Langkau ke kandungan utama

IMAM MAHDI PERANGI DAJJAL



GOLONGAN IMAM  MAHDI DAN GOLONGAN DAJJAL.

Era sekarang dua kelompok sama-sama tertonjol. Satu bersama Imam Mahdi. Dan kelompok satu lagi bersama Dajjal. Contoh budaya Dajjal yang ditonjolkan oleh kelompok LGBT kini berani terang-terangan dan terbuka menyatakan perjuangan mereka. Ini satu perkembangan baru di Malaysia. Gangguan seksual menjadi masalah sosial yang tertinggi.Gangguan seksual adalah salah satu masalah yang berlaku di dalam masyarakat samada di tempat kerja atau di rumah.Lelaki selalunya dianggap sebagai pemangsa manakala perempuan sebagai mangsa gangguan seksual. Namun tidak dapat dinafikan bahawa perkara yang sebaliknya juga boleh berlaku. Pemangsa tidak mengira umur, agama, bangsa serta status mangsa. 

Apa yang agak memalukan adalah kanak-kanak turut menjadi mangsa perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.Pihak musuh terutamanya Yahudi sudah mengenal pasti dimana perkembangan pusat kebangkitan Islam sedunia sebenarnya. Sudah tentu mereka sudah menduga adalah di Malaysia.Musuh Islam telah lama merancang untuk menghancurkan Islam melalui para pejuangnya. Namun apa yang mereka lakukan telah banyak makan diri balik. Ibaratnya senjata makan tuan.

Contoh macam-macam usaha cuba dilakukan terhadap Abuya sebagai pencetus model Islam is the way of life. of life. Dalam kata lain آلإسلام دين الحياة. . . . . . . . . . . . . Namun Allah SWT gagalkan usaha musuh. Disinilah kita faham faktor janji Allah untuk kebangkitan Islam. Apapun yang cuba digagalkan oleh musuh, Tuhan gagalkan.
Abuya melagang perjuangannya
melalui sikap dan tindakan. Bagaimana merialisasikan Islam

Abuya selalu mengingatkan anak-anaknya supaya menjaga ibu sendiri, hubungan tidak akan putus sampai ke hujung hayat. Bagi suami isteri hubungannya hanya dengan lafaz ijab qabul.Apabila terlepas ijab kabul ertinya terputus hubungan. Sudah tidak ada apa kaitan lagi.Abuya cetuskan model Islam is the way of life dalam bandar Islam yang dibangunkannya. Buka model bandar Islam di Kampung Sungai Penchala kemudian di Pahang dan seterusnya di setiap negeri Abuya bangunkan model bandar Islam.

Macam-macam usaha telah musuh Islam lakukan untuk menyekat kebangkitan Islam di Malaysia. Namun tetap Tuhan gagalkan. Kerana Tuhan telah pilih Malaysia siapa pun tidak boleh menghalangnya. Musuh Islam telah melakukan macam-macam usaha mereka untuk menggagalkan tetapi semuanya kecundang dan tidak berhasil.

 Apa yang sampai kepada kita hanya yang telah terdedah sedangkan apa yang tidak sampai kepada kita dan masyarakat lebih banyak lagi. Tetapi kali ini mereka merasa aneh. Kenapa semua yang mereka rancang tidak berhasil.
Kenapa kali ini tidak menjadi. Jelas ini semuanya ada hubungkait dengan jadual Allah SWT untuk kebangkitan Islam sekali lagi.Apa persiapan kita mengharungi era akhir zaman ini. Kita perlu MUHASABAH atau KOREKSI diri atau POST MORTEM. 

Kita perhatikan apa panduan dari Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Timimi. Apa yang telah Abuya tunjukkan model perjuangannya itulah bekalan kita untuk berdepan dengan ERA AKHIR ZAMAN.
Sebelum kita berikan apa-apapun penglibatan dalam satu-satu aktiviti dan projek terlebih dahulu mengkaji untuk mencari baik buruknya.  Yang baik nak ditingkatkan,  yang buruk nak dielak atau diatasi. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan.

Yahudi paling pakar dalam hal post mortem ini,  sebab itu mereka paling berjaya dalam membangun tamadun duniawi.  Mereka tak pernah puas  dengan pencapaian yang ada.  Selalu sahaja mahu explore,  mahu membuat inovasi.  Pelbagai teknologi baru mereka cipta samada yang bermanfaat untuk keselesaan hidup manusia,  atau yang merosakkan hidup manusia.

