GENERASI SOLEH MENGISI KEBANGKITAN ISLAM.
Selamat hari guru untuk Syeikh Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi yang telah mendidik diri kita yang daif rohani ni. Begitu juga jasanya yang mempersiap kan generasi soleh yang mengisi arus kebangkitan Islam sekali lagi. Ini adalah jasa yang besar yang telah dicurahkan untuk Islam. Kita mendoakan kebahagian buat Abuya di sisi Tuhan dengan Al fatehah...
Begitu juga untuk semua..saling
tolong doa mendoakan diri kita yang daif ini. Mungkin juga ini Ramadan terakhir yang kita lalui. Marilah kita sama-sama berdoa dapat mengisi Ramadhan kali ini, yang akan datang belum tentu dapat bertemu.
tolong doa mendoakan diri kita yang daif ini. Mungkin juga ini Ramadan terakhir yang kita lalui. Marilah kita sama-sama berdoa dapat mengisi Ramadhan kali ini, yang akan datang belum tentu dapat bertemu.
Generasi Akhir zaman yang dikenali sebagai Ikhwan dan Asoib. Mereka bagaikan satu keluarga besar. Seolah-olah dari satu ibu dan satu ayah.
Hati mereka yang sudah terikat begitu berjauhan pun tidak ada masalah. Justeru saling merindui satu sama lain.
Jika hati sudah bersatu, tidak bertemu pun tidak mengapa.Bila bertemu tinggal menambah rasa rindu. Jika hati belum bersatu, memang perlu bertemu. Supaya selaras dan sama tindakan dan fahaman.Bila hati di ikat dengan Iman dan Taqwa, tak pernah bertemu, dipisahkan antara benua tidak menjadi masalah.
Jika hati sudah bersatu, tidak bertemu pun tidak mengapa.Bila bertemu tinggal menambah rasa rindu. Jika hati belum bersatu, memang perlu bertemu. Supaya selaras dan sama tindakan dan fahaman.Bila hati di ikat dengan Iman dan Taqwa, tak pernah bertemu, dipisahkan antara benua tidak menjadi masalah.
Tindakan dan fahaman akan sama, kerana hati mereka dipandu sentiasa, mengikut keperluan dan bidang masing-masing.IKHWAN dan ASOIB adalah pejuang-pejuang yang membawa Islam Kasih Sayang. Bahawa Islam yang dibawa Ikhwan dan Asoib tidak sama sekali ganas. Bahkan Islam itu sebenarnya adalah agama kasih sayang. Alhasil dunia terkejut dengan perubahan John Howard pada tahun 2003 yang menyebut tentang adanya Islam kasih sayang, yakni sesudah menonton persembahan ‘Islam Kasih Sayang’ oleh Mawaddah di Australia.
Tokoh yang mendidik Ikhwan Asoib sendiri memang orangnya begitu kasih dan sayang. Siapa duduk-duduk dengannya pasti merasakan kasih sayangnya itu yang tidak mudah dilupakan. Ramai orang yang jatuh cinta kepadanya kerana watak peribadinya yang inilah. Memang dia pakar dalam menawan hati orang dengan berbagai-bagai cara kasih sayang yang dilayankan kepada manusia, menurut keperluan manusia itu.
BERKAT ORANG SOLEH MALAYSIA KEKAL AMAN.
Menyaksikan satu sejarah baharu tercipta apabila selepas 61 tahun ditadbir di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), baton kepimpinan negara bertukar tangan kepada Pakatan Harapan (PH). Sebuah kerajaan yang telah satu tahun memerintah kerajaan Malaysia.Apapun yang berlaku dalam politik Malaysia, kita kena ingat bahawa kita kini adalah berada di era kebangkitan Islam.
Siapapun baik individu atau mana-mana golongan di waktu ini hendaklah pandai menyesuaikan diri, kalau tidak akan berdepan dengank Tuhan. Jadual Allah mengingatkan kita kini adalah giliran kebangkitan Islam sekali lagi.
Kejadian tersebut mengingatkan saya dengan perkongsian yang pernah Abuya buat dalam pertemuan keluarga dan murid-muridnya. Kata Abuya peralihan kuasa di Malaysia akan berlaku secara aman.
