PERJUANGAN ROH.
Secara ringkasnya surah al-hadid 57dalam ayat 25 ini Allah menjelaskan bahawa Allah mengutuskan rasul-rasul-Nya dengan 'Bayyinah' dan menurun Al kitab, Almizan dan Al hadid itu supaya Allah mengetahui siapa yang menolong agama-Nya serta rasul-rasul-Nya dengan perkara ghaib. Apa yang dimaksudkan menolong Allah dan Rasul dengan perkara ghaib?
Menurut ahli tafsir menolong Allah serta rasul-rasul-Nya dengan perkara ghaib itu seperti berikut. Ertinya menyerahkan keyakinan. Keyakinan itu adalah perkara yang bersifat ghaib. Perkara-perkara itu ialah Allah, Akhirat, Syurga, Neraka dan lain-lain perkara ghaib.
Keyakinan kepada hal-hal ghaib ini menjadi syarat utama seseorang itu diiktiraf sebagai orang mukmin dan Muttaqin. Perhatikan firman Allah dalam surah al-Baqarah:"Kitab Al Quran ini sebenarnya tidak ada sebarang keraguan, kemusian ia menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Iaitu golongan orang yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan solat
dan mengimfaqkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(Al Baqarah 2-3).
Perkara ini juga diperjelaskan lebih terperinci dalam surah As-Saff. 10. Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Dalam ayat ini Allah menawar kan satu perniagaan kepada orang-orang yang beriman yang sangat menguntungkan. Allah meminta dua perkara iaitu:
Pertama beriman kepada Allah dan Rasul. Kedua Berjuang dengan harta dan jiwa.
Dari dua modal yang Allah minta itu yang pertama dan utama adalah perkara ghaib iaitu beriman kepada Allah dan rasul.Dalam surah As-Saff juga Allah menjanjikan balasan yang tidak
dapat dilihat dengan mata kasar atau bersifat ghaib.
12. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
13. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
Dari empat perkara balasan yang Allah janjikan itu tiga diantaranya adalah perkara yang ghaib iaitu pengampunan dari dosa, Syurga 'Adn adalah perkara ghaib. Pengampunan dosa hanya Allah sahaja yang tahu, begitu juga Syurga 'Adn adalah perkara ghaib yang hanya dirasakan di Akhirat kelak.Bantuan Allah pula tidak selalu berbentuk lahir, adakalanya berbentuk maknawi seperti rasa tenang, aman dan bahagia.Kunci kepada kebahagiaan dan keharmonian manusia adalah dari solat atau sembahyang yang khusyuk. Ia juga bersifat rohaniah atau maknawiah.

Ulasan
Catat Ulasan