PERSELISIHAN BAWA BALA.
Apabila kita kumpulkan hadits-hadits tentang terpecahnya ummat menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan dan satu golongan yang masuk Syurga, lebih kurang ada lima belas hadits yang diriwayatkan oleh lebih dari sepuluh Imam Ahli Hadits dari 14 (empat belas) orang Sahabat Rasulullah SAW.
Kita hindarkan diri daripada perselisihan dalam aqidah. Artikal kali ini yang menyentuh Persoalan aqidah (tauhid) adalah satu persoalan yang mana amat penting dalam kehidupan seorang Mukmin. Ia berkaitan dengan keyakinan.
Moga kita diselamatkan dari perselisihan yang membawa bala. Perselisihan yang membawa ke dalam Api Neraka.Kita hendaklah berhati-hati dalam perselisihan yang membawa bala ini kerana ia tidak dibolehkan. Dan ia telah pun berlaku dan sedang berlaku pada hari ini.
Perselisihan yang tidak dibenarkan oleh syariat. Ia mesti kita tolak sama sekali. Ada diantaranya boleh bawa kita jatuh kafir. Namun semua mereka itu mengaku berpegang kepada Al Quran dan sunnah. Mereka menganggap mereka betul. Di antara mazhab-mazhab yang tertolak ialah mazhab Qadariah. Perkataan qadariah ini timbul daripada kalimah "qudrah" yang bererti kekuasaan.
Takrif atau definisi qadariah itu pula adalah, beriktiqad bahawa segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik mahupun buruk semuanya terbit daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri; sedikit pun tidak berpaut dengan kuasa Allah SWT lagi.
Takrif atau definisi qadariah itu pula adalah, beriktiqad bahawa segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik mahupun buruk semuanya terbit daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri; sedikit pun tidak berpaut dengan kuasa Allah SWT lagi.
Mereka itu menganggap usaha perbuatan mereka yang memberi bekas. Ia tidak bersangkut paut langsung dengan qudrah Allah SWT. Ertinya, apa sahaja yang manusia usahakan atau kerjakan, ia tidak bersangkut paut dengan Tuhan. Jadi yang memberi bekas kepada usaha ikhtiar serta perbuatan manusia itu bukannya daripada kekuasaan Allah SWT. Qudrah yang ada pada mereka itulah yang memberi bekas tetapi qudrah yang ada pada manusia itu adalah qudrah yang Allah beri. Cuma apabila telah Allah berikan qudrah itu kepada manusia, maka qudrah itulah bertindak sendiri. Maka manusia bertindak dengan qudrah yang Allah berikan itu tanpa bersandar apa-apa lagi kepada Allah SWT.Inikah fahaman orang yang beriktiqad qadariah.
Kesimpulannya ialah bahawa mereka yang mengakui qudrah yang ada pada manusia itu adalah qudrah yang Allah beri. Tetapi selepas Allah berikan qudrah itu kepada manusia, maka terserahlah kepada manusia itu sendiri untuk bertindak hingga ia memberi bekas. Seolah-olah selepas Allah berikan qudrah kepada manusia, Allah tidak lagi berkuasa kepada manusia. Jadi tindakan manusia itu tidak ada sangkut paut lagi dengan Tuhan.Inilah fahaman qadariah. Iktiqad seumpama ini adalah salah. Keyakinan begini bercanggah dengan ahli sunnah Waljamaah.
Ulasan
Catat Ulasan