Kebenaran tersebut dapat disaksikan selepas pilihanraya ke 14.Sekalipun berlaku perubahan kerajaan, namun negara Malaysia tetap dapat kekalkan keamanan. Ini adalah anugerah Tuhan berkat Malaysia terpilih tapak kebangkitan timur. Islam itu satu sistem keselamatan. Kalau Islam itu tidak diambil atau diamalkan keseluruhannya,akan ternafilah
keselamatan yang dijanjikan oleh Islam.
Kita tidak boleh beriman dengan sesetengah ayat Al-Quran dan kufur dengan sesetengahnya. Kita tidak boleh amalkan sesetengah ayat Al-Quran dan meninggalkan sesetengahnya.
Kita tidak boleh campur adukkan sistem Islam dengan sistem-sistem yang lain, dan kemudian menuntut keselamatan dari Tuhan.Sistem Islam itu adalah penawar. Sistem-sistem yang lain adalah racun.
Kita tidak boleh campur adukkan sistem Islam dengan sistem-sistem yang lain, dan kemudian menuntut keselamatan dari Tuhan.Sistem Islam itu adalah penawar. Sistem-sistem yang lain adalah racun.
Kita tidak boleh campurkan racun dengan penawar dan kemudian menganggapkan nya sebagai ubat. Kalau kita berbuat begitu, bahkan akan timbul pula berbagai-bagai penyakit yang lain.
Kalau kita berjaya mengamalkan Islam keseluruhannya iaitu berjaya menegakkan cara hidup dan tamadun Islam, baik yang lahir mahupun yang batin, maka Tuhan janjikan apa yang difirmankan Allah SWT dalam Quran:
" Negara aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan."(As Saba' 34:15).
Aman negara itu adalah kerana adanya ukhwah dan kasih sayang, perpaduan, timbang rasa, bersatu padu, rasa bersama, berkerjasama, bertolak ansur, maaf-bermaafan, doa mendoakan, bertolong bantu, bela-membela, pemurah dan berdisiplin hasil dari terbinanya rohani dan insan rakyat. Negara damai, tenang dan sejahtera. Tidak ada krisis, pergaduhan, perbalahan dan jenayah.
Makmur negara itu bila ada pembangunan, ada jalan raya, ada kemudahan, mewah makan minum, berpakaian, cukup tempat tinggal, mudah perhubungan, mudah mengurus keperluan dan kehidupan dan sebagainya. Makmurnya negara itu adalah sebagai alamat atau isyarat kasih sayang Tuhan terhadap negara dan rakyatnya yang telah berjaya mendirikan Islam dalam diri dan
negara mereka.
Keampunan Tuhan itu bukanlah kerana negara makmur. Tidak ada kaitan negara makmur dengan keampunan Tuhan. Tuhan tidak memberi keampunan kepada sesebuah negara hanya kerana negara itu makmur. Kalau begitulah maka Amerika dan Eropah lebih layak mendapatkan keampunan Tuhan kerana mereka makmur.
Keampunan Tuhan itu adalah kerana makmurnya hati rakyat sesebuah negara.
Apa hati yang makmur itu? Iaitu apabila hati tenang, terutama tenang dengan dunia, walaupun hati bergelora dengan Tuhan. Hati yang lapang, indah dan tidak takut pada dunia dan hal-hal keduniaan. Hati yang cinta dan takutkan Tuhan hinggakan hal dunia tidak menggugat perasaan. Lapang dada dengan kesusahan dunia tetapi bimbang dengan kesusahan Akhirat. Sibukdengan
rasa bertuhan. Rasa berdosa dan takut dengan dosa. Hati seperti ini hasil berzikrullah.
Maksud firman Tuhan:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka".
(Al Anfal 8:2).
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka".
(Al Anfal 8:2).
Maksud firman Tuhan:
"Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."(Ar Raad 13:28).
"Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."(Ar Raad 13:28).
Makmur hati inilah yang membawa kepada keampunan Allah, bukan makmur negara. Makmur negara itu hanya nikmat yang Allah segerakan kerana redha-Nya. Ia berbentuk rahmat dari Tuhan kerana kasih sayang-Nya. Itupun kalau kemakmuran itu adalah hasil dari usaha yang bertepatan dengan syariat dan cara yang Tuhan mahu. Bukan kemakmuran mengikut konsep ciptaan manusia seperti kapitalis, sosialis dan kominis. Makmur yang dicapai tanpa menegakkan cara hidup dan tamadun Islam ialah istidraj. Ia Tuhan beri dengan murka. Ia bertujuan untuk menyesatkan lagi manusia yang kufur dan ingkar.
Ulasan
Catat Ulasan