Langkau ke kandungan utama

EMPAYAR AKHIR ZAMAN.



EMPAYAR ISLAM SUNNI.

Apabila kita berjiwa tauhid mendorong hati kita menjadi berani. Sebagai pejuang Islam, sudah tentu kita berusaha dapat kan hati yang berani. Berani mencetuskan model empayar Islam sunni. Ia kita mulakan dengan bangunkan tapaknya dahulu. Syiah ada tapaknya iaitu negara Iran. Wahabi atau Mubtadiah ada tapaknya iaitu Arab Saudi.

Kebangkitan Islam kali kedua oleh Abuya di usahakan dengan memilih jalan dakwah dan tarbiah sebagai asasnya. Ia bermula dengan pembentukann Individu dan keluarga Islam. Dari dukungan keluarga dan masyarakat yang beriman dan bertakwa inilah tapak lahirnya sebuah empayar Islam.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan:Pertama usahakan dakwah yang meluas dan merata tempat diseluruh pelusuk negara dan dunia.
Kedua, para pendakwah dan pentarbiah mensepadukan tarbiah dalam waktu berdakwah selain cetuskan pendidikan formal untuk melahirkan tenaga pelapis dan penyambung perjuangan.

Ketiga, tenaga disusun untuk membangunkan material. Libatkan mereka yang betul-betul bersedia jiwa, akal dan perasaannya sebagai pejuang.

Jadi kebangkitan Islam bertaraf empayar itu telah ditentukan oleh Allah SWT pada azali lagi. Ianya telah disampaikan melalui lidah Nabi SAW bahawa Islam akan bangkit sekali lagi bertaraf empayar dunia.

Allah SWT telah mensunnahkan
kepada manusia supaya berusaha dan berikhtiar untuk mencapainya. Walaupun kita menganggap usaha dan ikhtiar itu tidak boleh memberi bekas, tetapi kita lakukan juga atas dasar itu perintah Allah SWT.

Kita tidak boleh berdoa sahaja kepada Allah SWT tanpa usaha dan ikhtiar. Kalau kita hanya berdoa serta menyerah bulat-bulat kepada Allah SWT tanpa mengeluarkan usaha dan ikhtiar, tanpa berjuang dan berjihad dan sebagainya, maka kita telah jatuh kepada iktikad jabariah.

Manakala kalau kita terlalu menekankan kepada usaha dan ikhtiar itulah yang memberi bekas, maka kita akan terjebak pula kepada iktikad qadariah. Sebab itu kita hendaklah berhati-hati dalam mengiktiqadkan usaha dan ikhtiar kita, iaitu ia dilakukan atas dasar perintah Allah SWT.

Kita berjuang dan berjihad tetapi kita tidak bersandar kepada perjuangan dan jihad yang kita lakukan, sebaliknya kita bersandar kepada Allah SWT. Semua itu kita lakukan kerana ia perintah Allah SWT. Atas dasar perintah Allah SWT kita lakukan semua usaha dan ikhtiar; berjuang dan berjihad, berekonomi, berniaga,bertani dan lain-lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...