Sebenarnya kemerdekaan negara sahaja kadang-kala tidak mencukupi untuk menentukan kejayaan sesuatu bangsa itu.Demikianlah dengan orang Yahudi yang menumpang di negara- negara Eropah. Mereka lebih berpengaruh dan berkuasa di negara mereka bermastautin dan secara kolektif di dunia semata-mata kerana mereka cekap dalam berbagai-bagai bidang.Demikian juga dengan beberapa bangsa lain yang berpindah dari negara asal mereka ke negara lain. Ada yang berjaya sehingga menjadi presiden negara tumpangan mereka.

Orang Melayu dan Bumiputera telah berjaya mencapai kemerdekaan. Berlainan daripada sesetengah bangsa yang mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua, orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia berjaya menerima dan mengamalkan sistem politik dan pentadbiran yang terasing daripada sistem asal mereka. Walaupun pada tahun 1969 pertelingkahan kaum berlaku, tetapi umumnya politik dan pentadbiran yang dikuasai oleh orang Melayu di Malaysia lebih baik daripada sebelum merdeka.

Tapi mengapa Yahudi melawan Tuhan? Mengapa Yahudi memilih untuk menjadi penyokong Dajjal  daripada penyokong Imam Mahdi?  Sedangkan mereka tahu,  zaman ini giliran Imam Mahdi. Ada satu benda yang mereka tak buat iaitu mengkaji nikmat Allah dan mensyukurinya.Begitu jugalah umat Islam yang dibentuk oleh Yahudi, mereka pandai membangun tamadun tapi hati kosong dari Allah. Kalau buat kemajuan Islam pun tapi tiada ruhnya. Jiwanya lemah,  tauhidnya rendah,  betapalah sufinya.  Punah!

Hasil post mortem bukannya bersyukur tapi menyalahkan orang.  Hasil koreksi diri bukan jumpa dosa sendiri tapi jumpa dosa orang lain. Hasil muhasabah bukan tambah syukur, tapi bertambah kufur nikmat. Kita tidak mahu generasi begitu.  Itu bukan generasi Ikhwan. Abuya mendidik kita supaya pandai lakukan muhasabah terhadap diri sendiri. Bukan pakar mengikrab orang lain.

Ikhwan itu pakar muhasabah,  
pakar post mortem dan pakar
 tahaddus binikmatillah.
Tahaddus berasal dari kata حدث  yang bererti memperbaharui atau 
menyebut berulang-ulang.
Tahaddus binikmatillah ertinya menyebut-nyebut nikmat Allah itu berulang-ulang sambil mensyukurinya. Maksudnya dengan nikmat Allah itu kita tidak mudah melupakannya begitu sahaja.  Kita kaji dan gali apakah hikmah-hikmah di sebalik nikmat itu supaya bertambah-tambah syukur kita kepada Allah.

Misalnya Allah beri kita akal bagaimana hendak mensyukurinya. Setiap kali kita menggunakan akal kita fikirkan dan rasakan hikmahnya. Bukan sahaja nikmat baik yang patut kita kaji,  ujian hidup juga patut kita kaji apa hikmah di sebaliknya.  Supaya dengan ujian itu kita masih mampu bersyukur. Misalnya,  jika kita diuji dengan orang menzalimi atau memfitnah kita.  Rupanya di sebalik ujian itu tanda Allah sayang kita.  Maka kita pun bersyukur atas ujian itu.

Inilah perbezaan yang ketara antara orang mukmin dan orang lain. 
 Orang mukmin sentiasa tahaddus binikmatillah, makin dekat dengan Allah.  Sedangkan orang lain,  dapat nikmat atau ujian, makin jauh dari Allah. Walaupun secara lahirnya seperti pakaiannya,  persekitarannya,  rutin hidupnya seperti dekat dengan Allah.  Walhal hatinya masih penuh dengan mazmumah.Bukti kita bersyukur adalah dengan kita memperjuangkan Allah dan Rasul. Bagi kita yang ingin meneruskan apa yang kita terima dari Abuya dengan menggunakan platform Islam.
Apapun kesempatan yang boleh kita gunakan untuk bangunkan Islam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman