IMAM MAHDI HAMPIR TIBA.
Umat Islam dihina di mana-mana. Contoh terbaru yang berlaku ke atas etnik Rohingya.Saban hari ditindas, dihenyak serta menjadi mangsa kerakusan askar di negara sendiri, begitulah nasib yang menimpa etnik Rohingya.
Mereka bagai tiada negara, keberadaan mereka di Myanmar sama sekali dinafikan hak sebagai warganegara, seolah-olah mereka orang asing di tanah air sendiri.
Kita telah lihat bagaimana rakyat yang tidak bersenjata berjuang untuk meneruskan kehidupan di celah-celah pertempuran bersenjata, penderitaan yang dialami di kem-kem pelarian, dan kesengsaraan yang dirasai oleh mereka yang dinafikan hak beragama.
Penindasan Tentera Zionis Israel ke atas rakyat Palestin berlarutan hingga ke hari ini.Kehinaan yang menimpa umat Islam kini bukan sahaja disebabkan kerana musuh tetapi berpunca dari kelalaian diri sendiri.
Umat Islam sudah meremeh-remehkan persoalan iman, syariat dan akhlak iaitu tiga tunggak maruah dalam Islam.
Jika iman kuat, syariat kemas dan akhlak meningkat, nescaya umat Islam menjadi tuan di dunia sebelum menjadi tuan di akhirat.
Apa yang sedang berlaku ke atas umat Islam adalah satu berita baik dan setiap inci perkara adalah satu tanda kedatangan zaman penuh rahmat yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Tuhan akan datangkan penyelamat iaitu Imam Mahdi membawa keamanan dan kemakmuran. Dengan kata lain ia adalah petanda kepada Akhir Zaman.
Ulasan
Catat Ulasan