( Foto: Kota Konstantinopel ).
Al FATEH MENERUSKAN USAHA ABU AYYUB Al ANSARI.
Siapa yang Allah SWT di rezekikan panjang umur, bakal melihat sendiri peristiwa besar yang penuh bererti berlaku kepada agama Allah SWT dan umat Islam yang beriman. Ini berdasarkan kepada tiga period yang sedang dan tiada lama lagi akan ditemui pertama sedang berada diawal kurun ke 15 Hijrah. Kedua akan memasuki awal kurun ke 21Masihi. Ketiga akan memasuki alaf baru iaitu alaf ketiga Masihi.
Dalam Islam ada keyakinan asas dan keyakinan tambahan.Contoh keyakinan asas iaitu kita berpegang kepada rukun Iman yang enam. Iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada kitab, beriman kepada Rasul, beriman kepada Qada' dan Qadar dan hari Kiamat.

Seterusnya bahagian keyakinan
yang kedua iaitu keyakinan tambahan. Seperti apabila Abu Ayub Al Ansari bersungguh-sungguh berharap beliaulah yang menawan Konstantinopel, yang akhirnya berlaku bukan ditangannya, tidak menimbulkan sebarang riuh-rendah orang mempertikaikannya. Malah usaha beliau diganjari sebagai satu jihad. Apabila berlaku pula di tangan Muhammad Al Fateh, maka umat Islam meraikan dan menyambutnya dengan penuh kesyukuran.

Abuya kongsikan dengan kita dalam majlis pengajiannya, bahawa di Malaysia kalaupun berlaku perubahan dan peralihan kuasa adalah secara aman. Ketika kita di rezekikan menyaksikan PRU14 2018 yang menggemparkan bukan sahaja Malaysia bahkan dunia membuka mata.
Islam menuntut kita mengikut para sahabat Rasulullah supaya mendaulani mereka. Iaitu bersikap seperti mereka yang memburu dan menagih janji Allah SWT. Kita berkongsi dengan jiwa yang ada pada para Sahabat Nabi SAW.
Jiwa mereka sangat asyik dengan Tuhan seolah-olah Tuhan itu kawan mereka yang sejati.Jiwa mereka terseksa dengan pujian kerana merasakan tidak layak. Mereka merasa diri layak dihina dan di cerca, kerana manusia berasal dari kejadian yang hina.
Jiwa mereka yang berperanan dalam segala urusan. Oleh kerana sentiasa bergantung kepada Allah SWT.
Keyakinan mereka sangat kental, kemahuan mereka sangat kuat dan sensitiviti mereka hanya kepada Allah SWT dan perkara-perkara berkaitan denganNya. Itulah sikap yang terbaik.
Keyakinan mereka sangat kental, kemahuan mereka sangat kuat dan sensitiviti mereka hanya kepada Allah SWT dan perkara-perkara berkaitan denganNya. Itulah sikap yang terbaik.
Ulasan
Catat Ulasan