BERKAT RAMADHAN ABUYA BERI TUHAN KEPADA KITA.
(Menyambut Ramadhan bersama keluarga 2019).
Pendekatan dakwah Abuya indah kerana perjuangkan Tuhan yang Maha Indah. Perjuangkan Tuhan dengan paparkan penampilan kesan nikmat yang Maha Agung itu melalui dakwah yang indah. Satu-satunya agama yang Allah SWT akui hakikat kebenarannya untuk manusia ialah Islam. Sebab Islam itu agama yang indah kerana ia datang dari Allah SWT. Iaitu agama yang suci dan murni.
Agama yang hanif, selamat indah, menarik dan cantik.
Agama sebenar yang selamat dan menyelamatkan. Agama yang telah ditemui oleh Nabi Ibrahim itu ialah agama tauhid. Saya tidak jumpa nama yang khusus untuknya maka dinamakan sebagai agama
Nabi Ibrahim sahaja. (ملة إبراهيم)
Tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun.

Agama yang hanif itu, bukan
melihat di sudut kesihatan, contoh bagaimana puasa menyihatkan tubuh badan? Tidak kurang yang melihat Ramadan sebagai satu “adat” yang bersifat ritual tanpa nilai-nilai spiritual. Kesan dan manfaat beragama bergantung kepada cara kita “melihatnya”. Jika pandangan kita tentang agama tepat, maka kita akan mendapat hasil yang tepat juga.

Kita akan dapat merasakan kebesaran Tuhan apabila kita benar-benar mengenali diri. Kata hukamak. Barangsiapa mengenali dirinya dia akan mengenali Tuhannya.
(من عرف نفسه فقد عرف ربه).
Puasa adalah peluang untuk kita jadikan pusat latihan untuk kita membesarkan dan mengagung kan Tuhan. Sekaligus kita berlatih mengecilkan nafsu.
Realitinya, masih ramai umat Islam tidak mengambil peluang bulan puasa sebagai pusat latihan rohani.
Realitinya, masih ramai umat Islam tidak mengambil peluang bulan puasa sebagai pusat latihan rohani.
Mendapat rasa cinta dan takutkan Tuhan adalah persoalan rohani. Jadi kalau kita tidak ambil peluang bulan Ramadhan pusat latihan rohani bagaimana kita hendak dapat suburkan rasa cinta dan takutkan Tuhan, ia adalah persoalan rohani.Akibat kita tidak dapat rasakan Ramadan ada nilai-nilai spiritual atau rohani. Maka kita tidak dapat apa-apa daripada puasa hanya lapar dan dahaga sahaja.
Marilah kita teliti kembali sejauh mana kesan puasa dalam menjana peribadi yang baik, mencegah kemungkaran dan kejahatan, membina nilai-nilai murni serta membina sebuah masyarakat yang harmoni? Dan paling penting, apakah takwa yang menjadi tujuan utama puasa difardukan itu telah tercapai?
Puasa dari segi bahasa bererti “menahan”. Semua perkara atau perlakuan yang “ditahan” (haram) semasa berpuasa hakikat bebas (halal) dilakukan jika tidak berpuasa.
Semasa berpuasa umat Islam dilatih bukan sahaja meninggalkan perkara yang haram malah yang halal juga. Jika demikian, seharusnya tidak timbul masalah lagi bagi umat Islam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan pada bulan-bulan lain lantaran latihan meninggalkan perkara yang halal pada bulan Ramadan. Ironinya, ini tidak berlaku! Hakikatnya berbagai-bagai kemungkaran telah dilakukan oleh umat Islam selepas bulan puasa.
Firman Allah taala menceritakan tentang Maryam.
قال تعالى : إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمٰنِ صَوْمًا
“Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-rahman“. (Maryam : 26)
Puasa disini bermaksud menahan diri dan berdiam diri daripada berkata-kata.
Puasa dari sudut syarak bererti : Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.Selepas kita berpuasa hati kita tetap tidak dapat rasa cinta dan takutkan Tuhan. Kenapa terjadi demikian.

Kerana kita hanya berpuasa dapat lapar dan dahaga. Bagi orang yang benar-benar berjaya jadikan puasa sebulan Ramadhan sebagai pusat latihan rohani sudah tentu selesai sahaja proses yang dilalui dalam pusat latihan ia mendapat sesuatu. Iaitu mendapat hati yang rasa cinta dan takutkan Tuhan.
Kesan puasa tidak sama pada semua orang. Ia bergantung kepada cara kita melihat, tahap kita berusaha dan kemampuan menahan keperitan untuk mendapat rahmat, magfirah
dan barakahnya. Moga-moga kita mendapat takwa – hadiah yang dijanjikan Allah sejak lama. Bukan “lapar dan dahaga” seperti yang diterima sekian lama!
dan barakahnya. Moga-moga kita mendapat takwa – hadiah yang dijanjikan Allah sejak lama. Bukan “lapar dan dahaga” seperti yang diterima sekian lama!
Ulasan
Catat Ulasan