APAKAH NASIB NEGARA KITA?
Apakah nasib kita yang telah Allah rancangkan pada azali lagi? Apakah kita tahu apa yang akan berlaku kepada negara kita mengikut ketentuan Allah pada azali? Merujuk kepada huraian Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi dalam buku 'Aqidah Mukmin' siri 2, mengenai sifat Al Iradah bagi Allah SWT itulah yang menentukan perkara mumkin itu yang terjadi atau tidak terjadi.
Semuanya Allah SWT yang menentukan. Katalah mumkin yang tidak terjadi pada ketika ini ialah tidak hujan di tempat kita.Tidak terjadinya hujan itu, Allah SWT yang mentukan, dan hal ini
telah Allah tentukan sejak azali lagi.
telah Allah tentukan sejak azali lagi.
Begitu juga dengan tidak berlakunya angin ribut pada satu-satu ketika itu, juga telah ditentukan oleh Allah SWT dan bukannya kehendak angin ribut itu. Jadi, segala yang mumkin itu, sama ada yang mumkin itu ada atau pun tiada, ia ketentuan daripada Allah SWT.
Bilakah Allah menentukan perkara yang mumkin ini iaitu sama ada hendak mengadakan nya atau pun hendak mentiadakannya? Allah SWT telah menentukannya pada azali lagi. Azali itu sebagaimana yang telah kita bahaskan dalam artikal sebelum ini, adalah
tiada permulaannya.
tiada permulaannya.
Untuk memudahkan fahaman kita, kita buat perbandingan begini. Ibarat sebuah bangunan itu hendak didirikan, sama ada 20 tingkat atau 30 buah tingkat, sama ada hendak dibangunkan tangganya atau dan lain-lain yang berkaitan dengan bangunan itu. Seseorang arkitek akan menentukan pelannya terlebih dahulu. Kemudian bangunan itu didirikan mengikut pelan yang telah disediakan.
Ulasan
Catat Ulasan