CABARAN KEPADA AQIDAH.
Golongan ekstrim aqidah iaitu
orang yang berfahaman dengan mazhab qadariah ini sudah melampaui sempadan. Mereka mengiktiqadkan bahawa usha ikhtiar manusia itu memberi bekas sedangkan Allah berkata bahawa usaha ikhtiar manusia itu tidak memberi bekas. Setelah mereka sangkal kata-kata Allah itu, mereka keluarkan pendapat mereka bahawa qudrah manusia lah yang memberi bekas kepada usha dan ikhtiar mereka, dan langsung tidak ada sangkut paut dengan Allah. Inilah puak pelampau yang sebenarnya.

Maka mengikut hukum 'alami yang berulangkali telah dapat dibuktikan melalui peristiwa-peristiwa sejarah, bala Allah akan turun kepada hamba-hamba-Nya yang melampaui batasan. Bencana alam adalah tanda kekuasaan Allah atas keangkuhan manusia. Bencana-bencana alam dan tanda-tanda lainnya sering berlaku pada kaum-kaum terdahulu lantaran mereka menolak dan menentang utusan-utusan Allah
yang dihantar kepada mereka.
yang dihantar kepada mereka.
Kalau ahli metrologi boleh meramalkan keadaan cuaca pada hari-hari tertentu berdasarkan kajian cuaca dan alam sekitar, kalau ahli sains boleh meramalkan sesuatu tindak balas tertentu yang berlaku akibat dari tindakan tertentu, kalau ahli sains boleh meramalkan sesuatu tindak-balas tertentu yang berlaku akibat dari tindakan tertentu, kalau ahli geologis boleh meramalkan terjadinya bencana
alam seperti letupan gunung berapi dan gempa bumi berdasarkan formula tertentu, dan kalau doktor boleh merumuskan akibat baik dan buruk pada kesihatan seseorang
berdasarkan kepada trend pengamalan hidup dan pemakanannya, oleh itu mengapa pula kita tidak boleh
menjadikan analisa tentang sejarah umat-umat terdahulu, perkhabaran dari Al Quran dan Hadis mengenai masa-masa yang akan datang serta panduannya tentang sebab dan akibat daripada perbuatan-perbuatan manusia, malahan membuat analisa melalui kaedah dan kajian sains yang banyak diketengahkan oleh saintis-saintis dunia, untuk membuat rumusan tentang suatu kemungkinan yang bakal berlaku dalam menuju era kepimpinan Imam Mahdi kelak?

Sesungguhnya, jika benarlah teknologi moden akan dibinasakan, ianya akan dibinasakan sebagaimana binasanya kaum-kaum terdahulu dengan segala kecanggihan tamadun mereka, iaitu melalui perantara alam semulajadi. Kerana hanya bencana alam semulajadi yang terbukti mampu serta pernah menghancurkan manusia keseluruhannya seperti yang tidak berdaya dilakukan oleh kehebatan teknologi ciptaan manusia. Contohnya kaum Nabi Nuh as yang ditenggelamkan dalam banjir besar yang meliputi seluruh muka bumi, kaum Thamud yang dibinasakan melalui suatu tempikan dari langit yang sungguh dahsyat, pembinasaan kaum Luth as bumi diterbalikkan dan dihumban kedalam bumi, pembinasaan kaum Nabi Syuaib melalui api dari langit, pembinasaan Firaun dan bala tenteranya akibat ditenggelamkan di laut Merah sedangkan laut yang sama menyelamatkan Bani Israel dan Nabi Musa, pembinasaan Abrahah dan bala tenteranya melalui bedilan-bedilan batu-batu kecil dari Neraka oleh segerombolan burung-burung, pembinasaan Qarun ditelan bumi berserta segala harta benda dan para pengikutnya serta berbagai lagi kisah kebinasaan kaum dan umat-umat terdahulu yang engkar pada Allah. Sedangkan kebiasaan golongan Kafirun di zaman akan datang dan pembinasaan segala makhluk Allah di Hari Kiamat juga adalah melalui kekuasaanNya sendiri.
Tidaklah dinafikan bahawa pemusnahan alam dan manusia melalui keupayaan teknologi seperti peperangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta dan nyawa yang banyak, tetapi tidak akan mampu sampai ke peringkat kebinasaan menyeluruh sebagaimana yang di buat oleh Allah SWT sendiri. Ia tidak boleh sampai merubah cuaca dunia, meleburkan bukit bukau, menterbalikkan bumi menenggelamkan gunung ganang, menyebabkan terjadinya tsunami dari laut sebagainya dalam sekelip mata sahaja. Hanya kekuasaan Allah sahaja yang boleh melakukan kebinasaan yang mega-mega seperti ini.
Sesungguhnya, banjir besar di zaman Nabi Nuh as telah menenggelamkan hatta gunung ganang yang tinggi. Tidak ada seorang manusia pun yang selamat di waktu itu, kecuali Nabi Nuh dan pengikutnya, haiwan dan tumbuhan yang menaiki bahteranya. Tidak ada yang terselamat apabila para Malaikat menterbalikkan bumi dan menghempapkannya atas kaum nabi Luth. Tidak ada satu nyawa pun yang selamat apabila Allah menenggelamkan tentera Firaun. Tidak seorang Yahudi mahu pun kaum Romawi yang terselamat (kecuali dikalangan mereka yang beriman) apabila Nabi Isa diturunkan dari langit untuk hancurkan Dajal dan orang-orang kafir kelak. Dan tidak ada satu nyawa manusia pun yang selamat, hatta para malaikat dan jin, apabila gegak gempita Hari Kiamat berlaku di suatu hari nanti.
Potensi Bencana-bencana besar yang mampu Mengancam 'Tamadun tidak Bertuhan' hari ini. Analisa-analisa sains yang berkaitan dengan potensi bencana-bencana alam yang besar, yang dipetik dari sumber-sumber barat menonjolkan beberapa kemungkinan yang
memeranjatkan dan menakjubkan. Kita mulakan perbincangan dengan Amerika Syarikat sendiri. Kajian ahli geologis mendapati bahawa sebahagian besar daripada Taman Negara Yellowstone yang terletak di Timur laut Amerika terdiri daripada sebuah kawah gunung berapi seluas 60 km kali 80km, iaitu kawah gunung berapi pendam yang terbesar di dunia dan masih aktif.
Para saintis berpendapat bahawa kitaran letusannya memungkin ia meletus pada bila-bila masa pun sekarang.Menurut kajian mereka, letusan gunung berapi Yellowstone berpotensi memuntahkan batu-batuan dan lelahar yang mampu menggelapkan dunia serta mengubah iklimnya. Kawasan berjejari 1700km dari gunung berapi tersebut akan dikambus abu gunung berapi setebal beberapa meter. Luas kawasan tersebut menjangkaui lebih separuh dari benua Amerika Utara, dan mampu membinasakan perindustrian dan pertaniannya, ini belum termasuk kemalangan jiwa dan harta benda yang banyak.
Ulasan
Catat Ulasan