KEBANGKITAN ISLAM IBARAT AIR YANG MENGALIR DERAS.
Kini telah tiba masanya Islam untuk kembali bangkit. Timur dan barat sendiri mengakui bahawa kini telah bermula zaman kebangkitan bagi umat Islam. Ibarat air yang mengalir deras. Apapun yang ada diatas permukaan air sungai itu akan dihanyutkan. Ertinya kita ikutkan saja dibawa oleh arus air akan sampai juga ke hujung.
Walaupun perjuangan Islam adalah untuk memartabatkan agama Allah SWT. Tuhan pemilik sekalian alam, dan pendokong yang juga digelar golongan Allah (Hizbullah), namun Allah tidak menjadikan perjuangan Islam ini sentiasa menang dan di atas.
Sebaliknya perjuangan ini senantiasa menghadapi pasang surut dan jatuh bangun. Sesuai sabda Rasulullah SAW:
ألا إن رحى الإسلام دائرة فدوروا مع الكتاب حيث دار
"Ketahuilah bahawa peredaran Islam ibarat roda yang berputar. Maka sentiasa berpegang kepada al-kitab walau bagaimana sekalipun pusingan Islam." (HR Thabrani).
Abuya sering membuat ibarat kebangkitan Islam, seperti air sungai kita ikutkan sahaja hanyut dibawa arus air. Tindakan yang penting ialah kita mengambil udara untuk pernafasan supaya tidak lemas.Walaupun kita tidak pandai berenang ikutkan saja arus air nanti kita akan sampai juga dibawa arus air sungai tersebut.Kalau kita pandai berenang ertinya ada bonus untuk yang pandai berenang.
Kita perhatikan sekarang apa-apa sahaja atas nama Islam mendapat tempat. Contohnya bagi orang yang berniaga, waktu ini jual apa jenama tudung pun laku betapa yang ada nama dan berkualiti. Begitu juga orang yang berniaga produk makanan berasaskan sunnah Nabi mendapat sambutan. Dulu kita hendak mendapatkan buah kurma hanya tunggu musim bulan ramadhan. Era sekarang waktu biasa pun boleh kita dapatkan buah kurma.
Dahulu makanan Sunnah hanya boleh dapat pada setahun sekali sahaja. Bulan tertentu sahaja baru ada dalam pasaran.Ertinya hanya setahun sekali baru boleh dapat.Tapi sekarang bila-bila masa sahaja kita teringin boleh didapati di pasaraya. Bahkan sekarang ada orang yang boleh jadi jutawan kerana mereka mengusahakan produk makanan sunnah. Mampu di iklankan di kaca Televisyen dan dipapan iklan yang besar di tepi lebuhraya.
Pengusaha-pengusaha yang membuka pengajian tahfiz mendapat sambutan. Kelas-kelas tahfiz bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kita mudah dapati di merata negeri.Malaysia berlaku seperti yang telah Abuya sebut puluhan tahun dahulu pasti akan menjadi negara Islam.Siapapun yang memerintah kena peka hal ini. Kalau nampak nak menghalang ertinya melawan arus. Ibarat kita melawan arus air sungai sudah tentulah sangat memenatkan. Adalah lebih baik kita hanyutkan saja diri kita mengikut arus air sungai yang mengalir sekalipun tidak pandai berenang yang penting kita usahakan hidung boleh dapat bernafas.
(Papan iklan tentang makanan sunnah).
(Papan iklan tentang makanan sunnah).
Golongan artis boleh hidup dengan memperagakan pakaian menutup aurat bahkan boleh jadi jutawan. Jual pakaian dan aksesori Sunnah pun boleh jadi jutawan. Sekarang adalah golongan selebriti mendokong dakwah. Benar apa yang Abuyap sebut, golongan terakhir yang mengikut dakwah adalah golongan selebriti.Ertinya dakwah di Malaysia sudah sampai ke kemuncaknya.
Semua golongan sudah terlibat. Kalau di Malaysia bermula dari bawah. Di Indonesia bermula dari atas menurut Abuya.
Pengkaji Barat mengatakan bahawa kemenangan Islam tidak mampu lagi disekat. Hanya mampu mereka lakukan adalah melambatkan kemenangan itu sahaja. Ia ibarat gelombang yang cukup kuat.Sementara di Indonesia gelombang kebangkitan Islam bermula dari atas. Abuya konsisten menyebut dari tahun 70-an lagi, bahawa ini adalah zaman kebangkitan Islam.
Pengkaji Barat mengatakan bahawa kemenangan Islam tidak mampu lagi disekat. Hanya mampu mereka lakukan adalah melambatkan kemenangan itu sahaja. Ia ibarat gelombang yang cukup kuat.Sementara di Indonesia gelombang kebangkitan Islam bermula dari atas. Abuya konsisten menyebut dari tahun 70-an lagi, bahawa ini adalah zaman kebangkitan Islam.
Di era ini apapun produk tidak jelas halalnya masyarakat akan tolak. Sekalipun alat-alat kecantikan dan wangian kalau ada bahan najis masyarakat akan tolak. Sebab itu produk makanan yang jemaah Abuya keluarkan tidak ada cop halal pun masyarakat terima. Kerana masyarakat telah yakin dengan apa saja yang jemaah Abuya usahakan.
Bukan itu sahaja, penghayatan Islam di Malaysia semakin baik. Kita boleh membandingkan bagaimana keadaan Islam 30 tahun lepas dan sekarang. Semakin ramai muslimah menutup aurat dengan sempurna di khalayak. Tidak ada lagi orang berani mengaku sekular. Malahan pengusaha perniagaan, media, hiburan, pendidikan semuanya perlu memasukkan unsur Islam dalam perusahaan mereka untuk kekal relevan.
Ulasan
Catat Ulasan