Puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas rahmat dan nikmat-Nya yang mengizinkan kita menikmati kemerdekaan. Namun rasa syukur itu tidak sempurna tanpa berterima kasih
sesama manusia terutamanya mereka yang terlibat dalam perjuangan memerdekakan negara ini.
Merayakan hari kemerdekaan adalah memperingati jasa-jasa mereka yang terlibat merdekakan negara ini. Rasulullah SAW telah mengingatkan: "Barang siapa yang tidak berterima kasih kepada makhluk dikira tidak bersyukur kepada Allah SWT."
Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka. NIKMAT Kemerdekaan memberi ruang kepada umat Islam membuat perubahan daripada gaya hidup penjajah kepada gaya hidup umat Islam yang bercita-cita untuk mengulangi kebangkitan Islam sekali lagi.
Peluang tersebut juga diisi oleh badan-badan dakwah. Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi satu nama tidak asing lagi melalui dakwah mencetuskan Islam is the way of life. Abuya mulakan dengan bina insan iaitu fokas membaiki diri. Abuya menganjurkan pengajian yang praktikal. Beliau mulakan di Kg. Datuk Keramat Kuala Lumpur pada tahun 1968-1993.
Kemudian Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi melagang pendidikan bermula dari peringkat tadika hinggalah peringkat menengah. Melagang ekonomi dengan mengeluarkan produk-produk halal yang diusahakan sendiri.
Begitu juga Abuya melagang kebudayaan Islam dengan melahirkan kumpulan-kumpulan nasyid lelaki dengan nama 'Qatrunnada' yang mejoriti adalah anak-anak Abuya sendiri. Kumpulan perempuan dikenali dengan 'Mawaddah' yang penasyid utamanya adalah anak Abuya sendiri.
Tidak jua dilupakan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang memusuhinya kerana tohmah, fitnah dan tuduhan mereka itulah yang membajai pohon perjuangan Abuya hingga mampu berkembang dengan subur hampir keseluruh dunia.Kemudian Abuya berkembang dan melebarkan sayapnya keluar negara. Sesungguhnya, prestasi ini menjanjikan era yang lebih gemilang untuk Islam masa akan datang.
Ulasan
Catat Ulasan