TAQWA GUDANG MAHMUDAH.
Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tahun bukan bererti takutkan Tuhan. Takut hanyalah satu daripada sifat mahmudah terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau kasya.
Taqwa atau ittaqu berasal dari perkataan wiqoyah- wiqoyati wiqoyatan yang ertinya terpelihara. Yakni peliharaan dari Tuhan atau hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng.
Taqwa bukan setakat solat atau sembahyang sahaja. Bukan setakat membaca Quran atau berwirid dan berzikir sambil menggentel biji tasbih.
Bukan sahaja bersuluk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Taqwa bukan sahaja di surau atau di masjid.
Taqwa adalah apa sahaja amalan dan perbuatan yang berlandaskan syariat sama ada yang wajib, sunat atau harus, sama ada yang fardhu ain atau fardhu kifayah atau apa saja amalan dan perbuatan yang dijauhi dan ditinggalkan sama ada yang haram atau makruh yang dibuat berserta rohnya yakni ada batinnya, penghayatan dan penjiwaan.
Dengan kata-kata yang lain, ada
terkait dan terhubung dengan Allah,
dibuat kerana Allah dan mengikut
cara yang Allah mahu.
Ini termasuklah segala perkara
yang berlaku dalam kehidupan
baik dalam bidang ekonomi, pembangunan, pendidikan,
kenegaraan, kebudayaan, pentadbiran,
ketenteraan, kesihatan dan sebagainya.
Asalkan apa yang dibuat atau ditinggalkan itu berkait dan kerana Allah maka itulah taqwa.Amalan yang tidak berkait dan tidak dibuat kerana Allah, itu adalah amalan bangkai yang tidak ada jiwa atau rohnya. Ia tidak sampai kepada Allah dan tidak ada apa-apa nilai di sisi-Nya.
Bercakap boleh jadi taqwa kalau apa yang dicakapkan itu adalah perkara-perkara yang baik dan manfaat atau ilmu dan dibuat kerana Allah. Diam juga boleh jadi taqwa kalau diam itu untuk mengelakkan dari berkata-kata
perkara yang maksiat dan sia-sia atau supaya tidak menyakiti hati orang dan dibuat kerana takutkan Allah SWT.

Ulasan
Catat Ulasan