TAMADUN YANG SELAMAT.
Kita tidak dapat menafikan bahawa ilmu, kemajuan, pembangunan dan tamadun material dan fizikal itu boleh memberi kehidupan dan kemudahan hidup kepada manusia. Ia boleh memenuhi tuntutan dan keperluan hidup manusia. Tetapi itu bukan segala-galanya.
Bagi merialisasikan model yang selamat dan menyelamatkan. Abuya berikan assignment kepada keluarga dan pengikut nya bermula dari menyusun selipar hinggalah cetuskan projek di premis-premis. membangunkan
Membangunkan satu model projek bandar atau kampung yang ada rohnya.
Roh model bandar atau kampung tersebut ialah model gabungan pembangunan material dan pembangunan rohani atau pembinaan insan yang istiqamah dan berjadual.
Sekadar pembangunan lahiriah dan fizikal sahaja tidak cukup. Pembangunan material belum boleh menjamin keselamatan, kebahagiaan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakat di dunia ini.
Apatah lagi untuk memperoleh keselamatan dan kebahagiaan di Akhirat kelak.Kalau kemajuan, pembangunan dan tamadun yang di bangunkan itu tidak bertunjangkan iman dan taqwa, ertinya kita telah memutuskan diri kita dari Tuhan. Maka Tuhan pula akan berlepas diri dari kita.
Apatah lagi untuk memperoleh keselamatan dan kebahagiaan di Akhirat kelak.Kalau kemajuan, pembangunan dan tamadun yang di bangunkan itu tidak bertunjangkan iman dan taqwa, ertinya kita telah memutuskan diri kita dari Tuhan. Maka Tuhan pula akan berlepas diri dari kita.
Tuhan itu penyelamat, pelindung dan pembela. Tuhan mengajar, memandu dan memimpin kita ke jalan yang selamat dan sejahtera. Tetapi dengan syarat kita menyerah diri pada-Nya dan mengikut jalan-Nya. Kalau kita berpaling, maka Tuhan akan tinggalkan kita. Kita akan terdedah kepada jalan nafsu dan syaitan.Justeru itu, risiko yang kita akan tanggung sangat berat. Bermacam-macam masalah akan timbul daripada usaha kita.
Sekalipun usaha kita itu berjaya.
Nampak lahirnya hebat, gah, cantik, indah, mempesona tetapi kemajuan itu akan memakan diri dan menyusahkan kita. Akan hilang kasih sayang, harmoni, perpaduan dan kedamaian. Hidup akan penuh dengan jenayah, krisis dan perbalahan. Manusia hidup dalam ketakutan.
"Selagi tamadun rohani itu tidak dibangunkan terutama dalam pentadbiran negara, maka selagi itulah kita belum mencapai apa yang dinamakan TAMADUN ISLAM. Kerana Islam yang maju itu menuntut kedua-dua tamadun itu ditegakkan. Setakat menerapkan nilai-nilai Islam sahaja tidak memadai."
Ulasan
Catat Ulasan