Langkau ke kandungan utama

PEMIMPIN AKHIR ZAMAN.

IMAM MAHDI TOKOH PENYELAMAT.

Imam Mahdi seorang pemimpin yang menjadi benteng kepada umat Islam. Beliau terus memimpin umat Islam dengan perjuangkan Usuluddin. Imam Mahdi memberi manusia Tuhan. Ilmu Usuluddin adalah ilmu yang berkaitan dengan Tuhan. Kalau diibaratkan bangunan, Usuluddin adalah foundation nya.Bangunan rumah serta peralatan peralatannya ialah syariat dan akhlak.
Kalau begitu,ilmu Usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama.
Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak.

Kedatangan Imam Mahdi mengembalikan semula zaman kegemilangan Islam seperti yang pernah berlaku di era kebangkitan Islam  kali pertama. Kegemilangan Islam pernah berlaku dan ia  berlangsung selama 300 tahun. Bermula dari zaman Rasulullah SAW, di ikuti zaman para Sahabat, dan zaman Tabiut Tabiin. Imam Mahdi menyelamatkan iman dan dajjal merosakkan iman. Sistem dan budaya yang dibawa Imam mahdi menyelamatkan manusia di dunia dan di Akhirat. Dajjal pula merosakkan iman dan memporak-perandakan kehidupan manusia.

Ketika berdepan dengan Dajjal dia akan menguji iman kita. Bagi orang yang kuat pegangan agamanya atau orang yang menjiwai ilmu usuluddinnya ada kekuatan menghadapi Dajjal. Ketika berdepan dengan Dajjal dia akan menipu manusia. Yang hitam dikatakan putih dan yang putih dikatakan hitam. Ertinya yang baik dianggap buruk dan yang buruk dianggap baik. Ramai manusia yang tertipu dan terpedaya dengan Dajjal. Contoh perbuatan songsang seperti LGBT dapat pembelaan dan orang agama dianggap perosak dan mengganggu masyarakat.

Amalan songsang dianggap betul dan pernikahan yang sah dianggap tak betul dan  menyusahkan. Di negara Barat gerakan songsang ini telah lama mendapat laluan. Dengan kedatangan Imam Mahdi kebenaran dapat pembelaan dan diperjuangkan kembali. Amalan songsang dibanteras sama sekali.

Di era menjelang kedatangan Imam Mahdi, dunia begitu aman dan makmur hinggalah kemuncaknya iaitu ketika kedatangan pemimpin yang Tuhan datangkankan iaitu Imam Mahdi. Contohnya kambing boleh berkawan baik dengan serigala. Melalui taqwa yang ada pada lmam Mahdi adalah faktor asas dan utama Tuhan bantu kepimpinannya.Pemimpin yang beriman dan bertakwa sentiasa ada pautan, sandaran dan hubungannya dengan Tuhan. Dia sentiasa memelihara sehalus-sehalusnya dan seni hatinya dengan Tuhan.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...