SEPANJANG ZAMAN TUHAN SIAPKAN
PARA PEJUANG KEBENARAN.
Apakah kita sudah di atas 'line' yang betul dan tepat menuju kemenangan. Atau berada bersama musuh tanpa kita sedari. Sekarang adalah era kebangkitan Islam.Tuhan telah setkan pada azali lagi atau telah jadualkan kebangkitan tersebut. Kita kena siapkan Landskap untuk kebenaran. Bagi yang menunggu dajjal mereka telah persiapkan landskap untuk dajjal. Bagi umat Islam kita bertanyakan pada diri sendiri apakah Landskap yang kita sediakan.
Orang yang hendak bersama
Imam Mahdi, dia menanamkan
cita-cita untuk jadi pejuang. Jiwanya, fikirannya dan seluruh fizikalnya memang dipersiapkan untuk berjuang. Perjuangan Islam adalah minatnya, kesukaannya, darah dagingnya, jiwa raganya, akal fikirannya dan hidupnya diserahkan untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Pejuang Islam yang berjuang bersama Rasulullah SAW, mereka disebut Para Sahabat. Mereka yang tidak bertemu dengan Rasulullah tetapi mereka berjuang dengan Para Sahabat digelar tabein. Mereka berjuang dizaman tidak ada Sahabat Nabi tetapi bersama dengan orang yang pernah bertemu dengan Sahabat Nabi digelar Tabiut tabein. Bagi umat Islam yang lain masih berpeluang mendapat gelaran daripada Rasulullah iaitu Para Ikhwan.
Suatu hari Rasulullah SAW bertanya kepada para Sahabat, "Siapakah makhluk Allah yang
paling ajaib imannya?"
Malaikat,"jawab para Sahabat.
"Bagaimanalah para malaikat tidak beriman dengan Allah SWT,
jawab baginda menafikan.
"Para nabi, jawab Sahabat lagi.
"Bagaimanalah para nabi tidak beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka." Nabi
membantah lagi jawapan Sahabat. "Kami Sahabatmu? jawab Sahabat lagi. "Bagaimana
kamu tidak beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu? jawab Nabi. Akhirnya Rasul bersabda, "Makhluk Paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka tidak pernah berjumpa tetapi beriman denganku. Tapi mereka mencintai aku melebihi anak dan orang-orang tua mereka.
Mereka ialah Ikhwanku. Mereka membaca Al-Quran dan beriman
dengan semua isinya." Wahai Abu Bakar, "Rasulullah bersabda,
"Adakah kamu tidak akan merindui Ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau Sahabat ku." Rasul menyambung lagi, berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku tapi tidak pernah berjumpa dengan aku."
Ulasan
Catat Ulasan