MANUSIA LEBIH GANAS DARIPADA HAIWAN.
Haiwan merupakan antara organisma hidup yang sukar untuk diramal. Sekalipun ada yang kelihatan nampak comel dan cantik, tapi hati-hati kerana mungkin ada sebahagian mampu membunuh kita. Namun manusia yang menjadikan nafsu sebagai Tuhannya adalah lebih bahaya. Haiwan mengganas apabila rasa terancam. Manusia mengganas anak-anak kecil dan orang tua juga menjadi mangsa.
Orang asli yang hidup dihutan rimba lebih dekat dengan kehidupan secara semula jadi. Kehidupan orang asli mereka hidup berpindah randah. Kehidupannya ringkas dan simpel. Suka memburu binatang didalam hutan belantara.Mereka boleh hidup hanya berbumbung kan daun-daun yang dipetik dari dalam hutan.
Haiwan yang pernah menjadikan manusia sebagai mangsa nya, apabila ia merasa terancam. Kita akan lebih terkejut dengan manusia yang mengganas hanya menurutkan hawa nafsunya saja. Lagi pandai dan mengusai teknologi lagi bahaya.
Kerana turutkan hawa nafsu, demi nak senang di dunia akhirnya merana di Akhirat sana. Mengapa?
Orang yang sudah kenal dengan Tuhan, jatuh hati pada Tuhan, cinta pada Tuhan, baharulah dia mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. Agar dengan syariat tadi, manusia hidup bersatu-padu, boleh bekerjasama, hidup harmoni dan bahagia dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan bangsa.Sepatutnya inilah tugas para daei, mubaligh-mubaligh dan ulama di dalam berjuang.
Kita sepatutnya mengajak manusia supaya menyembah Tuhan, membesarkan Tuhan dan mengagungkan-Nya mengikut jalan yang ditunjuk-Nya. Bukan dengan cara yang direka-reka mengikut kehendak sendiri. Sekalipun yakin cara itu betul tapi ternyata apa yang diperjuangkan akhirnya menyimpang jauh dari Tuhan.
Kalau kita benar-benar ingin menuju Tuhan, jalannya telah dinyatakan dan jelas sekali berserta contoh-contoh yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Cuma kadang-kadang kita yang menyulitkan jalan yang telah jelas tadi.
Buktinya, walaupun banyak ceramah agama dan dakwah dilakukan di merata tempat tapi isinya berunsur politik dan unsur-unsur yang membawa umat Islam kepada pergaduhan dan perpecahan.
Walaupun masing-masing mendabik dada mengatakan apa yang diperjuangkan adalah Islam, tapi hakikatnya umat Islam semakin berpecah dan tidak bersatu. Kata-mengata, fitnah-menfitnah, mengadu domba dan mencanai kesalahan orang menjadi agenda utama dalam ceramah yang disampaikan. Hasil perjuangan yang dilagang memporak-perandakan masyarakat Islam, malah menjauhkan manusia daripada Tuhan. Apakah yang akan kita jawab di hadapan Tuhan di Yaumil Mahsyar kelak!.
Persoalan Tuhan, sedikit sangat atau langsung tidak disentuh di dalam ceramah-ceramah. Jauh sekali Tuhan hendak disanjung dan dibesarkan di dalam ceramah itu. Apalagi hendak diperkatakan tentang nasib di Akhirat. Kalau begitulah, apakah layak kita digelar pejuang Islam?.
Ulasan
Catat Ulasan