BAHAYA MENOLAK ILMU HATI.
عن النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله، وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب))؛ متفق عليه.
Maksud Hadis:
"Ketahuilah sesungguhnya dalam diri manusia ada segumpal darah, apabila baik ia maka baiklah seluruh anggota lahir dan apabila jahat maka jahatlah seluruh anggota yang lain ketahuilah itulah hati".

Apabila sebuah kereta tidak dapat berjalan dengan baik. Apabila kenderaan yang dipandu rosak di tengah jalan pasti akan membuatkan kita terfikir akan keadaan kenderaan tersebut. tentu ada kerosakan atau kesilapan pada mana-mana sistem dalam kereta itu.
Hati mana yang tak risau bukan?
Supaya kereta dapat berjalan dengan baik semula, apa yang mesti dibuat ialah membaiki kerosakan tersebut atau membetulkan kerosakannya.
Kerja ini hanya boleh dibuat oleh orang yang faham tentang masalah kereta tersebut.
Kerja ini hanya boleh dibuat oleh orang yang faham tentang masalah kereta tersebut.
Demikianlah apabila sesebuah masyarakat tidak lagi aman damai tidak lagi harmoni dan selamat sejahtera, tentu adasilap dimana-mana dalam pengurusan masyarakat itu.
Supaya keadaan dapat dipulihkan, kenalah kesilapan pengurusan itu diperbetulkan. Dan ia hanya boleh dibuat oleh orang yang benar-benar faham tentang kedudukan perkara itu.
Tidak dinafikan lagi bahawa masyarakat hari ini termasuk masyarakat kita di Malaysia, sedang mengalami berbagai-bagai masalah, krisis dan penyakit.
Keamanan, perpaduan, keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan hanya tinggal sebagai slogan oleh orang-orang tertentu. Realiti kehidupan memperlihat kan keadaan yang sangat membimbangkan. Krisis politik,
krisis ekonomi, krisis akhlak, krisis perlembagaan, krisis budaya, krisis nilai dan lain-lainnya. Sedang menjadi isu yang telah menggoncang kesetabilan masyarakat kita. Kian hari kian meruncing dan kronik.

Usaha-usaha penyelesaian yang dibuat, bukan mengurangkan masalah, tapi menambah rumitkan lagi masalah yang ada, bahkan menimbulkan masalah lain pula. Ibarat banjir besar yang diempang; empangan itu bukan lagi menyelamatkan keadaan tapi membuatkan banjir makin ganas melanda dan merempuh daerah lain hinggakan kawasan yang dilanda banjir lebih luas lagi.
Ia menambah rosakkan lagi keadaan-keadaan yang ada; atau ibarat pesakit yang makin diubat, makin menjadi-jadi sakitnya. Atau ibarat benang yang kusut, makin diungkai makin kusut.
Masalah dan krisis yang menimpa manusia, kini, bukan makin kurang tapi makin bertambah dan mengembang biak kepada berbagai-bagai masalah lain. Inilah adalah. hakikat. Perpaduan makin hancur, kecoh dan makin lenyap,
keamanan makin jauh dan jauh dari kehidupan masyarakat manusia moden ini.
keamanan makin jauh dan jauh dari kehidupan masyarakat manusia moden ini.
Pembangunan lahiriah yang dibanggakan tiada bererti lagi apabila faktor-faktor kemanusian yang murni kian luput daripada manusia-
manusianya. Membiarkan keadaan ini samalah seperti membenarkan manusia terjun ke Neraka dunia sebelum Neraka Akhirat. Alangkah malangnya kalau begitu.
manusianya. Membiarkan keadaan ini samalah seperti membenarkan manusia terjun ke Neraka dunia sebelum Neraka Akhirat. Alangkah malangnya kalau begitu.
Maksud Hadis:
Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih.

Keselamatan hakiki dunia Akhirat hanya boleh dicapai kalau manusia kembali pada Allah SWT dan Rasulullah SAW
sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah dalam hadisnya diatas.
sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah dalam hadisnya diatas.
Ulasan
Catat Ulasan