SEPANJANG ZAMAN TUHAN SIAPKAN PARA PEJUANG KEBENARAN. Apakah kita sudah di atas 'line' yang betul dan tepat menuju kemenangan. Atau berada bersama musuh tanpa kita sedari. Sekarang adalah era kebangkitan Islam.Tuhan telah setkan pada azali lagi atau telah jadualkan kebangkitan tersebut. Kita kena siapkan Landskap untuk kebenaran. Bagi yang menunggu dajjal mereka telah persiapkan landskap untuk dajjal. Bagi umat Islam kita bertanyakan pada diri sendiri apakah Landskap yang kita sediakan. Orang yang hendak bersama Imam Mahdi, dia menanamkan cita-cita untuk jadi pejuang. Jiwanya, fikirannya dan seluruh fizikalnya memang dipersiapkan untuk berjuang. Perjuangan Islam adalah minatnya, kesukaannya, darah dagingnya, jiwa raganya, akal fikirannya dan hidupnya diserahkan untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Pejuang Islam yang berjuang bersama Rasulullah SAW, mereka disebut Para Sahabat. Mereka yang tidak bertemu dengan Rasulullah tetapi mereka berjuang dengan Para Sahabat d...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.