FAHAMAN ORIENTALIS.
Musuh Islam memang banyak.
Yang paling menonjol ialah Yahudi dan Nasrani. Sebagaimana maksud firman Allah SWT dalam Al Quran.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu)."
(Al Baqarah 2:120).
Satu golongan lagi yang memusuhi umat Islam ialah golongan yang dinamakan orientalis iaitu golongan yang ditakrifkan sebagai 'pakar' dalam
hal bangsa-bangsa timur.
Mereka ini terdiri daripada sebahagian orang Yahudi dan Nasrani. Termasuk juga golongan free Thinker atau orang-orang yang tidak mengakui peraturan tentang agama.
Orientalis sesiapa sahaja yang memberi pengajaran, menulis dan mengkaji mengenai Timur; tidak kira sama ada ia seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah, filologi dan lain-lain digelar Orientalis dan hasilan daripada aktiviti –aktiviti mereka disebut sebagai Orientalisme.
Golongan Orientalis telah merencana pelbagai dakyah dan propaganda
dan ia dirancang dan dikaji untuk melenyapkan dan menghancurkan Islam dan pengikutnya. Mereka belajar Islam dengan tujuan untuk merosakkan ajaran Islam itu sendiri.
Diantara fahaman mereka:
Mereka mencanangkan tentang peribadi Rasulullah sendiri. Mereka berkata bahawa Rasulullah SAW bertindak atas dua asas iaitu pertama; sebagai Rasul dan kedua sebagai manusia biasa. Mereka juga berkata diwaktu Rasul bertindak sebagai seorang Rasul maka ketika itu segala tindakannya adalah sunnahnya dan kita patut ikut dan contohi. Tetapi di kala bertindak sebagai seorang manusia biasa maka segala tindakannya itu tidak perlu diikuti atau dicontohi atau pun dijadikan hukum. Inilah cara halus yang mereka gunakan untuk memisahkan umat Islam yang jahil dan lemah dengan Sunnah-sunnah Rasul.
Walhal Allah SWT berfirman:
"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
(An Najmu 3-4).
Mereka dilihat sangat aktif memainkan peranan meracuni pemikiran umat Islam agar tidak kuat berpegang kepada ajaran Islam, jika pun tidak meninggalkannya terus tetapi jati diri umat Islam akan tergugat secara tidak langsung. Pelbagai cara dan pendekatan di lakukan oleh pihak Orientalis untuk merealisasikan cita-cita mereka, antara pendekatannya ialah :
Pertama memutar belit sejarah dan tamadun Islam. Kedua Meragukan
umat Islam terhadap Al-Quran,
As-Sunnah dan ulama.
Ketiga menyerang umat Islam dengan “serangan pemikiran” atau “perang saraf. Keempat Melahirkan keraguan terhadap sumber-sumber dan ketamadunan umat Islam.
Ulasan
Catat Ulasan