IMAN JENTERA YANG JITU.
Kehinaan yang menimpa umat Islam kini bukan sahaja disebabkan kerana musuh tetapi berpunca dari kelalaian diri sendiri. Umat Islam sudah meremeh-remehkan persoalan iman, syariat dan akhlak iaitu tiga tunggak maruah dalam Islam. Jika iman kuat, syariat kemas dan akhlak meningkat, nescaya umat Islam menjadi tuan di dunia sebelum menjadi tuan di akhirat.
Yang sebenarnya, untuk jadi bangsa yang benar-benar maju, bertamadun dan moden. Kita mesti kembali kepada kepada identiti Al Quran dan Sunnah mesti menjadi pakaian diri setiap kita. Kerana disanalah kemuliaan, kehormatan dan kehebatan kita sebenarnya.
Iman adalah kekuatan atau tenaga penggerak untuk menegakkan kemajuan atau tamadun Islam. Hukum-hukum
Allah atau syariat itu sebagai perkara yang hendak dibangun kan yang menjadi syiar kemuliaan, kehebatan serta ketinggian Islam.
Manakala akhlak Islam itu adalah hiasan yang jadi daya penarik pada dunia tentang betapa benar dan indahnya Islam itu. Harta dan negara adalah alat mempertahankan maruah. Sebab itu harta dan negara juga termasuk maruah mesti dipertahankan.
Begitulah secara ringkas, bagaimana maruah Islam itu akan mengangkat umat Islamke mercu kejayaan dan kegemilangannya. Sekarang, oleh kerana maruah itu tidak ada, maka umat Islam ketiadaan tenaga kerja untuk membina
kemajuan dalam erti kata yang sebenarnya.
Umat Islam tidak ada maruah diri kerana mereka tidak faham Islam
atau kalau pun faham tapi
tidak tahu apakah faktor-faktor
yang mesti dibangunkan. Dan kerana akhlak itu tidak menghiasi diri, maka tidak kelihatan apa indahnya Islam itu. Alhasil umat Islam sudah tidak dihormati lagi. Untuk kembali menjadi umat Islam yang gemilang kembali merujuk kepada Allah dan Rasul.
Ulasan
Catat Ulasan