Langkau ke kandungan utama

PEJUANG AKHIR ZAMAN.




PEJUANG KEBENARAN.

Pejuang hak itu sungguh unik, sungguh aneh dan pelik. Dia lain daripada yang lain. Sifat dan watak yang ada padanya tidak ada pada manusia lain. Tidak ada pada pejuang-pejuang lain.Tidak ada pada pejuang ideologi atau isme. Lebih-lebih lagilah tidak ada pada pejuang-pejuang yang nyata membawa kebatilan
dan kerosakan.

Di Malaysia sekarang ini begitu hangat dengan polemik siapa pejuang kemerdekaan yang sebenar.Menurut Mohammad Sabu semasa dalam ucapan politiknya mengatakan Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong juga ialah seorang pejuang kemerdekaan. Mat Indera dikatakan seorang pejuang gerila bersenjata di bawah Parti Komunis Malaya (PKM) yang ketika itu dengan ganas menyerang dan membunuh anggota polis Melayu di Bukit Kepong.

Akibatnya, ramai yang marah dan terluka dengan pendedahan
Mohammad Sabu terutamanya  anggota keselamatan seperti polis dan tentera. Di dalam polemik ini penganalisa politik melihat Inggeris dan Komunis kedua duanya adalah penjajah yakni penjajah yang berjuang bagi menegakkan ideologi masing-masing yakni kapitalisme dan komunisme

Kedua-duanya menggunakan cara bersenjata bagi menegakkan ideologi masing-masing di Tanah Melayu.
Mereka yang menjadi mangsa ialah anak watan yang dipaksa menerima ideologi tersebut. Cuma sejarah telah menunjukkan bahawa cita-cita PKM untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai Republik Komunis telah ditewaskan oleh pihak Inggeris dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Seorang tokoh pejuang Islam iaitu Doktor Burhanuddin Al-Helmy .Selepas tamat pelajarannya di Universiti Aligarh, India beliau telah mengembara ke Palestin dan Turki. Beliau seorang tokoh pejuang Islam yang berjiwa sufi.
Dr Burhanuddin Al-Helmy, anak Perak kelahiran Kampong Changkat Tualang, Kota Baru, dilahirkan pada 29 Ogos 1911. Bapanya, Haji Muhammad Noor, seorang petani yang alim dan ahli tasawuf serta menerima pendidikan daripada beberapa orang guru kenamaan di Makkah termasuk Sheikh Mohammad Khatib Minangkabau. Ibunya bernama Sharifah Zaharah binti Habib Osman.

Sejak kecil lagi Dr Burhanuddin mendapat asuhan dan bimbingan daripada ibu bapanya dari segi pendidikan agama. Beliau sudah bersembahyang fardu semenjak usianya tiga tahun, khatam al-Quran ketika berumur sepuluh tahun dan mampu menghafal lebih separuh isi kitab suci itu. Orang tuanya telah memberikan pelajaran agama dan didikan kerohanian kepadanya lantaran itulah beliau pernah mengungkapkan keterangan mengenai bapanya;

 Ayahanda saya adalah seorang tasawuf dan bertariqat Naqsyabandi dan waraknya. Maka saya pun dari kecil dilatihnya warak dan mesti kuat beribadat mengikut-ikut dia sembahyang berjamaah, membaca Qur’an dan berzanji…(Burhanuddin, 1971: 36)Sesungguhnya, pembentukan jiwa Islam semenjak kecil telah memupuk akhlak mulia serta semangat keIslaman yang tinggi ketika beliau dewasa dan sebagai benteng pertahanan yang kental daripa pelbagai serangan spiritual dan fizikal misalnya terpaksa menjalani tahanan ISA semasa berjuang di arena politik tanah air pra-merdeka. 

Ahmad Boestamam pernah menjelaskan tentang perjuangan Dr.Burhanuddin dan menganggap beliau seorang yang patriot negara yang banyak berjasa. Beliau turut diberi gelaran "Bapa Kebangsaan Melayu" kerana hingga akhir hayatnya beliau tetap konsisten dengan penubuhan negara bangsa yang dinamakan Melayu. Berasaskan kepada keteguhan semangat beliau memperjuangkan politik berlandaskan perjuagan Islam, Dr.Burhanuddin telah terpilih sebagai Presiden Parti Islam Semalaya(PAS) yang ketiga dalam perhimpunan kelima parti tersebut pada tahun 1956.

Selain terlibat dalam bidang politik, beliau turut menghasilkan beberapa karya penulisan yang bertujuan untuk membuka mata masyarakat terutama orang melayu mengenai maksud sebenar perjuangan dan perkaitannya dengan Islam. Perginya Dr.Burhanuddin pada 25 Oktober 1969 bererti politik negara kehilangan seorang bunga bangsa yang terkenal dengan keteguhan prinsip perjuangan yang tetap beliau pertahankan hingga akhir hayat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...