Langkau ke kandungan utama

DUNIA IBARAT BANGKAI.



DUNIA IBARAT BANGKAI.

Dunia ibarat bangkai. Bangkai adalah tubuh haiwan yang telah mati dan membusuk.Roh yang telah terpisah dari jasad manusia disebut mayat.
Sifat bangkai dan mayat sama.
Kedua-dua mengeluarkan bau yang busuk. Sebab itu dalam Islam manusia yang telah meninggal dunia atau mati disebut mayat. Kepada haiwan di sebut bangkai.

Mayat kita kendalikannya mengikut syariat Islam. Ia diperjelaskan dalam ilmu feqah dalam bab jenazah. Lubang kubur memadai mengikut ukuran jenazah dan dalamnya lebih kurang 6 kaki atau sekurang-krangnya dalam kubur itu dapat melindunginya daripada binatang buas dan baunya tidak terhidu oleh manusia.

Manusia macam mana cantik rupa parasnya tetap sifat bangkai terserlah pada dirinya. Semuanya yang dikeluarkan dari fizikal kita mengeluarkan aroma yang busuk, seperti berak, kencing, kentut, peluh dan sebagainya.

Sunat berwangian bagi orang lelaki terutamanya ketika solat atau sembahyang.Dalam melakukan sembahyang kita disyaratkan supaya memastikan kebersihan tubuh badan, pakaian dan temp at sembahyang daripada najis. Kewujudan najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang akan menyebab kan sembahyang itu tidak sah.

Untuk mengetahui sama ada minyak harum yang bercampur alkohol itu najis atau tidak adalah tertakluk kepada bagaimana pembuatannya, baik dari segi minyaknya mahupun alkoholnya. Jika ia bersumber daripada benda yang najis seperti minyak yang bersumber daripada binatang yang najis atau alkohol yang bersumber daripada arak, maka minyak harum seperti itu adalah dihukumkan mengandungi najis dan jika ia dipakai ketika di dalam sembahyang, maka sembahyang seseorang itu tidak sah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...