Kita hidup di akhir zaman ini
banyak berdepan dengan
perselisihan atau khilafiah.
Khilafiah terbahagi kepada dua.
Bahagian pertama khilafiah yang dibenarkan bahkan ia menjadi rahmat. Bahagian khilafiah yang kedua tidak dibenarkan, akibatnya masuk ke dalam Neraka.
Aliran Qadariah atau iktiqad qadariah adalah salah satu mazhab yang timbul dalam masyarakat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Keyakinan yang batil dan bercanggah dengan Ahli Sunnah wal jama'ah.
Sebelum kita memperkatakan
aliran Qadariah ini, sayugia kita ingat disini bahawa perpecahan
ataupun perselisihan iktiqad tidak berlaku pada zaman ketika Rasulullah masih hidup. Ketika itu Rasulullah SAW merupakan tempat rujuk para Sahabat jika timbul sebarang perselisihan.
Lazimnya, setiap permasalahan yang timbul, Allah akan turunkan wahyu kepada Rasulullah SAW.
Tetapi dalam beberapa hal, Allah hanya memberikan ilham kepada Rasulullah SAW bagi menyelesaikan bagi perselisihan yang timbul. Jadi, Hadis-hadis yang keluar daripada kata-kata Rasulullah SAW sendiri itu juga merupakan wahyu daripada Allah yang tidak berbentuk ayat Al Quran. Ia berbentuk kata-kata daripada Rasulullah tetapi adalah ilham dari Allah SWT.
Maksud firman Allah SWT: "Tidaklah dia (Rasulullah) bercakap mengikut hawa nafsunya tetapi adalah sesuatu yang diwahyukan oleh Allah SWT. (An Najmu 53:3-4).
Kerana yang demikian, pada zaman Rasulullah SAW tidak timbul apa-apa perselisihan walau disudut apa sekalipun. Apabila ada sahaja perselisihan,lantas Rasulullah menyelesaikannya. Tetapi Rasulullah SAW ada berkata, akan timbul dua bentuk perselisihan selepas beliau wafat.
sebagaimana sabdanya:
إختلاف أمتي رحمة
Maksudnya: Berselisihannya ummatku itu adalah menjadi rahmat. (Riwayat Al Baihaqi).
Kemudian sabda Rasulullah SAW lagi:
ستفترق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة كلهم فى النار إلا فرقة واحدة.
Maksudnya: Akan berpecah-belah umatku menjadi 73 puak. Kesemuanya dimasukkan ke dalam Neraka kecuali satu puak saja.
Dari Abu ‘Amir al-Hauzaniy ‘Abdillah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya ia (Mu’awiyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata: “Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah berdiri di hadapan kami, kemudian beliau bersabda, “Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan dan sesungguhnya ummat ini akan berpecah belah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, (adapun) yang tujuh puluh dua akan masuk Neraka dan yang satu golongan akan masuk Syurga, yaitu “al-Jama’ah.”
Inilah yang telah di ceritakan oleh Rasulullah SAW tentang umat akhir zaman ini iaitu zaman kita ini yang mana akan wujud dua bentuk khilafiah ataup perselisihanfaham dikalangan masyarakat Islam.
Yang pertama dibenarkan oleh syariat yang menjadi rahmat; dan yang kedua, perpecahan umat Islam kepada 73 puak yang mana hanya satu puak sahaja yang terselamat manakala 72 puak itu, kita akan ikut terjun ke Neraka. Kita hendaklah berhati-hati dalam perselisihan ini kerana ia tidak dibolehkan. Dan ia sedang pun berlaku pada hari ini.
Ulasan
Catat Ulasan