas dan membesarkannya kerana dia rasa dosa dia jauh lebih besar dari orang lain. Melainkan seorang guru mursyid yang hendak membaiki ruhani anak muridnya, dia akan berbuat sesuatu untuk menegur dan membetulkan kesalahan muridnya dengan cara yang berhikmah dan berkesan.

Pada orang yang tiada rasa hamba,  jika dia nampak seseorang berbuat atau bercakap sesuatu, maka syaitan bisikkan andaian-andaian buruk tentang maksud perbuatan atau percakapan seseorang itu.  Maka bersangka jahatlah dia terhadap orang itu.

Jika disimpan jadilah penyakit hati,  benci,  marah,  dendam,  tak percaya,  hilang ketenangan.  Jika diluahkan jadilah berbahas-bahas atau mujadalah hingga membawa kepada pertengkaran. Maka hilanglah ukhuwah,  putus silaturrahim.

Jika persangkaan buruk itu antara anak dengan ibubapa,  murid kepada guru,  maka putuslah keberkatan hidup.  Malah terputuslah ilmu jika murid itu berhenti berguru kerana hilang kepercayaan kepada gurunya.  Itu yang syaitan target sebenarnya. Supaya orang itu menjadi jahil dan mudah diperdayakan.

7. WAS-WAS
Rumah yang ada isi,  maka sibuklah perompak nak mencerobohnya.  Begitu jugalah orang yang sudah mula khusyuk ibadahnya,  maka syaitan pun sibuk mengganggu orang itu.  Syaitan ganggu dengan ingatan atau pandangan palsu hingga seseorang menjadi was-was terhadap apa yang dibuat.  Misalnya bila seseorang berwudhuk,  dibisikkan,  engkau tak basuh tangan lagi.  Maka orang itupun ulang basuh tangan berkali-kali.  Atau ketika hendak takbiratul ihram solat, tiba-tiba dinampakkan selonggok najis di tempat sujud orang itu.  Maka orang itu terhenti dari takbirnya. Mengulang lagi dan lagi berkali-kali.

8. SAMPUK
Jika gangguan ruh sudah gagal maka syaitan buat  gangguan fizikal pula.  Jin dicipta dari api,  jadi sifatnya panas.  Jika jin memegang bahagian badan manusia apalagi secara kasar,  maka kesannya panas dan sakit.  Untuk orang yang tidak dapat diganggu ruhnya,  syaitan akan sakitkan fizikal orang itu.  Ia dinamakan sakit sihir.  Antara tandanya ialah terjadi secara tiba-tiba.  Tiada gejala yang normal seperti sakit biasa.  Tiba-tiba muncul atau hilang atau berpindah secara tidak munasabah.

9. RASUK
Syaitan akan curi jasad orang yang ditarget.  Waktu ruh orang itu keluar atau dikeluarkan,  maka syaitan pakai jasad orang itu.  Waktu itu ruh manusia itu ditahan atau diikat di luar jasadnya. Maka syaitan pakai jasad orang itu untuk bercakap,  bergerak bahkan memberi arahan kepada orang lain.

Ruh manusia keluar dari jasad sewaktu tidur atau berkhayal.  Atau dipaksa keluar oleh syaitan kerana jasad orang itu dikehendaki syaitan. Selalunya syaitan pakai jasad seseorang untuk merosakkan orang lain.  Konon-konon yang merasuk tu ruh-ruh soleh yang menyampaikan mesej atau pesanan dari alam ghaib.  Malah ada yang menyamar kononnya ruh Rasulullah, Sahabat atau para Wali Allah. Maka orang yang tak faham akan ikut arahannya.

Begitulah cara syaitan mengganggu manusia.  Ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja,  termasuk di bulan Ramadhan, di waktu syaitan diikat.  Sebab bisikan jahat itu bukan sahaja dari syaitan, tapi juga dari manusia.  Malah manusia boleh lebih jahat dari syaitan.  Dan ketua kejahatan dan sihir dunia,  yakni Dajjal adalah dari jenis manusia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman