Langkau ke kandungan utama

MANUSIA LUPA KUASA ALLAH.

KUASA MUTLAK.


Manusia didunia hari ini telah terlupa kuasa Allah. Apabila dia dapat sesuatu sama ada kekayaan, darjat, pangkat, atau kekuasaan dia mula menindas dan menzalimi orang lain. Dia begitu megah dengan kekuasaan yang ada padanya hinggakan siapa saja yang bersalah disumbatnya ke penjara tanpa periksa dan seterusnya.

Sedangkan kalau kita perhatikan
mereka seperti ini jatuh juga akhirnya. Ada yang jatuh hingga tidak berupaya bangun semula. Ertinya dalam masa seketika saja Allah boleh hapuskan
 apa yang ada pada diri kita itu. Jadi
tidak bolehlah kita sombong dengan apa yang telah Allah beri. Allah beri kita kuasa, dan Allah juga boleh tarik balik kuasa itu bila-bila masa saja.

Allah beri kita rumah besar; ALLAH juga boleh tarik bila-bila masa saja. Harta dan rumah kita itu boleh terbakar atau semua harta kita boleh dihanyutkan oleh banjir dan sebagainya.

Allah boleh beri kita wang ringgit yang banyak, pun Allah boleh tarik balik
dari tangan kita bila-bila masa saja.
Allah boleh tarik balik rumah dan
 harta kita bila-bila masa saja. Iaitu
Allah boleh datangkan sebab untuk menghilangkannya seperti kena curi
dan sebagainya. Kita jaga macamana
pun harta kita itu,tetapi kalau memang
Allah hendak tarik kembali, ia tetap
 akan pergi juga.

Contohnya ialah ketika kita hendak pergi mengerjakan ibadah haji di Mekah. Sekurang-kurangnya kita membawa seribu atau dua ribu ringgit bersama kita. Untuk menjaganya, kita ikat di pinggang kuat-kuat. Kita sangka di tanah suci sana tentu tidak ada pencuri, kerana semua orang hendak buat ibadah saja.Tetapi dalam kita berjaga-jaga takut harta kita hilang, tiba-tiba ia dirampas orang. Begitu ramai sekali bakal haji yang kecurian dan dirampas wang ringgitnya.

Mengikut laporan, beratus-ratus ribu ringgit wang jemaah haji kecurian dalam satu-satu musim haji, sama ada di Mekah atau di Madinah.Begitu sekali kuasa Allah. Amat mudah Allah menariknya semula, tidak kira tempat.
Jadi kita tidak boleh bersikap sombong dengan kekayaan kita atau pun kekuatan badan kita.Kuasa Allah saja yang mutlak.Di Tanah Suci Mekah sana,
kita dapat melihat sendiri bagaimana kuasa Allah itu jelas pada diri kita.

Misalnya, kita dapati seseorang itu begitu sihat ketika berada di tanah air tetapi bila sampai saja di sana, dia jatuh sakit.  Kadang-kadang pula kita dapati seseorang itu sakit dan tidak berdaya mengerjakan haji tetapi sampai saja di sana dia sihat dan pulih seperti biasa. Demikianlah kuasa Allah.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...