Langkau ke kandungan utama

PERBEZAAN MAZHAB BAWA RAHMAT.



PERSELISIHAN BAWA RAHMAT.

Perselisihan faham bahagian yang pertama iaitu perselisihan ini disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai menjadi rahmat kepada umat ialah perselisihan faham dalam perkara-perkara furuk atau Perselisihan faham dalam perkara-perkara ranting dalam Islam. Perselisihan tersebut menjadi rahmat.Persoalan perselisihan yang menjadi rahmat ia tidak menyentuh soal-soal aqidah atau soal-soal yang asas di dalam ajaran Islam.

Tentang mengapa berlakunya perselisihan faham dalam perkara-perkara ranting ini, banyak sebabnya dan ia memerlukan huraian yang panjang. Tetapi untuk pengetahuan kita, disini cukuplah kita mengambil penjelasan yang kasar sahaja yang telah dikongsikan oleh Abuya dalam pengajian yang kita ikuti dalam kelas fardhu ainnya di kampung Sungai penchala Damansara Kuala Lumpur.
Diantara sebab-sebab berlakunya perselisihan dalam perkara-perkara ranting tersebut kerana tiada ada nas yang sahih, samada dalam Al Quran ataupun daripada Sunnah Rasulullah SAW, mengenai satu-satu perkara ranting tersebut.

Dan apabila hal ini berlaku, ulama-ulama yang mampu berijtihad iaitu yang kita katakan ulama mujtahidin, menggunakan daya berfikir mereka untuk menyelesaikan masalah ranting itu.Mereka berijtihad mengeluarkan hukum kerana nas yang sahih dan yang jelas mengenainya tidak ada.
Sebab lain mengapa boleh terjadi khilafiah kerana, sungguhpun ada keterangan atau nas yang sahih ada dalam Al Quran dan sunnah, tetapi maknanya boleh ditakwil dengan berbagai-bagai pengertian. Dan apabila hal ini berlaku, maka ulama-ulama mujtahidin yang mampu berijtihad mengambil satu makna daripada beberapa pengertian itu yang diyakini benar. Dal hal ini, kalau ada tiga ulama, maka terdapatlah tiga makna atau pendapat.

Cuba kita perhatikan satu contoh. Di dalam Al Quran, ada sepotong ayat yang menceritakan tentang hal yang membatalkan wuduk. Ayat itu berbunyi:
Ø£َÙˆْ Ù„َٰÙ…َسْتُÙ…ُ ٱلنِّسَآØ¡َ
Maksudnya: atau kamu menyentuh perempuan (maka batal air sembahyang).
(Al Maidah 5:6).

Kalimah yang membawa maksud "menyentuh perempuan" boleh ditakwil dengan berbagai-bagai makna. Ada makna yang majazi dan ada makna yang hakiki. Imam Shafie rahimahullahu taala mengambil terus daripada makna yang hakiki atau makna yang zahir. Dia tidak mahu mentakwil makna yang sebaliknya. Baginya, apabila apabila bersentu sahaja dengan perempuan yang bukan muhrim,maka batallah air sembahyang.

Tetapi sesetengah imam mujtahidin yang lain pula mentakwilkan maksud "menyentuh perempuan" itu dengan mengambil makna yang majazi. Mereka berpendapat bahawa perkataan yang membawa maksud "menyentuh"
disini ialah perkataan Allah, dan Allah pula sangat pemalu. Kerana itu Allah menggunakan perkataan yang halus. Mereka mentakwilkan "menyentuh " disini sebagai bahasa Allah
yang memberi pengertian persetubuhan. 

Jadi bagi ulama-ulama ini, sampai kepada peringkat persetubuhan, baharu
batal air sembahyang. Oleh itu timbullah beberapa pendapat dalam soal "menyentuh perempuan" yang membatalkan air sembahyang.
Tetapi setengah imam mujtahidin yang lain pula mentakwilkan maksud
"menyentuh perempuan" itu dengan mengambil makna yang majazi. Mereka berpendapat perkataan yang membawa   maksud "menyentuh" disini ialah perkataan Allah, dan Allah pula
sangat pemalu. Kerana Allah menggunakan perkataan yang halus. Mereka mentakwilkan "menyentuh" disini sebagai bahasa Allah yang memberi pengertian persetubuhan. Jadi bagi ulama-ulama ini, sampai peringkat persetubuhan, baharulah batal wuduk atau air sembahyang.

Ada setengah ulama lain pula mentakwilkan"sentuhan" sebagai sentuhan yang bernafsu
Ertinya, kalau bersentuh itu boleh menimbulkan nafsu, maka barulah batal wudhuk. Oleh itu timbullah beberapa pendapat dalam soal "menyentuh perempuan" yang membatalkan 
wuduk atau air sembahyang.
Satu sebab lagi mengapa berlaku khilafiah ialah disebabkan oleh cara Hadis itu diterima oleh imam-imam mujtahidin itu. Pada setengah-setengah imam itu, Hadis-hadis itu tidak sampai kepada mereka.

Maka mereka tidak berhukum kepada Hadis.  Bagi setengah-setengah imam itu pula,  Hadis-hadis sampai kepada mereka tidak mengikut syarat mereka. Bagi sesetengah imam syarat-syarat menerima Hadis agak ketat, dan kerana itu imam yang menerima Hadis dengan cukup syaratnya akan berhukum kepada Hadis, manakala yang menerima Hadis tetapi tidak memenuhi syaratnya, mereka tidak akan berhukum kepada Hadis. Hal ini tidak akan terjadi kalau imam-imam bertemu dengan Sahabat. Mungkin mereka hanya dapat bertemu dengan orang yang telah bertemu dengan Sahabat.

Perselisihan faham dalam perkara cabang atau furuk dibenarkan oleh syariat. Ia merupakan perselisihan faham dalam perkara2 furuk atau perkara cabang2 yang ada dalam ajaran islam. perselisihan ini tidak menyentuh soal2 aqidah atau soal2 asas di dalam islam. Dalam hal ini ASWJ menganggap perselisihan ini mesti kita terima dengan sikap toleransi dan lapang dada. Sesiapa yang hendak berpegang kepada satu2  khilafiah, maka dia berhak dibenarkan untuk berpegang dengan khilafiah tersebut.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...