Langkau ke kandungan utama

TAMADUN ISLAM DI EROPAH.


ERA KEGEMILANGAN ISLAM.
( Foto Istana Al Hamra ).

Sepanyol pernah berada dibawah empayar Islam. Ketika itu Sepanyol berada di era  gilang gemilang. Kini Islam Sepanyol hancur dibasmi habis-habisan hingga seolah-olah tidak pernah tegak kerajaan Islam. Kemusnahan dan kehinaan ini bukan berpunca dari lemahnya pentadbiran, tentera, kemajuan, ilmu pengetahuan, ekonomi dan teknologi.

Foto Cordoba

Tetapi hanya disebabkan lemah keimanan, rendah ketaqwaan, runtuh akhlak, roboh perpaduan, lenyapnya kasih sayang. Pautan hati dengan Allah terlalu longgar. Kemungkaran dan kezaliman berleluasa. Mazmumah dalam diri sangat subur. Masing-masing memburu
kepentingan duniawi yang melampau.

Foto Jannatul Arif

Jiwa menjadi kerdil kerana lemahnya cita-cita akhirat. Akal
menjadi tumpul kerana penumpuan kepada aspek kepentingan diri dan keluarga. Semangat perjuangan terus luntur kerana terbius dengan kelazatan duniawi dan kerakusan nafsu.

Situasi demikian itu menjadikan mereka terpisah daripada persoalan kerohanian. Mereka terhijab bantuan Allah SWT. Mereka tersisih dan terputus hubungan dari pemerintahan ghaib.

Mereka bergantung hanya kepada kekuatan lahiriah. Akibatnya, Allah SWT berlepas tangan. Allah SWT tidak pandang dengan pandangan rahmat. Lebih dahsyat dari itu ialah Allah SWT murka dan timpakan dengan berbagai kehinaan.

Tungganglah agama Islam untuk merebut habuan di Akhirat, bukannya sebab nak mendapatkan segala Daki dunia yang bersifat hanya sementara!
Dan dunia akan kekal kembali menjadi milik umat Islam sebagaimana suatu ketika dahulu.  In syaa Allah.

Foto Abuya

Di antara langkah untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam, sering lakukan muhasabah. Perkara yang hendak dimuhasabahkan
berkaitan hubungan kita dengan Tuhan dan hubungan kita dengan sesama manusia. Memahami keperluan manusia dan memperjuangkannya.

Keperluan manusia ada yang lahir, ia perlukan makan minum, pakaian, tempat tinggal, seks, kesihatan, kemudahan perhubungan, kemudahan mencari rezeki dan lain-lain lagi. Untuk itu manusia membangun kan  tamadun lahir.

Dibina bangunan dan rumah, jalan raya,dibuka ladang dan dicipta alat-alat pertanian, dibina kenderaan, kilang, kampung dan bandar dan berbagai-bagai lagi.Tamadun lahir ini sangat maju dan berjaya. Ia sudah hebat dan mengkagumkan dan sudah sampai kepada kemuncaknya.

Jasad batin dan roh manusia juga perlukan kepada keperluannya samalah seperti jasad lahir. Masing-masing ada keperluannya tersendiri. Makan minum roh ialah keyakinan, solat, puasa, membaca Al Quran, tafakur, zikir, tasbih, tahmid, selawat dan doa. Pakaiannya pula adalah sifat taqwa iaitu melaksanakan segala yang diperintah dan menjauhi segala yang dilarang.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...