Langkau ke kandungan utama

TAQWA FAKTOR KEBANGKITAN.



TUHAN KAWAL KEBANGKITAN.
Kebangkitan Islam di dokong dengan taqwa.Bahawa Tuhan telah taqdirkan kebangkitan Islam bermula di Timur. Tapak kebangkitan Islam tersebut Tuhan yang taqdirkan, maka Tuhan sendiri ada cara untuk mengawalnya.
Firman Allah SWT:

وَٱللَّهُ يَرْزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Maksudnya:" Allah memberikan rezeki kepada mereka yang bertaqwa tanpa diduga." (Al Baqarah 2:212).

Faktor taqwa adalah ciri penting yang telah Tuhan tetapkan syaratnya. Sebab itu umat Islam terus di ingatkan dengan taqwa.Ketika kita hadir solat jumaat, 
pak Imam atau tok khatib membaca khutbah. Antara rukun khutbah ialah berpesan dengan takut kepada Allah. Orang yang bertaqwa dijanjikan dengan kemenangan. Dan dijanjikan dengan jalan keluar tanpa diduga.

Sesungguhnya ayat-ayat Al Qur’an , mengandung berbagai janji. Allah telah menjanjikannya bagi para hamba-Nya yang beriman. Dia memberikan khabar gembira di dalamnya dengan kemenangan Islam.Namun, sebahagian umat Islam dewasa ini kadang melupakan berbagai  janji Al Quran yang pasti benar. Itulah, terkadang berbagai perasaan putus asa, kegelapan, dan putus harapan meresap di dada mereka.

Kerana itu, perlu untuk mempersembahkan berbagai janji Al-Quran kepada umat Islam dalam menghadapi musuh-musuh Allah agar mereka mengenal Al-Quran yang agung. Juga, agar mereka semakin bertambah perhatiannya kepada Al Quran yang agung. Juga, agar mereka semakin mengimplementasikan hukum-hukum Allah dan membenarkan janji-janjinya.



Selain itu, supaya mereka mencekalkan hati dalam menghadapi musuh-musuhnya untuk mendekatkan berbagai janji yang pasti ini, sehingga mereka boleh merealisasikan dan mewujudkannya di dunia nyata.
Kali ini kita membicarakan tentang janji-janji Al Qur’an dengan pemberian kedudukan bagi Islam, karena Allah telah menyempurnakan agama Islam ini untuk kita. Dia lengkapkan nikmat-nya kepada kita, meredhai Islam sebagai agama bagi kita, dan menjadikannya agama satu-satunya yang diterima di sisi-Nya. Dan dengan agama ini, Dia menghapuskan segala kebatilan terdahulu. Dia berjanji akan menolong dan menyebarkan agama ini, mengukuhkannya di bumi, sehingga dapat mengatasi ke batilan seluruhnya.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...